Biar lambat dan tidak banyak hasilnya asalkan masih ada simpanan yang kita peruntukkan mengikut cara kita.
Perkongsian Nur Emira ini yang berkongsi tip mudahnya menyimpan setiap hari dan bulan menggunakan beberapa jenis wang ini patut kita contohi. Mudah dan berbaloi.
Apa yang dilakukannya adalah dengan menggunakan bulan ganjil dan genap yang diberikan simpanan RM50 dan juga RM100.
Bukan itu sahaja, bahkan setiap hari pula disimpan sebanyak RM2 dan kemudiannya RM5 setiap kali diperolehi.
CARA MENABUNG DUIT SETAHUN BOLEH DAPAT RM4436
Alhamdulillah berjaya konsisten 2021. Total RM 4436.00.
RM2 – setiap hari
RM5 – setiap kali dapat
RM10 – 2 helai seminggu
RM20 – 1 helai seminggu
RM50 – Febuari, April, Jun, August, October, December.
RM 100 – Januari, Mac, May, July, September, November.
Buat asing. Rajin-rajin macam ni.
Jumlah setiap bulan tak sama sebab duit RM5, bergantung pada banyak mana duit RM5 yang dapat. Start lambat sikit, pertengahan Februari. Pengakhiran 31 Disember.
Good luck pada siapa sedang buat macam ni last year. Jom sambung in year 2023, boleh book pakej umrah juga kalau tambah nanti.
Mudah mudahan ada rezeki. Allah jemput ke sana. Aminn. Dapat pegang cash macam ni, rasa sayang nak pergi letak bank pun ada.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Kredit: Nur Emira