Rambang mata dibuatnya bila semua benda di depan mata. Mak-mak mulalah nak membeli sakan, khususnya untuk anak-anak. Sudahnya menabung entah ke mana.
Macam mana nak menabung cara paling efisyen? Perkongsian Anaa Sofianaa yang mencuba menyimpan mengikut tarikh ini anda boleh cuba. Menjadi!
Cara menabung untuk orang boros, setahun boleh simpan RM5,767.
Jadi di sini Anaa nak share macam mana Anaa menyimpan duit untuk tahun ni dengan cara paling simple saja. Macam mana tu?
Ada saja duit, memang habis dibelanjakan dan tak lekat di tangan. Beli! Yaa! Saya lah tu, boros membeli makanan sampai tidak sedar berat badan naik sudah pula.
Menyimpan ikut tarikh/hari bulan
1 hb RM1
2 hb RM2
3 hb RM3
4 hb RM4
Begitulah seterusnya untuk hari-hari lah sampai lah hujung bulan
30 hb RM30
31 hb RM31
Dan ulang benda yg sama untuk bulan bulan seterusnya. Yang penting simpan duit ikut tarikh Hari Bulan yaa!
Untuk lebih mudah dan keep on track buat jadual macam ini. Tick setiap hari.
Cara ni sangat berkesan pada orang yg boros berbelanja.
Anaa terpaksa skip bulan March, April & May tahun ini sebab waktu PKP, tapi total ada lah juga dapat RM4310.
Jadi kalau genap 12 bulan atau setahun, kita akan dapat total RM5,767.
Hasilnya duit yang disimpan ini bolehlah;
* Untuk wang hantaran atau majlis kahwin
* Buat deposit beli kereta atau beli barang kesukaan diri
* Boleh guna untuk ubah suai rumah, keperluan keluarga dan lain-lain
* Nak lengkapkan barangan dapur, rumah dan sebagainya.
* Untuk reward diri beli untuk apa yg dihajati.
Semoga kalian berjaya menyimpan untuk tahun 2022 ini. Jom menabung!
Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq.
Menarik: Hidung Terletak Macam Baby Korea, Wajah Ala-Korea Anak Intan Ladyana Curi Perhatian, Comelnya!
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Kredit: Anaa Sofiaanaa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI