Gosok gigi setiap hari tapi gigi anak rosak juga. Apa punca sebenarnya? Ini antara persoalan yang selalu di tanya oleh ibu bila berdepan masalah ini.

Ada yang kata sebab minum susu botol. Tak kurang juga yang kongsikan salah satu puncanya sebab susu ibu serta faktor pemakanan.

Nak tahu apa faktor penyebabnya, Pegawai Pergigian, Dr Muhamad Iqbal terangkan faktor utama terjadi karies hingga merosakkan gigi anak.

Pertama, bergantung semata-mata kepada susu ibu, dan tidak menggalakan pemakanan selepas umur 6 bulan, adalah tidak betul. Malah tidak baik untuk pertumbuhan dan kesihatan gigi, dan juga perkembangan kesihatan anak secara amnya.

Setiap Hari Gosok, Rosak Juga. Bukan Susu Je Tapi Ada Lagi Faktor Lain Penyebab Karies Gigi Anak

Kedua, mari kita belajar bagaimana mekanisme ketika anak minum susu.

Semasa menyusu badan, anak akan memasukkan puting hampir keseluruhan areola ke dalam mulutnya. Tindakan itu akan meletakkan puting dan susu yang keluar jauh ke dalam mulut. Anak akan terus telan.

Semasa menyusu dengan botol susu, tidak perlu memasukkan semua puting, susu sudah keluar. Walaupun tak dihisap, susu tetap akan menitik dan berpotensi untuk berkumpul di dalam mulut jika tak ditelan terutamanya sewaktu tidur.

Ketiga, mari kita fahami bagaimana gigi rosak terjadi. Ada 4 faktor utama terjadinya karies gigi.

Faktor 1 Gigi
Gigi susu adalah lebih rapuh berbanding gigi kekal kerana lapisan enamelnya yang lebih nipis

Faktor 2 Makanan
Apa-apa sahaja yang masuk ke dalam mulut terutamanya yang berasid dan manis, termasuklah susu, berpotensi menyebabkan karies kepada gigi.

Setiap Hari Gosok, Rosak Juga. Bukan Susu Je Tapi Ada Lagi Faktor Lain Penyebab Karies Gigi Anak

Faktor 3 Bakteria
Bakteria dari banyak sumber. Barang mainan yang dimasukkan ke dalam mulut, puting tiruan, tangan ibu bapa

Faktor 4 Masa
Jika gigi lama tak dibersihkan, perlahan-lahan proses karies akan berlaku

IKLAN

Apabila ada keempat-empat faktor ini, karies akan terjadi.

Keempat, penting untuk kita fahami juga, susu ibu semata-mata tidak menyebabkan karies.
– Ada kajian menunjukkan kandungan dalam susu ibu baik untuk pertumbuhan dan kesihatan gigi.
– Ada kajian menunjukkan kanak-kanak yang masih menyusu ibu selepas umur 2 tahun berpotensi mengalami kerosakan gigi lebih serius.

Seperti dalam point ketiga, ada lagi faktor lain menyebabkan karies. Ibu-ibu bolehlah muhasabah dan re-check aktiviti seharian yang mungkin berkaitan dengan penjagaan gigi anak masing-masing.

Contohnya, apabila ibu-ibu merasa makanan dahulu sebelum menyuapkan ke dalam mulut si anak. Pemindahan bakteria boleh berlaku dan menyumbang kepada kerosakan gigi.

Contoh lain, tidak membersihkan semua permukaan gigi si anak dengan betul terutamanya pada kawasan antara gusi dan gigi (seperti dalam gambar)

IKLAN

Setiap Hari Gosok, Rosak Juga. Bukan Susu Je Tapi Ada Lagi Faktor Lain Penyebab Karies Gigi Anak

Keempat, sebab itu, hal paling utama dalam mengelakkan gigi rosak adalah penjagaan kesihatan gigi. Bagilah anak-anak susu ibu atau susu formula. Tapi sekiranya kebersihan gigi tak dititikberatkan, gigi tetap akan rosak juga.

Kelima, ketahuilah Puan-puan sekalian, komuniti doktor gigi tidak pernah menyalahkan penyusuan anak-anak sehingga menyebabkan gigi rosak. Sebaliknya, apabila tiada keseimbangan di antara penyusuan/pemakanan dan penjagaan kebersihan gigi, itulah punca utama gigi mudah dan cepat rosak.

p/s: Sapuan berwarna koko itu ialah sapuan flourida untuk membantu menguatkan gigi dan mengelakkan karies menjadi lebih besar.

Semoga bermanfaat.

Dr Muhamad Iqbal
Pegawai Pergigian

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI