Seorang kanak-kanak perempuan, Nur Falisya Mardina Fahme Ridzuan (Ica) hidup dalam penderitaan setelah menghidap penyakit cystic hygroma iaitu gejala abnormal yang terjadi pada leher atau kepala bayi.

Ibunya Nur Atekah Mohd Yusof berkata, bahagian leher kiri anaknya yang berusia setahun itu membengkak serta mengandungi cecair atau air bisa dalam badan yang sepatutnya keluar melalui najis.

Setiap Hari Cakap “Ibu..Sakit”. Leher Anak Makin Bengkak. Makan & Nafas Susah

“Saya perasan ada kelainan pada leher Icha selepas melahirkannya dan dia ditahan di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) Hospital Seri Manjung, selama tujuh hari.

“Icha kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan didapati penyakit itu ketika berusia hampir tiga bulan sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Menurut ibu berusia 23 tahun itu, saluran makanan dan pernafasan anaknya semakin terhimpit akibat lehernya yang semakin membesar setelah melakukan imbasan CT bulan lalu.

IKLAN

Setiap Hari Cakap “Ibu..Sakit”. Leher Anak Makin Bengkak. Makan & Nafas Susah

“Kalau ikutkan pembedahan akan dijalankan pada usia dua tahun ke atas tetapi keadaan Icha semakin serius dan pembedahan akan dibuat untuk membuang cecair itu di HKL pada 21 Oktober ini,” ujarnya.

Pembedahan Berisiko Tinggi

IKLAN

Nur Atekah berkata, dia tidak sanggup melihat keadaan anaknya seperti itu walaupun mengetahui pembedahan tersebut berisiko tinggi sehingga memberi kesan kepada suara dan saraf.

Disebabkan perkara itu, dia dan suaminya Fahme Ridzuan Zulqarnil mula menyimpan wang sebagai persediaan termasuk kos ulang-alik ke HKL.

Setiap Hari Cakap “Ibu..Sakit”. Leher Anak Makin Bengkak. Makan & Nafas Susah

IKLAN

Merengek sakit, kadang bernafas guna mulut

Bukan itu sahaja, tidur malam anaknya juga kerap terganggu kerana tidak selesa dengan keadaan lehernya itu sehingga menangis dan kadang-kadang bernafas menggunakan mulut.

“Luluh hati saya apabila Icha mengadu ‘Buuu, akit.. (Ibu.. sakit), malah dia kerap merengek dan terjaga dari tidur kerana tidak selesa dengan lehernya yang besar,” tambahnya.

Setiap Hari Cakap “Ibu..Sakit”. Leher Anak Makin Bengkak. Makan & Nafas SusahBagi individu yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menyumbang melalui akaun Agrobank bernombor 2005351000103289 (nama Nur Atekah Mohd Yusof).

Sumber : Harian Metro

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI