Kisah kanak-kanak yang menangis di sisi ibunya yang bekerja sebagai petugas pembersihan telah tular sejak beberapa hari lalu.
Menerusi laporan daripada Makasar Info, kanak-kanak itu telah meratapi pemergian ibunya di bilik mayat kerana meninggal dunia disebabkan dilanggar kenderaan semasa bekerja.
Anak kecil tak henti-henti menangis
Situasi meruntun hati yang dirakam pada 8 Ogos itu benar-benar merentap hati warganet. Menerusi perkongsian itu juga, sumber memberitahu bahawa ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Lina sering membawa anaknya semasa bekerja. Dia telah mengalami kecederaan parah di kepala sebelum meninggal dunia di hospital.
Ads
Meratap disisi jenazah ibu
Ads
Kejadian yang berlaku di Losari Makassar itu telah tular sehingga ke Malaysia kerana kanak-kanak tersebut tidak henti-henti menangis kerana terasa dengan pemergian ibu tercinta secara tiba-tiba.
Ads
Dikebumikan dengan air mata
Jenazah Lina telah dikebumikan berdekatan perumahannnya dan telah meninggalkan dua orang anak yang masih kecil lagi.
Walaupun kisah tersebut sudah pun berlalu, namun gambar-gambar anak kepada Lina meratap disisi ibunya benar-benar meninggalkan kesan di hati warganet sehingga tular di media sosial sejak kebelakangan ini.
Mengimbau semula keputusan untuk berpisah, pelakon popular, Zamarul dan Diana akui kedua-dua ada kelemahan yang menyumbang kepada faktor hubungan menjadi renggang.
Diana disaat itu sedang aktif sebagai penyanyi dan Zamarul pula selaku pelakon seakan terlalu sibuk sehingga terlupa mengutamakan pasangan.
Selain kesibukkan kerja, Zamarul pernah ‘gila’ aktiviti basikal sehingga terlupa menghargai isteri. Bayangkan saat itu, dia telah membeli sekitar 14 buah basikal ratusan ribu ringgit dan telah menipu Diana tentang harga sebenar. Lama kelamaan, nilai kemesraan mula menghilang.
Kerana mengikut emosi dan silaturahim mula ‘panas’, Diana kemudiannya meminta untuk dilepaskan. Meskipun awalnya masih sabar, Zamarul akhirnya akur dengan desakan si isteri.
Akan tetapi, jodoh mereka berdua benar-benar kuat. Zamarul dan Diana terus bermuhasabah diri selama 4 bulan dan menyedari rasa sayang itu masih ada.
Lima murid membabitkan sebuah sekolah di Kedah disahkan positif Covid-19 berkaitan Kluster Tawar.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka dikesan melalui pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kes positif kluster tersebut.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati empat murid berusia 12 tahun dan seorang berusia sembilan tahun ialah kontak rapat kepada kes ke-9, 197 iaitu seorang murid prasekolah yang kesnya telah dilaporkan pada 16 Ogos lepas,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.
“Lima pesakit kanak-kanak tersebut merupakan generasi ketiga Kluster Tawar dan dijangkiti daripada ibu bapa (murid prasekolah) sebelum menjangkiti rakan-rakan di sekolah. KKM masih menjalankan siasatan bagaimana murid berkenaan terdedah kepada Covid-19,” katanya.
Sekolah ditutup sementara waktu
Beliau berkata, sekolah terbabit telah ditutup buat sementara waktu.
“KKM ingin mengingatkan semua pihak sekolah supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majilis Keselamatan Negara (MKN) termasuk SOP sebelum, semasa dan selepas sesi persekolahan,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata, ibu bapa juga perlu memainkan peranan menasihati dan mendidik anak-anak.
“Mereka perlu diberi penekanan terhadap amalan yang mesti dipraktikkan bagi mencegah jangkitan Covid-19 di dalam bas sekolah, bilik darjah dan semasa sebarang aktiviti sukan atau kurikulum,” katanya.
Kes turun naik, perlu berjaga-jaga
Setakat jam 12 tengah hari, 3,547 individu telah disaring dalam Kluster Tawar. Seramai 70 individu dikesan positif Covid-19 termasuk enam dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Sementara itu katanya, KKM merekodkan 11 kes baharu termasuk lima murid sekolah berkenaan.
“Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 9,285 kes dengan kes aktif 189 kes,” katanya.
Dr Noor Hisham menambah, seramai lapan pesakit ditempatkan di ICU dan enam memerlukan rawatan rapi.
Beliau juga memberitahu, jumlah kes kematian kekal kepada 125 kes selepas tiada kes berkaitan Covid-19 dilaporkan.
“Enam kes dilapor pulih dan dibenar discaj hari ini. Jumlah keseluruhan kes yang telah pulih adalah 8,971 kes bersamaan dengan 96.6 peratus,” katanya.
Ditanya mengenai kanak-kanak merupakan penyebar Covid-19 mega secara senyap (silent super spreader) beliau berkata, KKM tidak mengesan perkara itu berlaku di negara ini.
“Setakat ini kita tidak mengesan kanak-kanak sebagai penyebar Covid-19. Ada peratusan kanak-kanak dijangkiti Covid-19 tetapi ia tidak begitu serius,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas dua hari usaha mencari, akhirnya penantian seorang isteri yang sedang mengandung terjawab apabila menerima berita suami, Md Rajihan Junaidi, 28, lemas selepas mayatnya ditemui dalam kebun pisang pada Isnin (4 Januari) berdekatan dengan keretanya yang hanyut.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penolong Penguasa Bomba Akob Sedek berkata, mayat Md Rajihan Junaidi, ditemukan pada jam 5.10 petang.
“Mayat ditemukan pada jarak kira-kira 100 meter dari jalan utama. Mangsa dibawa keluar menggunakan bot bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam kejadian berhampiran Batu 17 kira-kira jam 8 malam pada Sabtu, Md Rajihan bersama-sama isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 24, menaiki kereta melalui Jalan Kluang-Kahang yang dinaiki air.
Difahamkan mangsa yang bersama isteri ketika itu sempat memecahkan cermin kereta Proton Waja yang dinaiki untuk menyelamatkan isteri dan bayi dalam kandungan, sebelum wanita itu diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, mangsa gagal diselamatkan apabila dia yang masih berada dalam kereta, dihanyutkan arus deras. Kereta berkenaan dipercayai terjunam ke dalam parit di tepi jalan tersebut.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada malam kejadian tidak dapat diteruskan berikutan lokasi tidak dapat dimasuki sebarang kenderaan kerana paras air banjir tinggi serta arus yang deras.
Md Rajihan merupakan korban banjir ketiga di negeri Johor selepas seorang wanita, Halijah Majid, 59, ditemukan lemas akibat terjatuh dalam parit di Jalan Setia, Kampung Contoh di sini pada Sabtu.
Manakala seorang penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan, Ikmal Hakimi Mahasan, 20, pula ditemukan mati lemas di Kampung Bentong di sini pada 12.20 tengah hari pada Isnin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!