“Saya tak sanggup tengok anak sakit. Kalau boleh biarlah penderitaannya berakhir cepat. Cuma masalahnya sekarang, kos untuk rawatan tinggi dan anak perlu jalani pembedahan hati sama ada di China atau India.”

Itu luahan Zamzuri Ahmad, 38, bapa Muhammad Zhafran Amsyar, 12 bulan yang bukan saja menghidap penyakit hati kronik (Biliary Atresia), tetapi juga angin pasang, jantung berlubang dan masalah hempedu.

Setiap Hari Menangis Sakit. Bayi 12 Bulan Hidap 4 Penyakit Perlu RM250,000Zamzuri berkata, dia memerlukan bantuan kewangan RM250,000 bagi membolehkan mereka membawa anak sulungnya ke China atau India bagi menjalani pembedahan.

Menurutnya, dia membawa anaknya menjalani beberapa rawatan termasuk dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Bagaimanapun, cadangan PPUM membawa Amsyar ke hospital di China atau India kerana ada kepakaran khas merawat penyakit itu,” katanya.

Perut buncit, tubuh, mata kuning dan alat sulit bengkak

IKLAN

Menurutnya, beberapa penyakit dialami mennyebabkan perutnya membuncit, tubuh termasuk mata menjadi kuning dan alat sulit membengkak kerana penyakit angin pasang.

“Sepanjang masa Amsyar merengek sakit dan paling ketara pada bahagian kemaluan yang bengkak.

“Saya pun berasa terseksa apatah lagi Amsyar yang menanggung kesakitan itu.

“Setiap dua bulan, saya dan isteri, Nor Alisa Udin, 23, membawa Amsyar ke PPUM untuk bertemu pakar” katanya berkerja kilang di Kampung Saujana, Setiu.

IKLAN

Setiap Hari Menangis Sakit. Bayi 12 Bulan Hidap 4 Penyakit Perlu RM250,000

Orang ramai yang sudi menghulurkan sumbangan boleh menghubungi talian 011-16816897.

“Pertemuan dengan pakar hati di PPUM bagi menetapkan tarikh pembedahan hati di luar negara.

IKLAN

“Jika RM250,000 itu dapat dikumpul dalam tempoh terdekat, pembedahan itu juga dapat disegerakan,” katanya.

Sementara itu, Nor Alisa berkata, masalahnya turut dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) dan Tabung Darul Iman.

Katanya, setakat ini, Maidam yang menyumbangkan RM2,000 iaitu pada tahun lalu.

Sumber: Harian Metro

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI