Cuba perhatikan macam mana cara didikan ibu ayah semasa marah dan menghukum anak. Pastinya tindakan paling spontan yang ibu ayah lakukan adalah terus menjerit dan memukul.
Adakah cara ini akan memberi penyelesaian pada anak-anak terutama emosi mereka? Cuba tengok semula ya. Memang kita nampak anak akan terus takut dan berhenti buat benda yang salah tetapi dalam hatinya adakah kita tahu anak akan pendam dan perhatikan tingkah laku ibu ayahnya.
Bila nak didik anak “cara hukuman”. Mesti tahu dan buat pilihan cara hukuman bersebab Rasulullah dan didikan bukan sahaja fizikal bahkan rohnya.
Hukuman sebaiknya memberi didikan akhlak, amalan dan kesannya pada diri kita juga sebagai ibu. Bukan marah herdik. Ini hukuman tak berakhlak dan tak bersebab.
Muhammad makan gula² buang merata dalam rumah.
Ummi cakap dengan nada tegas “muhammad…sampah rasulullah buang dimana?
Muhammad jawab
“Rasulullah buang dalam poket umi..dalam tong sampah”.dia akan ingat kisah didikan alhlak ini kerana leteran kita bersebab Rasulullah .selalu tak kita hukum tak bersebab apa². Dan marah ikut emosi.menyesal tak dan emosi anak tercalar kita akan sedih.
Kisah didikan akhlak rasulullah apabila Rasulullah makan kurma bijinya Rasulullah buang di dalam poket baginda.
Setiap didikan ustazah pastikan ada kisah akhlak hebat Rasulullah.
Minta anak buat yang betul dan nyatakan nak beri hukuman pada akhlak tak baik. Ustazah amalkan hukuman “istighfar” pada kesilapan dan ada masa anak kena baca al fatihah, kena baca al-Quran, kena ambil wudhu’. dan kemudian tambah baik guna tasbih supaya anak tahu nak berzikir guna tasbih. Alhamdulillah kehebatan didikan cara hukuman begini.
Pembelajaran hukuman
1. Dia dapat didikan..dapat teladani akhlak Rasulullah
2. Kita juga dapat pahala. Sukar jadi marah
3. Bawa contoh akhlak baik pada anak dalam menghukum
Selepas ini jika ibu bapa rasa nak marah anak, praktikkan cara didikan ini. Istighfar dulu banyak-banyak, sebut yang elok-elok depan anak, insya-Allah hasilnya juga baik untuk diri kita dan anak.
Sumber: Ustazah Nazirah Abd Rahim