Jarang-jarang berkongsi kisah dan minat anak, Stacy tampil berkongsi video anak sulungnya, Bella De Luna Valentina yang cukup gemar menari sejak kecil.
Kata Stacy, pastinya sebagai ibu, minat dan kesukaan anak kecilnya itu disokong kuat olehnya dan Akim. Menerusi Instagramnya, ibu cantik ini berkongsi cerita mengenai anaknya itu.
” Anak pertama saya Bella ni memang suka sangat menari. Dari kecil lagi dia selalu menari hinggalah sekarang umur sudah 9 tahun.
” Bila ingat balik waktu dia kecil dulu, setiap kali ada event, dialah yang selalu sangat menghiburkan orang sekeliling.
” Saya boleh lihat potensinya jadi saya memastikan bahawa menyokongnya dengan cara yang terbaik. Teruskan Bella, you can do it!,” tulisnya di Instagram.
Jelas menerusi video yang dikongsikan oleh Stacy itu, Bella sememangnya pandai menari malah sentiasa dipantau oleh ibunya yang sudah diakui handal beraksi.
Ads
Cukup handal memasak
Sama seperti aksi lincahnya di pentas, sebagai ibu, pemilik nama Stacy Anam ini juga tidak kurang hebatnya di rumah.
Ibu kepada dua cahaya mata perempuan ini cukup handal memasak. Ada sahaja air tangannya untuk suami dan anak-anak yang dikongsikan di Instagram setiap hari.
Malah bukan itu sahaja, Stacy juga sering meminta kedua anak kecilnya untuk sama membantunya di dapur. Seronok melihat aksi mereka yang berkhemah di halaman rumah sambil memasak bersama anak-anak.
Terdahulu, Stacy mendirikan rumah tangga bersama Akim pada 5 Februari 2016. Dan kini pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Eshaal Afiq Hakim, 4 dan seorang anak angkat, Bella De Luna Valentina yang kini berusia 9 tahun.
Tinggal sehari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hati ibu ayah mana yang tak sedih apabila anak 4 bulan yang baru 3 hari di hantar ke taska akhirnya berada dalam keadaan koma akibat didera oleh pengasuh pusat jagaan.
Bayi tersebut yang mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan di dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Suspek telah memukul bahagian kepala mangsa
Hasil pemeriksaan menunjukkan terdapat darah beku dalam kepala bayi itu dan bapa mangsa yang juga merupakan pegawai perubatan membuat laporan polis pada hari sama.
Hasil siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek telah memukul bahagian kepala mangsa dengan tangan, menghempas dan menggoncang tubuh mangsa.
Dah Puas Tidur, Aysar Wildan Bangun Ya
Menjengah posting di laman sosial milik bapa bayi malang ini, Syamil Hadi meluahkan rasa sebak dan cukup kecewa dengan kejadian yang menimpa anak kesayanganya itu.
Waktu bermain adalah waktu yang sangat menyeronokkan bagi anak-anak kita. Cakaplah apa sahaja, ada waktunya anak langsung tidak mendengar dek terlalu fokus dengan permainan di tangannya. Jangan sekali-kali memberi pelbagai arahan di waktu ini kerana ia pasti gagal.
Ada waktu tepat untuk mak ayah memberikan nasihat atau pun mahu berkongsi cerita dengan anak. Inilah waktu sebaiknya dan terlalu ‘dekat’ dengan anak. Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, waktu sebelum tidur adalah waktu paling mustajab untuk mak ayah menyampaikan segala ‘cerita’ dan nasihat.
Tolong jangan sia-siakan waktu anak hampir nak terlena tu. Waktu ni lah mak ayah sebenarnya wajib
– jauhkan gajet daripada genggaman tangan – padamkan TV – tinggalkan sekejap kerja yang tengah kita buat
Sebab inilah waktu paling bagus untuk kita ambil kesempatan – usap ubun-ubun anak kita – bermanja dengan dia – banyakkan peluk, cium dan hadiahkan sentuhan penuh kasih sayang untuk si kecil tu.
Dalam masa yang sama – bisikkan kat telinga dia betapa kita sangat sayangkan dia – pesan dan nasihat perkara-perkara yang baik pada anak – beritahu jugak kat dia yang kita nak sangat dia jadi anak yang soleh dan solehah, suka bantu mak ayah dia, tolong jaga adik-adik dia, jadi lebih rajin, berdikari dan lain-lain.
Jangan sia-siakan tempoh berharga ni sebab bermula dari fasa mengantuk sehingga dia mula tertidur, itulah masanya gelombang otak anak berada dalam keadaan yang sangat sangat tenang dan jauh dari kekusutan.
Teruslah manfaatkan betul-betul waktu tersebut untuk kita serapkan sesuatu yang positif ke dalam minda anak dan bentuk dia ke arah yang lebih baik.
Tolong amalkan pada si kecil kita kejap lagi ya.
#share jugak ilmu mahal ni dengan sahabat-sahabat kita yang lain. Semoga bermanfaat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila kita fikir kita bukan ibu yang sempurna, cuba duduk sekejap dan renung seketika.
Lihat anak-anak yang berada di depan mata. Mereka masih ada seorang ibu yang paling dipercaya.
Mereka masih bernafas, boleh bergelak tawa, boleh buat sepah dan mungkin selalu sakitkan hati dan mata kita.
Tahu tak yang anak kecil itu hanya menunjukkan ‘ragam’ dengan orang yang paling dia percaya?
Jadi bersyukurlah, di sebalik ketidaksempurnaan kita sebagai seorang ibu yang kita selalu rasa, masih ada yang menaruh kepercayaan tinggi buat kita. Mereka ialah ANAK-ANAK KITA.
Anak sulung banyak mengajar ibu ayah
Lagi satu yang ibu harus ingat, kehadiran anak sulung jugalah mengubah kehidupan kita suami isteri. Dari zero, sekarang kita dah mampu menggalas tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak dengan baik.
Kita belajar menjadi ibu dari anak sulung…
Dari dia kita belajar rasa teruja.
Dari dia kita belajar rasa sayang.
Dari dia kita belajar erti sabar.
Dari dia kita belajar proses penyusuan.
Namun lama-kelamaan sabar mula hilang arah. Bila kita rasakan dia sudah cukup besar.
Boleh faham segalanya.
Hakikatnya dia masih kanak-kanak. Yang perlukan perhatian utama. Setiap perlakuan kita memberi makna. Hargailah setiap masa, kerana kita kawannya yang PERTAMA.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!