Sindrom Ramsay Hunt adalah gejala yang disebabkan oleh herpes zoster yang menjejaskan saraf muka.
Sindrom ini juga mempunyai nama lain, seperti geniculate zoster, herpes zoster oticus, dan herpes geniculate ganglionitis.
Selain ruam, Ramsay Hunt boleh menyebabkan kelumpuhan muka dan kehilangan pendengaran pada telinga yang dijangkiti.
Sindrom Ramsay Hunt disebabkan oleh varicella-zoster, virus yang sama yang menyebabkan cacar air dan kayap.
Punca kepada sindrom ini adalah Varicella Zoster. Virus yang menyebabkan radang pada saraf muka (Facial nerve).
Sebab itu muka pesakit jadi tidak simetri, sukar untuk senyum dan tak boleh tutup mata.
Ada berbagai lagi komplikasi buruk yang boleh berlaku seperti hilang pendengaran, Ulser kornea, hilang penglihatan, tindak balas saraf yang tidak normal, contohnya apabila anda tersenyum mata menjadi tertutup, kesakitan berterusan.
Ads
Rawatan terdiri daripada:
1. Steroid yang boleh mengurangkan radang pada saraf tersebut
2. Antivirus
Dengan rawatan awal peluang untuk sembuh adalah sangat tinggi.
Punca Ramsay Hunt
Menurut Pertubuhan Kebangsaan untuk Penyakit Jarang (NORD), punca utama sindrom ini ialah varicella-zoster, virus yang sama yang menyebabkan cacar air dan kayap.
Ads
Varicella-zoster dipercayai menjangkiti saraf muka yang berdekatan dengan telinga. Seseorang yang telah menghidap cacar air dan pulih, mungkin masih mempunyai sisa virus dalam saraf muka.
Gejala Sindrom Ramsay Hunt
Menurut laman Mayo Clinic, sindrom Ramsay Hunt mempunyai dua simptom utama.
Pertama, ruam merah yang menyakitkan dengan benjolan berisi cecair di dalam dan di sekeliling telinga.
Ads
Kedua, lumpuh di bahagian muka yang dekat dengan telinga yang dijangkiti.
Biasanya, ruam dan lumpuh muka berlaku serentak. Bagaimanapun, salah satu gejala juga boleh muncul terlebih dahulu.
Manakala dalam kes lain, ruam mungkin tidak berlaku. Sebagai tambahan kepada dua gejala utama, mereka yang mengalami Ramsay Hunt juga mungkin mengalami perkara berikut:
Sakit telinga
Gangguan pendengaran
Telinga berdengung (tinnitus)
Sukar menutup sebelah mata
Sensasi berputar atau bergerak (vertigo)
Perubahan dalam deria rasa atau kehilangan keupayaan untuk merasa makanan
Mulut dan mata kering
Sindrom Ramsay Hunt memberi kesan kepada lelaki dan wanita dalam kuantiti yang sama. Menurut NORD, 5 daripada setiap 100,000 orang di Amerika Syarikat mengalami sindrom ini setiap tahun.
Sesiapa yang pernah menghidap cacar air atau kayap mempunyai potensi untuk mendapat sindrom Ramsay Hunt.
Walau bagaimanapun, setakat ini, majoriti kes telah berlaku pada orang dewasa yang berumur lebih dari 60 tahun. Sindrom ini juga diperhatikan jarang menyerang kanak-kanak.
Kredit: Dr Tengku, Pakar Bedah Telinga Tekak, Surgeri Kepala & Leher, Mayo Clinic
Mendirikan rumah tangga, sudah tentulah kita mengharapkan agar ada penyeri dalam keluarga. Setiap pasangan pasti mahu menimang cahaya mata secepat mungkin. Sebaik sahaja disahkan hamil, hati rasa teruja. Segala persiapan untuk menyambut kelahiran bayi pun dibuat dengan rasa teruja kan?
Bercerita tentang kehamilan dan kelahiran bayi, tahniah diucapkan buat Alieff Irfan dan Bella di atas kelahiran bayi kembar mereka hari ini. Selepas penantian selama dua tahun, akhirnya kini mereka bergelar ibu dan ayah!
Menurut perkongsian di IG story Bella, dirinya terpaksa menjalani kelahiran melalui pembedahan kerana sudah mengalami kontraksi berulang sejak 8.30 malam semalam serta air ketubannya juga sudah ‘pecah’.
Tambah Bella lagi, dia sepatutnya bersalin pada 13 September yang akan datang tetapi tidak menyangka bayi kembarnya dilahirkan pada tarikh kemerdekaan Malaysia.
“Tak sangka pulak dapat tarikh merdeka 31/08/2022. Alhamdulillah. Cantik sungguh aturan Allah SWT.”
Selain itu, Bella juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan untuk dirinya. Bukan saja Bella, tetapi Alieff juga telah berkongsi berita gembira tentang kelahiran bayi-bayinya di IG story.
Influencer dan model, Intan Saleh juga turut melahirkan rasa teruja di atas kelahiran bayi kembar Alieff dan Bella. Membahasakan dirinya sebagai Muksu, Intan mengucapkan kelahiran bayi kembar kepada Belle yang dipanggil Along dalam keluarga.
“Alhamdulillah ya Allah.. Tahniah Along and Aliff, baby merdeka!! Tak sabar nak jumpa baby twin. Bertambah dah cucuku hihihiii.. Arhhh muksu sebak,” tulis Intan melalui IG storynya.
Juga sedang menunggu hari, didoakan supaya proses kelahiran Intan akan dipermudahkan. Buat Alieff dan Bella, tahniah sekali lagi di atas kelahiran bayi kembar lelaki dan perempuan mereka. Mungkin selepas ini content di Youtube channel akan berkisar tentang bayi mereka pula, tak sabar nak tengok. Selamat berpantang Bella!
Tali pusat melilit leher bayi dalam kandungan atau nuchal cord ialah satu keadaan yang sangat biasa di jumpai. Ia berlaku kepada 1 dalam 3 kandungan. Walau pun tidak berbahaya, masa bersalin mama kena siap sedia hadapi 4 keadaan ini.
Menurut Dr Mastura Mohd Mokhtar, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, KPJ Selangor Specialist, tali pusat atau umbilical cord adalah merupakan ‘talian hayat’ untuk bayi di dalam kandungan.
JARANG MEMBAHAYAKAN KERANA ADA WHARTON JELLY YANG KENYAL
“Tali pusat atau umbilical cord menyambungkan bayi kepada uri atau placenta. Ia penting untuk menyalurkan oksigen, darah dan nutrien kepada bayi. Komplikasi kepada tali pusat ini boleh membahayakan nyawa bayi tetapi sangat jarang berlaku kerana di dalam tali pusat terdapat Wharton Jelly yang kenyal.
“Wharton jelly mengelakkan salur darah di dalam umbilical cord daripada tertekan sekiranya ianya melilit leher atau badan. Kebanyakan ibu apabila mengetahui tali pusat bayi melilit leher melalui scan, ianya menyebabkan kebimbangan terhadap kesihatan bayi di dalam kandungan,” terang Dr Mastura.
Tetapi mengikut kajian dan pemerhatian doktor, kata beliau kebanyakan kes nuchal cord tidak mendatangkan apa-apa masalah atau membahayakan bayi
Dr Mastura menerangkan yang ia boleh berlaku semasa mengandung atau bersalin. Ia boleh melilit sekali atau lebih tetapi kebanyakkannya tidak memudaratkan bayi.
Nuchal cord ini lazimnya dikesan dari beberapa keadaan iaitu;
Melalui scan semasa pemeriksaan antenatal
Semasa kelahiran selepas kepala bayi keluar dari perineum atau rahim semasa cesarean.
Jantung bayi tidak normal terutama semasa bersalin.
SEGELINTIR BAYI BOLEH LEMAS
Majoriti bayi yang mengalami nuchal cord tiada masalah semasa kelahiran, Cuma ada segelintir bayi menjadi lemas atau kekurangan oksigen (fetal distress). Degupan jantung si kecil juga boleh menurun/menjadi lemah.
Selain itu terdapat juga beberapa keadaan seperti berikut;
Bayi boleh membuang air besar dalam air ketuban dan sekiranya air ketuban ‘termasuk’ ke dalam paru-paru bayi akan menyebabkan radang paru-paru dan sesak nafas.
Ia juga boleh menyebabkan kepala bayi mungkin susah atau lambat turun dan keluar dari perineum.
Nuchal cord ini meningkatkan kemungkinan untuk kelahiran vakum, forcep atau caesarean di sebabkan masalah-masalah di atas.
Muka bayi menjadi sedikit kebiruan and bengkak.
4 KEMUNGKINAN PUNCA NUCHAL CORD
Antara punca yang boleh menyebabkan terjadinya nuchal cord ini ialah;
Tali pusat terlalu panjang.
Wharton jelly di dalam tali pusat yang kurang seperti tali pusat bayi IUGR (intrauterine Growth restricted – bayi bermasalah tumbesaran di dalam rahim).
Air ketuban terlalu banyak
Bayi kembar.
LILITAN LEBIH 3 KALI, DOKTOR AKAN BERBINCANG KAEDAH KELAHIRAN
Menurut Dr Mastura, sekiranya sebelum bersalin doktor mengesan nuchal cord 3 kali lilitan, sesetengah doktor akan berbincang dengan ibu sama ada bersalin secara caesarean atau normal.
Kebanyakkan doktor and menenangkan ibu bahawa keadaan ini normal dan selalunya tidak membahayakan bayi semasa proses kelahiran sekiranya nuchal cord dikesan semasa bersalin dan lilitan tali pusat ketat, doktor akan memotong tali pusat terlebih dahulu sebelum ibu meneran untuk mengeluarkan bahu dan badan bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita yang sudah menghampiri tarikh bersalin pasti mula berasa risau memikirkan bagaimana agaknya proses kelahiran nanti. Pelbagai petua akan diamalkan bagi melancarkan proses getir itu. Sebenarnya, paling bagus jika si ibu bertenang dan banyak memikirkan perkara baik-baik saat ini kerana ia turut mempengaruhi bayi dalam kandungan.
Melalui posting di laman Instagram, Ustaz Azhar Idrus ada berkongsi doa yang boleh dibaca bagi memudahkan urusan bersalin.
Semoga dengan perkongsian dari Ustaz Azhar ini dapat membantu bakal ibu untuk berhadapan dengan saat-saat melahirkan dengan lebih tenang dan bersedia. Jika kita banyakkan berdoa dan berserah, mudah-mudahan tiada masalah ketika kita berjuang melahirkan si kecil.
Seramai 39 mangsa membabitkan guru dan kanak-kanak dari sebuah tadika yang terperangkap akibat kepala air di Gua Ikan, Dabong dekat sini berjaya diselamatkan semalam.