Setiap Anak Perkembangan Mereka Berbeza. Lambat Tak Semestinya Lewat, Awal Tak Semestinya Hebat!

Share

Pertama kali menjadi seorang ibu, apa sahaja perkembangan anak pasti akan menjadi satu momen indah untuk dikenang. Tapi adakalanya perasaan risau timbul bila mana perkembangan anak atau bayi tidak seperti anak-anak lain.

Sebenarnya perkembangan setiap anak adalah berbeza. Sama ada bercakap, berjalan, kemahiran motor dan yang lain-lain pastinya akan berbeza dengan anak-anak yang lain. untuk mengetahui perkembangan anak sama ada lambat atau cepat, ikuti perkongsian daripada Puan NurSaidah Nafisa Che Abdullah, Jurupulih Carakerja dari UiTM.

“Anak saya cepat ke lambat?”
” Bila anak saya nak berjalan? Tak sabarnya nak tengok dia melangkah ”

Mommies tak sabar nak tahu perkembangan bayi, lega bila anak dah capai satu tahap perkembangan, runsing bila anak lambat. Ada yang teruja dah beli pelbagai gajet untuk anak.

Betul ke anak kita lambat atau anak orang lain terlalu awal, keliru. Usah bimbang setiap bayi ada julat masa perkembangan dia. Lambat tak semestinya lewat, awal tak semestinya hebat.

Perkembangan motor kasar anak dimulai dengan :
Kepala dan leher
Pinggang
Lutut
Kaki

Bayi tidak boleh meniarap sekiranya kepala tidak mampu tegak, pendek kata kepala berat tak boleh nak memusingkan badan. Ada kes khas kelewatan perkembangan motor kasar bila bayi ada hydrocephalus.

Selepas meniarap, baru bayi duduk dengan bantuan. Duduk memerlukan kekuatan pinggang (trunk). Awalnya bayi duduk dengan di sokong tangan menampan berat.

Bayi bergerak dengan berguling, atau menyusur ataupun merangkak. Ada bayi skip merangkak, dari duduk terus berdiri. Merangkak pula penting untuk perkembangan bayi. Bayi belajar menggunakan anggota kiri dan kanan bergilir-gilir.

Bayi mula berdiri dengan bantuan juga. Suka berpaut pada sofa, dan meja asalkan boleh. Dia tarik apa sahaja benda boleh dia capai. Bayi dah mula sibuk belajar macam-macam dan panjang akal dah.

Mommies boleh lapang dada bila ada pengetahuan perkembangan bayi, Saie kongsikan perkembangan motor kasar dahulu ye.

Sekiranya mommies rasa ragu, boleh utarakan kepada Jururawat Klinik Kesihatan semasa pergi temujanji klinik. Jururawat akan rujuk Doktor bertugas untuk penilaian. Nak cepat boleh ke Pakar Kanak-kanak Swasta.

Ada dua kategori iaitu yang terlalu risau anak dia tak Ok, kedua terlalu yakin anak dia Ok. Jadi, boleh mommies main dan ransang perkembangan bersama bayi dengan bantuan mainan. Ibulah pakar dalam merangsang anak.

untuk lebih pemahaman, Saie juga ada berkongsi photo series yang boleh jadikan rujukan ibu bapa semua.

Saie
Umi kepada Sofiyya, Saif, Hayyan
Jurupulih Carakerja dari Uitm

Sumber: NurSiadah Nafisa Che Abdullah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
SAHR