Ada orang kata, dengan kanak-kanak ni tidak boleh garang-garang dan perlu berlembut dalam mendidik. Adakah ia betul atau sebenarnya ibu garang macam singa adalah cara didikan yang terbaik?
Peranan ibu bapa
Anda pasti pernah melihat situasi seorang ibu memarahi anaknya dan ketika itu pasti terdetik di hati anda, “Saya takkan garang dengan anak saya”, betul tak? Penulis juga pernah mengatakan begitu. Namun, situasinya berbeza sekarang, apatah lagi apabila perlu memikul tanggungjawab sebagai ayah dan ibu dalam masa yang sama.
Adalah normal untuk anak-anak melakukan perkara yang mungkin akan mengundang kemarahan anda. Mungkin itu adalah lumrah proses tumbesaran anak. Namun setiap individu yang bergelar ibu dan bapa sudah tentu mahukan yang terbaik buat cahaya mata mereka.
Ibu garang didikan terbaik
Biasanya anak yang membesar di bawah didikan ibu yang garang dipercayai dapat membesar menjadi individu yang lebih baik. Ibu adalah individu penting yang banyak mempengaruhi cara anak membesar. Malahan, tidak boleh dinafikan, kebanyakan anak akan lebih rapat dengan ibu berbanding ayah.
Disebabkan ini, ibu perlu mempunyai sisi ‘garang’ yang tersendiri. Ini tidak bermaksud anda tidak boleh langsung memanjakan si comel anda, tetapi segalanya perlu mempunyai had agar tidak naik lemak dan memijak kepala ibu. Dalam erti kata lain, ketegasan yang masih terkawal.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda terapkan di dalam diri anak-anak untuk menjadikan mereka sebagai individu yang lebih bertanggungjawab.
Ads
Maaf dan terima kasih
Sejujurnya bagi penulis, mengajar anak mengucapkan maaf dan terima kasih adalah perkara yang paling penting. Ia adalah perkara paling asas dalam mendidik anak-anak.
Ajarkan anak anda untuk memohon maaf apabila mereka melakukan sesuatu kesalahan tidak kira kepada sesiapa. Ini dapat membantu mereka untuk menyedari tentang kesilapan mereka dan membantu untuk mengelakkannya daripada berulang.
Sebagai permulaan, didiklah si manja anda untuk mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu. Ia boleh menjadikan mereka sebagai individu yang tahu menghargai pemberian yang diterima.
Lakukan secara sukarela
Tidak dinafikan, ada yang menggunakan cara memberi upah untuk menggalakkan anak-anak membantu melakukan sesuatu pekerjaan. Tetapi dalam masa yang sama, tindakan ini boleh membina satu kebiasaan, iaitu mengharapkan sesuatu balasan apabila melakukan sesuatu pekerjaan atau perkara.
Ads
Sebaiknya, cuba untuk mendidik anak melakukan sesuatu secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ajarkan mereka untuk membantu anda mengemas dapur atau membersihkan rumah.
Ini dapat melahirkan rasa belas kasihan dalam diri anak-anak dan dalam masa yang sama mengajar mereka untuk membantu individu lain dengan seikhlasnya. Mungkin pada permulaan, anak-anak anda sukar untuk melakukannya, tetapi jangan berputus asa.
Mengawal penggunaan media dan gajet
Antara kesilapan paling biasa dilakukan dalam aspek pendidikan anak-anak adalah memberikan kebebasan dalam penggunaan media, gajet mahupun internet. Malahan terdapat juga ibu bapa yang memberikan gajet untuk mendiamkan anak. Hakikatnya tindakan ini adalah salah.
Ads
Sebaiknya penggunaan media haruslah dikawal dan tidak membiarkan anak-anak menjadi terlalu obses dengan gajet. Amat disarankan untuk si manja di bawah usia 6 tahun, elakkan daripada mendedahkan mereka kepada penggunaan gajet dan media tanpa kawalan.
Rasai kegagalan
Penulis sendiri sebagai seorang ibu, sentiasa ingin mencuba membantu anak. Apabila si manja berdepan dengan situasi seperti sukar untuk melakukan sesuatu, naluri seorang ibu pastinya ingin menolong. Tetapi hakikatnya tindakan itu adalah sangat tidak baik untuk proses keyakinan diri anak.
Jika si comel anda tidak dapat membuat sesuatu, jangan terus menolong. Sebaliknya cuba untuk memberikan sokong kepada anak untuk mencuba dan tidak berputus asa. Masih gagal, bantu mereka dengan memberikan arahan atau menunjukkan cara yang betul.
Sekiranya, si manja anda membuat kesilapan, jangan terus memarahi mereka. Sebaliknya berikan sokongan untuk mereka melakukan yang lebih baik di masa hadapan. Ini kerana jika anda memarahi mereka, ia hanya menjadikan mereka takut untuk mencuba. Ingat, menjadi tegas tidak bermakna anda perlu sentiasa memarahi anak.
Garang tidak bermaksud tidak sayang
Menjadi ibu yang garang tidak bermakna anda tidak menyayangi anak-anak anda. Tetapi kerana rasa sayanglah anda harus bertegas untuk membentuk mereka menjadi ‘orang’ di masa hadapan.
Tidak salah untuk memanjakan anak, tetapi segalanya mempunyai had dan batasan. Jika ada yang mengatakan anda seorang ibu garang macam singa, tak perlu nak marah atau naik angin. Ini kerana anda lebih mengetahui apa yang terbaik untuk permata hati anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki yang ada kadang-kadang tak cukup untuk menampung perbelanjaan harian atau bulanan. Dah berhabis jimat, bercatu makan dan melupakan semua keinginan hati namun masih lagi ada yang kurang.
Sebenarnya ada perkara yang perlu anda perbaiki supaya rezeki makin mencurah-curah. Ikuti tip yang dikongsi ini.
7 TIP UNTUK MEMPERBAIKI REZEKI.
1. Bangun awal pagi. Sebaik-baiknya sebelum pukul 5. Allah sentiasa membentangkan rezeki untuk mereka bersyukur dan berpagi-pagian.
2. Banyakkan istighfar sebelum waktu Subuh. Dalam Surah Nuh ayat 10-12, Allah jamin rezeki kekayaan dan keturunan bagi mereka yang beristighfar dengan sepenuh hati. Letak target istighfar minimum 100x sehari ya!
3. Solat di awal waktu. Set azan di hp masing-masing. Cuba berhenti dan terus solat bila dengar azan. Anda akan rasa ketenangan yang sangat luar biasa!
4. Perbaiki silaturrahim. Yang menghulurkan tangan tak semestinya kalah. Menghulurkan tangan cuma bermaksud bersedia meleburkan ego demi mendapat Redha Allah!
5. Zakat dan sedekah secara sistematik. Buat potongan gaji untuk zakat. Untuk orang bisnes, boleh kira zakat setiap bulan atau setiap hari jika itu lebih memudahkan. Asingkan minimum 5% daripada pendapatan setiap bulan untuk diinfaqkan.
Elok sediakan tabung Subuh yang lutsinar dan letak di tempat yang mudah nampak supaya tak terlupa bersedekah setiap hari.
6. Tidur awal setiap hari. Sebaik-baiknya tidur sebelum pukul 10 malam. Mengikut kajian, kualiti tidur pukul 10-12 malam adalah 3 kali ganda lebih berkualiti berbanding dengan waktu lain.
Tidur awal akan membuatkan kita lebih cergas, cerdas dan lebih dekat dengan Allah bila betul caranya.
7. Belanja anak isteri dengan ikhlas. Tak semestinya belanja-belanja yang mahal. Cukuplah dengan membeli sedikit makanan setiap kali balik dari kerja. Yang penting ia membahagiakan mereka.
Allah sayang dengan mereka yang penyayang. Apatah lagi dengan keluarga kita sendiri. Usah malu untuk minta mereka doakan kita. Doa mereka selalunya makbul.
Terus amalkan 7 tip ini dan lihat perubahannya ya! Saya doakan rezeki anda sentiasa berkat dan mengalir tanpa henti insyaAllah.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sering dilihat seorang isteri yang sentiasa marah-marah kepada suami hanya kerana si suami tak dapat memenuhi keinginan si isteri.
Sering juga dilihat seorang anak bicaranya sangat kasar pada ayahnya hanya kerana si ayah tidak dapat membelikan apa yang si anak mahukan.
Tak seorang pun ketua keluarga yang tidak ingin melihat keluarganya bahagia.Sebelum kamu marah kepadanya, lihatlah dan renungkanah apa yang telah dilakukan oleh seorang suami.
Betapa suamimu sudah berkerja keras membanting tulang demi memenuhi nafkah dan keinginan keluarganya.
-Tahukah dirimu kalau suamimu mungkin sering dicaci maki bosnya?
-Tahukah dirimu kalau suamimu mungkin sering mendapat hinaan di luar sana?
-Tahukah dirimu mungkin suamimu bahkan baru saja mempertaruhkan nyawanya demi dirimu dan anakmU?
-Tahukah dirimu kalau suamimu mungkin sering menahan lapar demi membawa pulang wang ringgit.
Sebelum engkau MARAH padanya,
-Hitung lah dulu telah berapa juta titik keringat engkau perah dari tubuhnya.
Sebelum engkau marah padanya
-Tataplah kedalam matanya, mungkin tanpa kamu sedari mata itu telah banyak mengeluarkan air mata demi melihat dirimu tersenyum.
Ketahuilah
Bila sampai hari ini dia belum bisa memenuhi segala keinginanmu, itu hanya kerana faktor keadaan.
Untuk para ayah di mana pun berada. Smoga lelah mu menjadi berkah, Amiin ya Allah..
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Permulaan kita menjadi ibu bapa melalui anak pertama. Anak pertama yang hadir dalam hidup kita mengubah sikap kita menjadi lebih penyayang, lebih rasa tanggungjawab. Anak sulung juga banyak mengajar kita erti kesabaran dan juga erti hidup. Malah anak sulung jugalah anak yang banyak hidup susah bersama-sama.
Apa yang dikongsi oleh Ozlynn Wati, pelakon melalui instagramnya adalah situasi yang biasa kita hadapi sebagai ibu bapa. Perkongsian yang baik boleh kita ambil untuk panduan bersama.
Bila minta tolong abang jaga adik.. teknik yang sama macam papa dia.. hebat dan cekap.. sama-sama membuta.. tapi suweeetttt bila tengok adik tido pegang muka abg tu.. sayang betul dia kat abang Ariq dia.Abang dia pun sayang kat adik.
Kadangkan bila fikir balik anak sulung ni banyak betul berkorban. dan dengan anak sulung la kita belajar macam-macam perkara. Ujian demi ujian papa dan mama harung.. bukan kami kata anak kami tak nakal yek.
Nakal, ada masa mama ni jadi tarzan jugak kat umah.. ada masa depa adik bradik bercakar jugak.. berebut jugak.. normal.. tu adalah normal dan tu jugak adalah salah satu proses tumbesaran diaorng..
Hadap.. didik dan bimbing la sebaik mungkin.. dan kita sebagai mak ayah berhenti lah berharap satu hari nanti anak-anak dah besar mesti akan jaga kita macam mane kita jaga diaorang.. ada rezeki takyah mintak dapat.. ada rezeki ujian yang kita kena hadap..
Untuk aku ujian juga satu rezeki.. rezeki kita yang ternyata Allah ingat kat kita.. ujian juga buat kita jadi matang ..so jangan putus doa ok untuk anak-anak.. aku percaya semua mak ayah nak yang terbaik untuk anak.
Macam dalam gambar ni la..haihhh.. cair la tengok .. moga bila diaorang dah besar nanti. Kesemua adik beradik Hanania akan bersatu hati dan ambil berat antara satu sama lain. Macam mama dengan adik bradik mama.. mama sayang kamu semua.. Doa yang baik takkan terlepas untuk anak yang baik seperti kamu.. sayang kamu HANANIA.
p/s: Satgi adalah org meroyan duk confuse kami dengan Madam Ju.
Sumber: Jozlynn
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!