Gambar hiasan

Tular perjuangan seorang guru PJJ ingin berada di sisi isteri yang menghidap kanser tanap 4.

Hati suami mana yang tidak meruntun jiwa melihat keperitan isteri menaggung kesakitan. Lebih menyedihkan permintaan isteri ingin berdekatan dengannya.

Guru berkenaan yang dikenali sebagai Cikgu Din sebelum ini terpaksa berulang alik dari Sarawak ke Kota Bahru untuk menguruskan isterinya. Bagaimana menerusi posting terbaharu, guru ini dimaklumkan telah mendapat cuti separuh gaji.

Perkongsian menerusi akaun Facebook milik Mohd Fadli Salleh mengundang pilu dikalangan wargamaya.

“Setiap Kali Batuk, Gumpalan Darah Keluar Dari Mulutnya.” Kanser Merebak Pantas, Cikgu Din Harap Dapat Temani Isteri Sehingga Ke Hujung Nyawa

“Kalau boleh saya nak abang sentiasa ada disisi saya,” kata Atiqah, permaisuri hati Cikgu Din.

Maka Cikgu Din sedaya upaya cuba tunaikan permintaan isterinya yang disahkan kanser tahap 4. Turun naik PPD, turun naik JPN, pergi ke KPM di Putrajaya, namun buntu.

Ads

Kata Cikgu Din, “Paru-paru isteri saya tinggal 30-40% sahaja lagi yang elok. Selebihnya dah dimakan kanser yang merebak pantas.

Setiap kali batuk, gumpalan darah keluar dari mulutnya. Nak urus diri, nak makan, mandi dan sebagainya pun perlukan bantuan dah.

Saya sekarang diberi Cuti Separuh Gaji. Alhamdulillah, ada juga sedikit rezeki disitu. Harta benda saya habis bergolok bergadai untuk rawatan isteri dan kos ulang alik. Saya tak sayang dah kat harta, asal boleh berada disisi isteri saya sahaja”.

Sebak aku dengar luahan Cikgu Din. Jom kawan-kawan kita bantu sedikit seorang.

Ads

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Saya lancarkan Tabung Kutipan Dana Kilat Cikgu Din.

Kutipan akan dibuat melalui akaun rasmi Dana Kita kerana penjawat awam tidak boleh kutip derma, boleh dikenakan tindakan tatatertib nanti.

Target kutipan kita ialah RM10k. Jika ada lebihan, semuanya akan digunakan dalam setiap projek amal yang Dana Kita jalankan dengan niat sedekah pahala jariah itu pada Puan Atiqah, isteri Cikgu Din.

Ads

Moga asbab sedekah itu Allah kurniakan keajaiban seterusnya isteri beliau dapat pulih seperti sedia ada.

Berikut maklumat akaun ya :

564221646925
Maybank
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Reference : Infaq Cikgu Din

Moga dengan sumbangan kecil kita ini dapat meringankan bebanan kewangan yang Cikgu Din tanggung. Doa kami sentiasa untuk Cikgu Din dan isteri.

Nota : Gambar hiasan carian di Google sahaja.

Sumber:  Mohd Fadli Salleh

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI