Ajal maut, rezeki semua Allah dah tentukan. Siapa kita untuk menidakkannya. Begitu jugalah dalam setiap perhubungan. Selain kasih sayang, kekurangan dan kelebihan dari pasangan adalah penentu kebahagiaan antara satu sama lain.
Menariknya mengenai kisah yang dikongsikan oleh Astiey Nurasiah ini, dia bukanlah wanita yang cantik tapi sangat bersyukur diterima oleh suaminya yang mungkin orang lihat cukup elok wajahnya. Bak kata orang tak sepadan dengannya.
Namun, dia yakin percaturan Allah melebihi segala-galanya. Apa yang nak ditekankan di sini, suaminya tak kisah berbelanja semata-mata nak lihatnya cantik di depan suami dan bukan untuk orang lain.
Jadi anda sebagai isteri yang mungkin selepas melahirkan anak selalu merungut badan naik, susah nak turun, tak sempat nak bersiap sebab sibuk uruskan anak boleh jadikan perkongsian ini sebagai satu inspirasi untuk memastikan kebahagiaan dalam rumah tangga.
Masa jumpa rasa nak patah balik je
Tak eloklah cakap, “Kak As kena kurus nanti suami cari lain”. Hati perasaan ni Allah jaga. Awal-awal dah berprasangka buruk. Allah ikut apa yang kita fikirkan.
Kak As masa kenal suami berat dia 75 kg. Semua orang cakap muka dia lagi hensem dari Shahir. Kak As berat dekat 100 kg lebih besar dari Sherry Alhadad.
Jerawat Kak As penuh kat muka. Hitam. Pakaian pulak seluar merah, baju oren tudung hitam. Selekeh. Naik wira buruk.
Ads
Masa jumpa beliau Kak As rasa nak patah balik je. Tak sangka mamat mata coklat galak nak kat Kak As
Bila tanya kenapa Kak As? Yelah. Dia hafiz 30 juzuk. Degree pun Quran hadis. Kak As hafal Yasin dan al-Mulk je.
Suami sangat sporting
Ayat dia tak habis-habis ulang “Perempuan cantik tak bijak macam As”
Maksudnya apa?? Maksudnya Kak As tak cantik! Hahahaha. Kisah pulak.
Ads
Tapi lepas kawin dia ubah Kak As terus. Dia tak kisah teman Kak As shopping 10 jam untuk pilih sehelai baju. Yealah orang badan besar mana nak jumpa saiz. Dia teman dan sentiasa bagi pendapat.
Dia bukan jenis yang tanya “Cantik tak?” dan jawab “Cantik”
Dia akan jawab “Cantik tapi sayang sesuai warna bla bla. Sayang nampak cantik bla bla”.
Nampak? Dia kahwin dengan kaunselor tapi dia lebih faham dari kaunselor.
Ads
Nak bagi isteri cantik bukan depan orang
Dia tak kisah takde duit untuk barang dia untuk hantar Kak As pergi spa. Jujur cakap beli produk SKII sebulan spend RM1k.
Dia bukan nak Kak As nampak cantik depan mata orang. Tapi depan dia. Sebab tu dia belikan barang mekap yang mahal mcm Dior, Marc Jacobs dan segala mak nenek yang Kak As pun tak kenal. Tapi tak bagi Kak As guna sangat.
Beli untuk Kak As rasa kepuasan. Padahal Kak As beli yang RM5 dah okey (cheh! Kliche sangat ayat)
Setiap hari ayat dia “Sayang abang cantik dan baik”.
Benda tu buat Kak As jalan melangkah dengan percaya walau hari tu baju Kak As terbalik dan tudung senget.
Penggunaan produk yang tidak bersesuaian boleh memudaratkan bayi, apatah lagi hingga mengakibatkan sawan. Bahayanya!
Perkongsian daripada Public Health Malaysia ini perlu mama papa ikuti. Jangan terikut-ikut menggunakan setiap produk yang mengandungi camphor atau kapur barus tanpa memeriksa terlebih dahulu amaran atau cara penggunaannya. Setiap produk dilengkapi label dan ada yang telah memaklumkan yang ia tidak selamat untuk bayi.
BANYAK DALAM PRODUK JENIS SAPUAN Camphor atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang ada di pasaran. Ia digunakan untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.
TIDAK SESUAI UNTUK KANAK-KANAK 2 TAHUN KE BAWAH Walaubagaimanapun. produk yang mengandungi kapur barus TIDAK SESUAI untuk digunakan untuk kanak kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Ia boleh mengakibatkan sawan dan bahaya untuk mereka.
Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang diletakkan.
JANGAN LETAK DI HIDUNG, MATA ATAU KULIT Hati hati ya, jangan letak di hidung, mata atau kulit yang luka. Bahan dari kapur barus ini boleh menyerap masuk ke darah dengan pantas dan menyebabkan kesan toksik.
BACA LABEL, JADILAH IBU AYAH YANG BIJAK Apa pun produk korang nak guna jangan lupa baca label. Semua dah tertulis pada label. Tinggal kita nak baca je. Jadilah pengguna bijak!
Public Health Malaysia juga turut berkongsi beberapa produk yang tidak sesuai untuk bayi bawah 24 bulan.
Papan gosok baju antara keperluan utama di setiap rumah. Ia bukan sahaja boleh memberi keselesaan sewaktu menggosok pakaian tetapi lebih selamat terutama rumah yang ada anak kecil.
Ini berikutan, jika menggosok baju di atas lantai dengan melapik kain tebal sahaja, risikonya agak tinggi sikit kerana anak boleh terus mencapai seterika jika ditinggalkan tanpa pemantauan orang dewasa.
Namun bagi anda yang mengalami masalah papan gosok baju yang selalu patah bahagian kakinya, boleh DIY sendiri di rumah. Apa yang penting lebih jimat ruang, kerana ia lekat di dinding.
Nak tahu macam mana DIY tempat gosok baju, ini langkah-langkahnya.
Tak mahu guna boleh turunkan dan rapat ke dinding
Regangkan 3 inci dari dinding
Besi pelapik boleh dapatkan di MR DIY
Lebih selesa, mudah, jimat ruang, kukuh, kemas dan murah. Nak dapatkan bahan-bahan tersebut, boleh klik sini:
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Asam garam kehidupan berumah tangga pastinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Malah perbalahan suami isteri pastinya akan turut berlaku. Namun sebagai ketua keluarga, suamilah perlu bijak memainkan peranan. Begitu juga isteri yang perlu bertolak ansur agar perselisihan faham misalnya berjaya dileraikan sebaiknya.
Bagi penyanyi dan cef selebriti, Dato Fazley Yaakob, beliau tidak lokek berkongsi kisahnya malah punya cara sendiri dalam menangani masalahnya bersama isteri. Malah beliau turut mendedahkan, dia dan isteri akan menyelesaikan sebarang masalah atau perselisihan faham sebelum tidur. Itu sebaiknya.
Jelasnya lagi, dia enggan marah yang terbuku di hati akan melarat dan menjadi lebih besar pada keesokan harinya. Perasaan marah membuatkan hubungan menjadi tidak selesa dan inilah yang sentiasa diterapkan dalam kehidupannya bersama isteri.
“Konsep kami sebelum tidur mesti berbaik-baik dahulu dan tak boleh bawa marah itu sampai esok pagi.
“Tidur dalam keadaan marah akan menjadi lebih besar. Kalau berkecil hati pun mesti settle dulu sebelum tidur,” katanya lagi.
Tindakan Dato Fazley ini sememangnya harus dicontohi oleh semua suami. Bukan masalah saja settle bahkan kasih sayang pun makin bertambah kuat setiap kali meminta maaf.
Berpisah sekejap satu jam dan kemudian selesaikannya
Satu tindakan yang sangat bijak. Siapapun tidak terlepas daripada perasaan marah namun cara Datuk Fazley bersama isterinya ini cukup istimewa. Mereka berpisah sekejap dan tidak sampai sejam kedua-duanya akan bersemuka dan menyelesaikannya dengan baik.
Akui Fazley, mana-mana wanita pun termasuk isterinya sendiri, Datin Azrene Soraya sukar untuk dipujuk apabila berlaku pergaduhan.
“Ramai isteri kalau merajuk susah nak pujuk terutama apabila berlaku pergaduhan.
“Isteri suka untuk melafazkan kemaafan. Jadi, bagi kami memang tiada konsep maaf memaafkan, pujuk memujuk tapi kami akan memberikan ruang kepada satu sama lain.
“Kalau bersalah cakap, kita akan berpisah selama 30 minit atau sejam dan datang semula untuk menyelesaikannya,” tambah Fazley.
Dato Dr. Fazley Yaakob, dan Datin Azrene Soraya mendirikan rumah tangga selama 13 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata. Si comel Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma menjadi penyeri kehidupan mereka.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.