
Doa yang tidak disengajakan. Percayakah anda kata-kata anda sebagai ibu ayah ada suatu power yang tidak dapat digambarkan?
Percayakah anda dengan kata-kata sahaja mampu mengubah sebuah kehidupan? Perkongsian dari OT Nurul Sheriena ini boleh mengambarkan dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan doa yang tak disengajakan itu.
Kata-kata ini ibarat doa. Doa yang diiringi dengan rasa. Bayangkan jika ini yang terkeluar dari mulut anda
‘Malas betul Kau ini! Buat apa pun tak jadi!’
Dengan nada marah Si Ayah mengherdik anak
‘Tolong lah Mak. Buat apa pun tak mahu!’
Marah pula si Ibu.
Anak?
Ada anak jenis sudah tebal telinga tidak endah sudah bebelan ibu ayah.
Ada anak tertunduk ikutkan sahaja kehendak ibu ayah.
Bagaimana pula sistem kepercayaan anak?

Kata-kata itu sudah dipahat berkali-kali di dalam otak anak. Dijadikan sebagai memori pertama yang muncul saat mengingati ibu ayah.
Yang Percaya kata-kata ibu ayah
Ya aku Pemalas
Ya aku tidak tahu apa apa
Apa pula terjadi kepada masa depan anak-anak yang punyai sistem kepercayaan begini?
Kerana itu kita harus jaga tutur Kkata
Tukarkan Perkataan Negatif kepada Positif. Tutur Kata itu bakal menjadi Doa anda buat anak dan masa depan mereka.
‘Adik Rajin Tolong Mama. Tolong ambilkan please’
‘Abang anak yang baik tolong sama-sama kita kemaskan rumah’
Bukankah itu lebih Powerful.
Itulah Doa yang tidak disengajakan oleh ibu ayah disulami perasaan kasih, sayang dan cinta ❤️ Thank You Mom and Papa for the doa and blessing
Sumber: OT Nurul Sheriena
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu Bapa Tak Boleh ‘Cium’ Mulut Anak Walaupun Mereka Masih Kecil! Ikuti Perkongsian Doktor Ini

Mencium anak merupakan tanda kasih sayang kita sebagai ibu bapa. Namun menjadi trend pada zaman ini, ibu bapa yang beragama Islam mencium anak-anak di bahagian mulut untuk menunjukkan rasa kasih sayang.

Namun tahukah anda bahawa sayang macam mana pun anda dilarang untuk mencium di bahagian mulut anak walaupun mereka masih kecil. Kenapa? Ikuti perkongsian ini;
Antara sebab-sebab mengapa ibu bapa dilarang berbuat demikian:
1. BOLEH RANGSANG SYAHWAT
Hati-hati, zaman kini manusia bertopengkan syaitan memang ramai. Golongan pedophiIia gemar berpuar-pura sukakan kanak-kanak. Sesiapa sahaja boleh jadi ada dalam golongan ini. Bukan kita tak pernah lihat kes melibatkan darah daging dianiaya oleh golongan terkutuk ini.
Menurut pandangan lain, Bibir merupakan kawasan sensitif yang boleh merangsang syahwat. Dr. Charlotte Reznick, seorang penulis, psikologi pendidikan dan anak di Universiti California Los Angeles, berpendapat bahawa akan ada kesan buruknya jika ibu bapa selalu mencium bibir anak-anak.
“Ketika seorang anak mencapai usia 4, 5 atau 6, keinginan seksualnya pada usia itu sudah mula datang (dan ada juga anak-anak yang keinginan seksualnya datang lebih awal pada usia 2 atau 3 tahun) dan ciuman di bibir akan mendorong keinginan seksual (syahwat) mereka tanpa sedar. ”

2. MULUT PINDAHKAN KUMAN
Ada bayi yang terkena penyakit berjangkit kerana bibirnya seringkali dicium. Ingatlah bahawa, mulut boleh memindahkan kuman melalui ciuman bibir kerana kuman tersebut boleh masuk ke dalam tubuh. Pelbagai jenis penyakit boleh disebarkan melalui mulut.
3. RASUL DAN SAHABAT HANYA MENCIUM PIPI ANAKNYA
Mencium pipi merupakan tanda kasih sayang orang tua kepada anaknya. Hal ini diperbolehkan untuk dilakukan. Namun ada bahagian tertentu yang disarankan untuk dicium iaitu pada bahagian pipi seperti yang pernah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar ketika mencium puterinya, Aisyah.
“Aku masuk bersama Abu Bakar menemui keluarganya, ternyata Aisyah puterinya sedang berbaring kerana diserang sakit panas yang tinggi. Maka aku melihat ayahnya, Abu Bakar, mencium pipinya seraya bertanya: “Bagaimana keadaanmu, wahai puteriku?” (HR. Al-Bukhari no. 3918)
Walaupun tiada hadis khusus berkaitan perkara ini, tetapi ibu bapa sememangnya tidak digalakkan untuk mencium anak pada bahagian mulut. Cukuplah sekadar menunjukkan kasih sayang pada anak dengan pelukan dan ciuman di pipi.
Sebenarnya ada empat tempat ciuman dan 2 tempat gosokan yang digalakkan pada ibu bapa melakukannya pada anak.

CIUMAN DI KEPALA ADALAH CIUMAN KEBANGGAAN
Bila kita rasa berbangga dengan pencapaian anak kita. Contohnya dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan, cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
CIUMAN DI DAHI ADALAH TANDA REDHA
Bila anak kita buat sesuatu yang membuatkan kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.

CIUMAN DI PIPI ADALAH CIUMAN RINDU
Bila ambil anak daripada taskda atau bila anak baru pulang daripada sekolah, tempat terbaik nak cium adalah di bahagian pipi.
CIUMAN DI TANGAN ADALAH BILA KITA RASA KASIH SANGAT PADA ANAK KITA
Ciuman di tangan ini sangat istimewa, sebab itu kita perlu mengajar anak kita mencium tangan kita bagi menzahirkan rasa hormat dalam diri.
Di samping itu, ibu bapa juga boleh gosokkan dua tempat ini pada anak;
Gosok di belakang leher kalau anak-anak nampak risau atau tidak tenteram
Gosok di dada pula sangat mujarab untuk mengurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok itu, ibu bapa boleh cuba selawat dan baca surah-surah pendek seperti Al-Fatihah atau Ayat Kursi.
Sumber: Dr Taufik Razif

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doktor Beri Tip Atasi Masalah Gigi Rosak Susulan Perkongsian Wawa Mengenai Gigi Anaknya Reput

Perasan tak walaupun anak kita hari-hari gosok gigi tapi gigi tetap jadi hitam dan rosak. Akhir sekali sebab malas nak fikir, ibu biarkan je dengan alasan baru gigi susu. Memang nampak mudah tapi jika dibiarkan ia akan makin melarat.
Mungkin lepas anak dah besar sikit dan tahu malu, boleh menjejaskan keyakinannya bila bersosial sementara tunggu gigi kekal tumbuh.

Susulan perkongsian Wawa Zainal di instagramnya mengenai masalah gigi anak keduanya, Hayla yang reput, Dr Iqbal Rosali berkongsikan pandangan dan tip penjagaan gigi untuk anak-anak.
- Jangan biarkan anak tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan. Walaupun anak sudah tidur dan tidak menghisap lagi, susu tetap akan menitik dan menyebabkan bertakung di dalam mulut. Pengumpulan susu ini boleh merosakkan gigi.
- Bersihkan mulut anak 2 kali sehari seperti mana kita menggosok gigi. Gunakan kain lembap yang dibalut pada jari manis anda dan digosok pada gigi dan gusi.Bagi anak yang sudah mempunyai banyak gigi susu, boleh bertukar kepada berus gigi kanak-kanak atau gunakan ‘finger toothbrush’.

- Perlahan-lahan perkenalkan penggunaan ubat gigi. Anak kecil sudah boleh gunakan ubat gigi mengandungi flourida. Pastikan yang dibeli adalah untuk kanak-kanak. Cuma letakkan ubat gigi dengan saiz sebiji beras. Ia akan lebih mudah dibersihkan dan tidak takut ditelan oleh anak kerana kuantiti yang sangat sedikit.
- Anak yang sudah besar sikit (2-3 tahun), pastikan jangan dibiarkan mereka gosok gigi sendiri. Pastikan ibu bapa menolong mereka menggosok gigi.
- Kurangkan penggunaan botol susu secara berperingkat. Galakkan minum menggunakan cawan, ‘sippy cup’ atau sudu seawal usianya 6 bulan.
- Bilas mulut bayi anda dengan menggalakkan meminum air kosong selepas menghabiskan susu atau hidangan ‘solid food’.
- Elakkan memasukkan gula ke dalam susu bayi anda. Malah, elakkan menggantikan dengan apa-apa jenis minuman manis ke dalam botol susu.
- Jika anak menangis semasa membersihkan gigi, kentalkan jiwa, cekalkan hati. Biarlah mereka menangis seketika itu. Ia tidak akan membawa trauma sepanjang hayat hanya semata-mata membersihkan gigi.
- Yang paling penting, bawalah anak masing-masing untuk pemeriksaan gigi seawal gigi pertama tumbuh. Kemudian, disusuli pula dengan setiap enam bulan sekali. Pada masa inilah ibu bapa boleh menilai dan muhasabah adakah penjagaan gigi anak selama ini betul dan berkesan.
Sumber: Dr Iqbal Rosali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Nak Masuk Bilik Bersalin Pun Kena ‘Berhias’ Baru Mudah Kerja Doktor & Misi” 5 Cara Wanita Ini Kongsi Untuk Bakal Ibu Buat Persediaan

Proses untuk melahirkan buat seorang wanita hamil memang berbeza-beza. Ada yang akan mengalami kontraksi dalam tempoh yang lama, malah ada juga yang hanya sakit sekejap sahaja dan terus bersalin.
Namun sebelum memasuki bilik bersalin atau labour room, ibu hamil juga perlu membuat persediaan supaya segala proses berjalan lancar. Seperti apa yang dikongsikan oleh Yasmin Hanani apa yang perlu dibuat oleh ibu-ibu sebelum masuk ke bilik bersalin.
Menurut Yasmin, tip yang dikongsikan ini untuk memastikan keselesaan si ibu dan juga petugas hospital yang terlibat nanti.

Bersihkan apa yang patut
“Hormati doktor dan petugas kesihatan ketika mahu bersalin dengan membersihkan diri terlebih dahulu.
“Sebelum ditolak masuk ke wad bersalin, perkara yang wajib saya buat ialah berhias dan berdandan. Nak bersalin pun nak berhias?
“Jangan salah faham, kita kena pastikan diri kita presentable kpd misi dan doktor untuk memudahkan kerja mereka. Janganlah jadi serabai melainkan anda nak bangun pun dah tak larat. Suami pun tolonglah bersihkan isteri.
Pertama
“Sambil melayan sakit contraction jika belum kerap (kita boleh agak the baby is coming), saya akan pastikan saya tidak kelaparan sebab saya perlu kan energy untuk meneran.
Kedua
“Setengah jam selepas makan, saya wajib ke tandas dan membuang apa yg patut agak tidak terbuang air besar ketika proses bersalin. Sebelum itu, makanlah makanan yg mudah hadam elakkan daging yg sukar dihadam. Wajib makan untuk tenaga tapi jangan makan telur mentah!
Ketiga
“Usai membuang, biasanya saya akan mandi sebelum ke wad, sikat rambut dan berminyak, jika panjang, anda sanggul. Kadang-kadang sanggul boleh terlepas, maka lebih selamat anda jalin tocang jika rambut anda panjang. Gosok gigi jangan lupa! Emak saya memang pesan, bersihkan apa yg patut sebelum bersalin agar memudahkan urusan dan kerja doktor dan trimlah apa-apa yg wajib tu. Takkan nak suruh misi trim kan kot. Malu la cik kak… Pesanan itu mmg saya wajib buat setiap kali ke hospital.

Tukar Pakaian Bersih
Keempat
“Selesai mandi dan mengemaskan rambut, saya akan tukar pakaian yg besih, saya memang akan spare baju wad yg bersih takdela misi dan doktor pengsan dgn bau saya nanti. Jika anda pakai seluar mama pride, sediakan dua atau tiga seluar sebab jika seluar itu basah terkena air ketuban, maka anda boleh ganti dengan yg lain. Bersalin, baju kena kering dan bersih.
Kelima
“Beri henpon dan bahan berharga pada suami, bawa diapers sekeping sahaja dan duduk lah atas wheelchair dan anda akan ditolak masuk ke bilik bersalin. Sambil-sambil ulang lah hafazan surah maryam anda. Tetapi lain hospital lain keperluan yg perlu dibawa. Jadi bertanya lah dahulu do’s and don’t setiap hospital.
“Bila sudah wangi dan happy, anda pun rasa semangat nak bersalin kan. Dan selepas bersalin pun saya akan terus mandi selepas boleh bangun. Kadang-kadang nurse biarkan dahulu 3 jam kita di bilik bersalin, kalau bilik bersalin yg ada bilik air, mmg saya akan terus mandi. Bila naik wad dgn baby kita pun dah wangi hehe. Apa pun, tanya misi kadang-kadang kita tak kuat lagi misi tak bagi mandi takut jatuh dalam bilik air. Masa ni tenang nak mandi sbb baby baru lahir biasa dia lena ja…
Suka Pakai Baju Hospital
“Selepas mandi, apa lagi memang saya akan makan dan minum, lapar beb lepas meneran! Untuk tenaga yg cepat biasanya saya dah sediakan jus mangga (asli lagi bagus) kalau takde kurma pun boleh. Biasa hospital bagi milo dan biskut pun ok la. Masa ni rasa macam makan kuda pun boleh kan…
“Saya mmg suka pakai banyak baju di hospital. Saya mmg suka nampak presentable dan pilih pakaian paling baik. Pernah sekali saya pakai kasut ke wad bersalin sbb saya tak suka pakai selipar, sejuk, misi tanya, “amboi cantiknya kasut bersalin macam kasut kerja.” Saya jawab, nak bersalin kenala cantik-cantik macam nak pi kerja kan misi hehe.

“Ini contoh vanity beg yang wajib saya bawa ke hospital… Biasanya banyak lagi mendanya hehehe…”
Semoga apa yang dikongsikan oleh Puan Yasmin akan memberi manfaat kepada bakal ibu yang sedang menunggu hari melahirkan. Bolehlah membuat persediaan dari sekarang.
kredit:Yasmin Hanani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


