Bila saat aku terima nikahnya, kesetiaan pasangan suami isteri dah terletak dalam diri masing-masing. Kesetiaan inilah yang akan membawa kebahagiaan rumah tangga.
Bayangkan bila curang, hidup jadi tak tenang. Maklumlah takut rahsia kecurangan terbongkar, bukan mudah ya nak sembunyikan kecurangan ini.
24 jam kena bersedia takut isteri atau pasangan dapat kesan kita curang. Pendek kata memang tak tenang lah hidup. Oleh sebab itu setia saja dengan pasangan, hidup pun tak terganggu, tiada perkara yang nak disembunyikan. Betul tak?
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan renung-renungkan:
Setia itu lebih senang daripada curang…
Tapi tak ramai yang boleh buat walaupun ianya senang… Curang juga menjadi pilihan walaupun ianya susah…
Sebab apa curang itu susah? Sebab nak kena sembunyi perbuatan, nak kena berhati-hati, nak kena lindungi supaya perkara itu tak terbongkar sehingga diketahui orang tersayang…
Setia lebih mudah
Kena cari alasan, kena reka jawapan, kena berdolak dalih dan memastikan kepercayaan terhadap dirinya itu terus ada…
Silence HP (handphone), delete conversations, uninstall apps, letak nama lain dekat contact… HP pun tak boleh tinggal merata…
Fuhh, memang menyusahkan lah… Jantung pun berdegup lain macam bila kena soal itu, ini… Mulut terketar-ketar bagai…
Bila kena tanya lebih-lebih, sudah mula naik angin, marah-marah…
Setia tak perlu sembunyi, hidup tenang
Hakikatnya, tujuannya, matlamatnya hanyalah kerana tak nak “kecurangan” itu dihidu pasangan… Bukan senang ya nak menyembunyikan kejahatan dan kemaksiatan… Bukan senang…
Maka, pilihlah jalan hidup yang lebih mudah iaitu dengan setia pada pasangan yang telah ada di depan mata, bersyukur dengan kelebihan dia, berlapang dada dengan kelemahan dia, dan melengkapi kekurangan dia…
Sumber: Firdaus Shakirin
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.