Ramai ibu mengadu kadang-kadang rasa pelik apabila bayi menangis tanpa sebab yang jelas sedangkan baru je lepas menyusu atau tukar lampin. Nak kata kembung perut semua ok.
Mungkin bagi yang baru bergelar ibu tak tahu nak buat apa kerana tiada pengalaman cuma ada ketikanya kena percaya juga adakah gangguan luar yang menyebabkan anak jadi seperti ini.
Berikut dikongsikan ciri-ciri bayi menangis yang mengalami gangguan jin (sebelum mengesyaki bayi anda semua mengalami gangguan jin pastikan bayi tidak demam, lapar atau serta sudah dibawa ke klinik) :
1. Bayi menangis tanpa keluar air mata dan hanya mengeluarkan bunyi, manakala bunyi tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa.
2. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang teramat banyak *boleh menyebabkan kita panik. Bayi yang mengalami gangguan kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula.
3. Mata yang pejam ketika berhenti menangis akan bergerak-gerak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.
4. Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).
5. Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.
6. Sering terjadi pada bayi kecil yang diganggu jin(makhluk halus), mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Bayi ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.
7. Ketika menangis mata bayi akan tumpu pada 1 tempat sahaja *contoh mata bayi hanya pandang syiling rumah sahaja.
8. Bayi menangis hanya diwaktu tertentu, selalunya bermula asar hingga subuh.
9. Bayi menangis hingga mengalami sawan tangis, sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan kerosakkan otak & demam panas.
Di sini dikongsikan cara merawat bayi menangis malam, ibu bapa yang mengalami masalah bayi menangis malam boleh mengamalkannya.
1. Baca surah Al Fatihah, ayat kursi, surah An-Nas, surah Al-Falaq, surah Al-Ikhlas. Hembus pada ubun-ubun bayi sebanyak 3 kali.
2. Bacakan azan di telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri (sekali atau tiga kali)
3. Baca ayat kursi 7 kali sehingga habis tiupkan pada ubun-ubun kepala bayi, semasa membaca ayat kursi pastikan badan dan muka bayi menghadap ke bawah *posisi meniarap
Sumber: Kelab Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang