Kehamilan

“Setiap Hari Sakit Pinggang & Belakang”, Ainan Tasneem Terpaksa Pakai Penyokong, Tak Sabar Tunggu Baby Kembar!

Share

Bukan mudah mengandungkan anak kembar, apatah lagi bagi ibu yang berbadan kecil. Bagi penyanyi Ainan Tasneem, kandungan kembarnya yang semakin membesar membuatkan dia semakin berjaga-jaga.

Katanya menerusi instagram miliknya, dek kerana kandungannya yang sudah pun memasuki usia tujuh bulan ditambah dengan kandungan yang semakin sarat, dia mula merasa sakit pinggang dan belakang tubuhnya.

“Disebabkan twins makin membesar, perut pun makin memberat. Memang terasa sangat pressure lagi-lagi dekat pelvis area.

“Dulu time Salsabiela tak terasa sangat, tapi mungkin sebab ni 2 baby sejak kandungan 5 bulan lagi dah terasa. Sakit sangat sampai everyday sakit pinggang dan belakang,” katanya berkongsi.

Terpaksa pakai tali pinggang penyokong

Disebabkan itu, Ainan terpaksa mengenakan tali pinggang sokongan khas buat ibu hamil untuk menyokong berat kandungannya. Dan kini barulah penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia ini rasa makin lega dan selesa.

“Tapi Alhamdulillah syukur ada ergonomic pregnancy support belt ni. Sangat membantu.

“Bila pakai perut rasa sedikit ringan, rasa macam ada tangan yang tampung perut kita. Nak bergerak ke mana-mana pun jadi mudah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, menerusi satu entri berlainan di instagram, Ainan rupanya sudah pun menyiapkan pakaian dan kelengkapan lain untuk bayi kembarnya yang bakal lahir kelak.

“Pakaian untuk twins rasanya dah 100% ready, Alhamdulillah,” katanya yang turut berkongsi gambar pakaian buat bayi kembarnya. Semuanya sudah siap disusun cantik di rak pakaian.

 

Terdahulu Ainan Tasneem mendirikan rumah tangga bersama Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017. Mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Sasabiela pada 2 Mac 2018.

Semoga kelahiran bayi kembar Ainan dipermudahkan kelak.

Published by
SRM