Setiap 50g Sosej Yang Dimakan, Risiko kanser Usus Meningkat Sebanyak 18%. Bahaya Sosej Untuk Kanak-Kanak!

Share

Sesetengah ibu bapa mengambil jalan singkat untuk menyediakan hidangan makanan untuk anak-anak dengan hanya memberikan makanan proses atau makanan segera seperti sosej, burger, nugget, mee segera dah sebagainya tanpa mengambil tahu risiko terhadap kesihatan anak-anak.

Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui laman rasmi facebook berkongsi tentang bahaya jika ibu bapa memberi anak-anak makan sosej atau daging yang diproses kerana ianya tidak mempunyai khasiat malah boleh menyebabkan risiko kanser usus berlaku.

*BAHAYA MAKAN SOSEJ UNTUK ANAK-ANAK*

Dalam banyak ceramah saya mengenai kesihatan, selalu saya ingatkan pada ibubapa terhadap makanan yang diberikan kepada anak-anak.

Saya faham keadaan ibubapa yang sibuk dan tergesa-gesa menyiapkan anak ke sekolah.

Ada di antara kita sebagai ibubapa yang menyediakan sosej sebagai sarapan pagi atau bekalan makanan ke sekolah kerana ia mudah disediakan.

Ia boleh digoreng, direbus, dipanaskan dengan mikrowave dan ketuhar. Secara purata anak-anak memakan antara 3-5 batang sosej yang disediakan oleh ibubapa mereka.

Sering memberikan sosej pada anak-anak bersarapan bukanlah suatu amalan yang bagus.

Dalam banyak kajian dibuat, sosej tidak memberikan sebarang nutrisi, kecuali daging dan tepung sahaja.

Malah ia memberikan kesan buruk kepada kesihatan jika diambil secara kerap dan dalam kuantiti yang banyak.

Sebaiknya amalan memberikan sosej pada anak-anak sama ada untuk sarapan atau bila-bila masa harus dihentikan kerana ia mengandungi lemak trans (transfat), tinggi kandungan garam, tinggi bahan perasa, bahan pengawet, dan bahan tinggi.

Dengan itu ia memberikan kesan negatif seperti meningkatkan tahap “kolestrol jahat”, meningkatkan risiko obesiti dan meningkatkan risiko mendapat penyakit diabetis, hipertensi, serangan sakit jantung dan kanser usus besar (colonorectal cancer).

Dalam banyak kajian menunjukkan bahan nitrate yang terdapat pada bahan pengawet yang dicampurkan ke dalam sosej ini boleh menyebabkan kanser usus.

Nitrites akan ditukarkan oleh bakteria di dalam usus kepada N-nitoso apabila melalui proses penghadaman. *N-nitroso* merupakan bahan kompaun yang penyebab kanser *(carcinogenic)*.

Kajian yang dilakukan oleh *WHO’s International Agency for Research on Cancer* pula mengatakan setiap 50g daging proses yang dimakan, ia meningkatkan risiko kanser usus sebanyak 18%.

Jadi saya mencadangkan agar anak-anak kita makan makanan yang lebih bernutrisi ketika bersarapan seperti telur, bersama mi atau nasi yang banyak sayur-sayuran. Berikan mereka buah-buahan yang segar.

Makanan sebegini lebih bernutrisi untuk mereka. Jangan lupa sesudu minyak zaitun untuk mereka.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa