“Saya tak sanggup tengok anak sakit. Kalau boleh biarlah penderitaannya berakhir cepat. Cuma masalahnya sekarang, kos untuk rawatan tinggi dan anak perlu jalani pembedahan hati sama ada di China atau India.”
Itu luahan Zamzuri Ahmad, 38, bapa Muhammad Zhafran Amsyar, 12 bulan yang bukan saja menghidap penyakit hati kronik (Biliary Atresia), tetapi juga angin pasang, jantung berlubang dan masalah hempedu.
Zamzuri berkata, dia memerlukan bantuan kewangan RM250,000 bagi membolehkan mereka membawa anak sulungnya ke China atau India bagi menjalani pembedahan.
Menurutnya, dia membawa anaknya menjalani beberapa rawatan termasuk dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Bagaimanapun, cadangan PPUM membawa Amsyar ke hospital di China atau India kerana ada kepakaran khas merawat penyakit itu,” katanya.
Perut buncit, tubuh, mata kuning dan alat sulit bengkak
Ads
Menurutnya, beberapa penyakit dialami mennyebabkan perutnya membuncit, tubuh termasuk mata menjadi kuning dan alat sulit membengkak kerana penyakit angin pasang.
“Sepanjang masa Amsyar merengek sakit dan paling ketara pada bahagian kemaluan yang bengkak.
“Saya pun berasa terseksa apatah lagi Amsyar yang menanggung kesakitan itu.
“Setiap dua bulan, saya dan isteri, Nor Alisa Udin, 23, membawa Amsyar ke PPUM untuk bertemu pakar” katanya berkerja kilang di Kampung Saujana, Setiu.
Ads
Orang ramai yang sudi menghulurkan sumbangan boleh menghubungi talian 011-16816897.
“Pertemuan dengan pakar hati di PPUM bagi menetapkan tarikh pembedahan hati di luar negara.
Ads
“Jika RM250,000 itu dapat dikumpul dalam tempoh terdekat, pembedahan itu juga dapat disegerakan,” katanya.
Sementara itu, Nor Alisa berkata, masalahnya turut dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) dan Tabung Darul Iman.
Katanya, setakat ini, Maidam yang menyumbangkan RM2,000 iaitu pada tahun lalu.
Sebagai ibu bapa, kita pasti rasa gembira apabila anak tumbuh gigi. Terserlah kecomelan mereka apabila senyuman dibarisi gigi-gigi kecil itu. Walau bagaimanapun, ibu bapa kini telah mempunyai 1 lagi tanggungjawab tambahan. Inilah masanya untuk anda mula fikirkan mengenai kesihatan gigi anak. Ibu juga perlu tahu mengenai bilangan gigi susu anak.
Tetapi, mengapakah penjagaan gigi perlu dimulakan secepat mungkin? Percaya atau tidak, gigi boleh reput sejurus ia tumbuh. Sebab itulah, kita perlu menjaga gigi anak dan melengkapkan mereka dengan ilmu penjagaan gigi yang betul.
Sebagai ibu bapa, sudah pastilah kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Malah, kita juga ingin pastikan gigi anak sentiasa sihat dan bebas daripada sebarang cela.
Jika anda ingin tahu mengenai pertumbuhan gigi anak serta jumlah gigi susu yang bakal tumbuh, mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.
Fakta ringkas mengenai gigi dan bilangan gigi susu bayi
Bayi sebenarnya bukanlah lahir tanpa gigi! Sebenarnya, anak kita mempunyai 20 batang gigi. Cuma, ia belum tumbuh lagi!
Anak akan mula tumbuh gigi pada sekitar usia 6 bulan sehingga 3 tahun. Gigi pertama yang akan tumbuh ialah gigi depan mereka, atau turut dikenali sebagai gigi kacip.
Lapisan enamel yang melindungi gigi lebih nipis dalam kalangan bayi. Oleh sebab itu, mereka lebih berisiko mengalami kaviti.
Gigi anak jarang-jarang? Jangan risau, ini merupakan sesuatu yang normal. Apabila gigi kekal mereka tumbuh, ia tidak akan lagi menyebabkan gigi tumbuh jarang-jarang.
Apabila anak menginjak usia 6 hingga 12 tahun, mereka mempunyai kombinasi gigi susu dan juga gigi kekal. Lama-kelamaan, kesemua gigi ini akan digantikan dengan 32 batang gigi kekal.
Sewaktu anak tumbuh gigi, bilangan gigi susu yang bakal menghiasi senyuman anak adalah sebanyak 20 batang.
Bayi juga akan mempunyai:
4 batang molar kedua.
4 batang molar pertama.
4 batang gigi taring.
4 batang gigi insisor lateral.
4 batang gigi insisor tengah.
Gigi yang terletak di tengah rahang akan tumbuh terlebih dahulu dalam masa 4 hingga 10 bulan pertama.
Walau bagaimanapun, jangan terlalu taksub mengira bilangan gigi anak. Setiap bayi tumbuh gigi dalam masa yang berbeza-beza. Namun, jika anda risau mengenai bilangan gigi anak, bercakaplah dengan doktor secepat mungkin.
Gigi anak dan rahang akan mula tumbuh. Lama-kelamaan, gigi kekal akan mula menggantikan gigi susu anak satu demi satu, bermula ketika anak berusia 6 tahun.
Bila anak akan mula mengalami pertumbuhan gigi?
Selalunya, bayi akan mula tumbuh gigi ketika mereka berusia 4-7 bulan.
Gigi kacip tengah akan tumbuh terlebih dahulu. Lama-kelamaan, bilangan gigi akan bertambah dengan tumbuhnya 4 batang lagi gigi kacip. Dalam masa sebulan selepas itu, gigi taring anak pula akan mulai tumbuh dan diikuti pula dengan gigi geraham.
Apabila anak berusia 3 tahun, bilangan gigi susu yang tumbuh adalah sebanyak 20 batang.
Dalam sesetengah kes, bayi boleh tumbuh 1 atau 2 gigi dalam masa 2 hingga 3 minggu selepas lahir. Jika anak masih lagi tidak tumbuh gigi dengan sempurna, bawa anak berjumpa doktor gigi dengan segera.
Bagi ibu yang mengalami masalah ini, jangan risau ya! Jika gigi tersebut tidak menyebabkan sebarang masalah, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan.
Jaga gigi bayi sebaiknya, jangan kisah mengenai bilangan gigi susu anak
Gigi bayi boleh mereput sejurus ia tumbuh. Malah, proses pereputan akan menjadi semakin cepat jika anak dibiarkan mengambil terlalu banyak minuman manis.
Selepas makan, pastikan anda lap gusi anak dengan kain bersih. Ketika anak mula tumbuh gigi, anda sudah boleh mula memberusnya dengan ubat gigi. Pada waktu ini, ajar anak untuk tidak menelan ubat gigi dan berkumur.
Untuk mengurangkan risiko gigi reput:
Jangan sesekali biarkan anak tidur dengan botol dalam mulut.
Jangan bagi anak minum terlalu banyak minuman atau makanan yang manis.
Jumpa doktor gigi secepat mungkin, jika boleh dalam tahun pertama bayi.
Tidak dinafikan, anak tumbuh gigi merupakan satu perkembangan yang sangat mengujakan untuk ibu bapa. Walau bagaimanapun, ingatlah bahawa perkembangan bayi berbeza-beza. Jadi, jangan risau jika bilangan gigi susu anak tidak seperti bayi lain.
Baru sahaja bergelar ibu pada Selasa lalu, kini peminat sudah mula tidak sabar menantikan Mira Filzah dan suaminya berkongsi wajah anak kesayangan mereka di Instagram.
Pun begitu, menerusi Insta Story Mira malam tadi, akui Mira dia dan suami masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru malah masih kepenatan melalui rutin baru itu.
Malah kongsi Mira lagi yang kini masih berada di hospital, dia memohon maaf kerana tidak dapat membalas setiap kiriman mesej di aplikasi Whatappsnya kerana masih kepenatan dan memberi keutamaan kepada bayinya.
“Dua-dua penat. Will keep on updating from time to time (Inshallah) bila everything dah slowly on track.
“Mira tak dapat lagi nak reply WhatApps and DMs satu persatu. Sorry tau.
“Thanks you for all the duas. Good night everyone,” tulis Mira berkongsi.
Meninjau di Instagram Wan Emir, suami kesayangan Mira yang kini sudah pun bergelar bapa turut meluahkan penghargaan kepada semua yang turut mendoakan isteri dan anaknya.
Namun apa yang menjadi perhatian ramai pastinya perkongsian gambar Emir yang sedang memangku anak lelaki mereka di samping gambar Mira yang tersenyum riang.
“Emir & Mira (dan 👶🏻❣️) ingin mengucapkan kesyukuran dan penghargaan kepada semua atas segala doa dan ucapan🌷
“And an endless love and thanks to Ibu Papa & Mak Abah for showing us what it means to become a good parent — nilai pengorbanan dan kasih sayang yang tiada penghujungnya.
“Moga amanah Allah SWT ini kami tatang dengan sebaiknya. Kepada Engkau kami berserah, Ya Rabb. Bismillah,” kongsinya lagi.
Selamat berpantang dan semoga Mira cepat-cepat sihat.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa saya kena czer? Tak boleh ke saya nak bersalin normal? Mesti ramai yang ada persoalan macam ni kan?
Kelahiran czer ni ada 2 jenis iaitu elective czer dan emergency czer.
Elective czer ni, pembedahan yang dah memang dirancang dari awal. Untuk ibu macam ni, tidak ada harapan lagi nak bersalin secara normal. Antara sebabnya adalah:
Uri dibawah yang menutup laluan bersalin. Kalau dah laluan bersalin tertutup, macam mana nak bersalin biasa kan? Jadi kena la czer.
Masalah kesihatan seperti lemah jantung, darah tinggi yang tidak terkawal. Risiko berlaku komplikasi jika bersalinnormal adalah tinggi untuk ibu ni, jadi kenala juga plan czer dari awal.
Dah 2 kali czer sebelum ni, so next delivery memang czer jugak la.
Emergency Czer ni pulak, dari awal memang Dr plan nak bagi bersalin macam biasa. Tapi pada masa nak bersalin atau sebelum bersalin, tiba-tiba berlaku masalah yang tidak mengizinkan ibu untuk bersalin normal. Contohnya :
Baby lemas. Masa tengah 3-4 cm, nampak baby dah lemas. Jantung baby dah tak normal. So nak selamatkan baby, kena la czer.
Eclampsia atau pre eclampsia. Eclampsia ni sawan, pre eclampsia ni sebelum jadi sawan, ada tanda2 seperti darah naik mendadak, protein dalam urine, kabur mata, pening2 dan pedih ulu hati. Kalau ada tanda2 ni, Dr takkan tunggu lagi. Terus je czer.
Baby besar sangat dan mungkin tersangkut. Kalau masa nak bersalin tu, Dr scan nampak baby ni besar sangat, maknye pulak kecik comel je, so kemungkinan baby ni tersangkut adalah tinggi. Jadi untuk mengurangkan risiko komplikasi, cara terbaik adalah czer.
Masalah dengan tali pusat. Bila pecah air ketuban, bukan kepala baby yang turun dulu, tapi tali pusat yang turun dulu. Jadilah cord prolapse. Ini pun kena la czer jugak.
Waktu bersalin yang terlalu lama. Dah berjam2, tapi laluan masih lagi duk 4-5 cm. So tak tahu nak tunggu sampai bila. Dah lebih 12 jam duk dalam labour room. Ni dipanggil poor progress. So kes macam ni pun kena la czer juga.
Fail induction of labour. Ibu kena induce, for any reason nak bagi bersalin cepat. Bila induce tak berjaya, jadi kenala czer jugak.
Ini antara kenapa czer dilakukan.
Tapi antara sebab lain kenapa czer dilakukan yang tidak termasuk dalam medical factor adalah patient request.
Ada juga ibu yang mati-mati suruh doktor bagi bersalin czer. Ini akan memeningkan kepala doktor. Biasanya kes macam ni, sebab mak nya nak tarikh lahir anak tarikh yang cantik. Pernah berlaku kes macam ni. Tapi tak banyak la.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...