Setelah 4 tahun anak di diagnos autisme, aktres Catriona Brian Ross akui hikmahnya dia jadi lebih penyabar & menghargai. Penuh dengan semangat positif, ibu kepada 3 anak ini memberikan semangat kepada ibu bapa anak autisme yang lain.
Perkongsian aktres kacukan Melayu-Scottish ini mengenai anakknya. Jammal Raees, 6 tahun yang mengalami Autisme Spectrum Disorder.
Menerusi perkongsian di Instagram, Catriona turut meluahkan tentang hikmah di sebaliknya. Wanita kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini juga akui yang dia bertahun mencari hikmahnya.
Pemikiran positifnya dikagumi. Katanya setiap kiriman Tuhan berhikmah & akhirnya menemui jawapannya yang membuatnya sangat lega. Apa yang terjadi ditakdirkan buat Jammal Raess menjadikan Catriona lebih sabar, berlapang dada & lebih menghargai keluarga dan rakan taulan. Dia malah menjadi lebih positif dan tidak mudah terkesan dengan kata-kata negatif.
IKLAN
Catriona turut meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana dikurniakan anak yang mengubah dirinya menjadi seorang insan yang lebih baik.
Selain itu, Catriona juga sering berkongsi tentang momen indahnya bersama Jammal Raees. Pelbagai info yang dikongsikan. Ini secara turut memberikan kesedaran tentang autisme yang masih lagi asing di dalam masyakarat.
Ekzema ialah satu keadaan di mana kulit tidak dapat menahan kelembapan. Ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti merekah, kegatalan dan sebagainya. Apakah faktor yang menyebabkan terjadinya ekzema dan rawatan yang sesuai? Ikuti rancangan TV Pa&Ma episod Derita Ekzema yang akan ke udara pada 4 Disember 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui bahawa malnutrisi pada kanak-kanak merujuk kepada kekurangan nutrisi dalam badan. Kekurangan nutrisi ini terjadi apabila kanak-kanak tidak mengambil kalori dan protein yang mencukupi untuk membesar dengan baik. Sebenarnya, malnutrisi juga merujuk kepada keadaan pengambilan nutrien yang terlebih.
Keadaan ini berlaku apabial kanak-kanak mengambil lebih kalori daripada yang diperlukan. Artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut berkaitan kekurangan nutrisi.
Apakah yang menyebabkan malnutrisi?
Diet yang tidak seimbang menjadi punca utama keadaan ini. Apabila anak anda tidak cukup makan atau makan makanan yang tidak bernutrien tinggi, mereka akan mengalami kekurangan nutrien dalam badan. Terdapat penyakit tertentu yang boleh mengakibatkan anak anda sukar untuk menghadam makanan. Ini secara langsung akan menyukarkan proses pengambilan nutrien. Penyebab lain keadaan ini pula adalah isu kesihatan mental anak-anak. Anak-anak yang mengalami kemurungan cenderung mempunyai tabiat makan tidak sihat yang secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya malnutrisi. Selain itu juga, harga makanan yang mahal atau kehabisan belakan makanan juga menyumbang kepada berlakunya kondisi ini.
Apakah tanda-tanda malnutrisi?
Antara simptom malnutrisi adalah seperti berikut:
Penurunan berat badan
Masalah pernafasan
Kemurungan
Tinggi risiko komplikasi pembedahan
Tinggi risiko hipotermia
Sistem imun yang lemah akibat kekurangan sel darah putih
Mudah kesejukan
Mengambil masa yang lambat untuk pulih daripada kecederaan
Mengambil masa yang lambat untuk sembuh daripada penyakit
Ketidaksuburan ketika dewasa kelak
Kurang penghasilan otot
Selalu kepenatan
Mudah marah
Kanak-kanak yang mengalami malnutrisi mungkin akan menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:
Kurus dan berkulit kering
Pipi cengkung dan mata yang tenggelam
Rambut kering dan mudah gugur
Mempunyai jantung, hati dan sistem pernafasan yang lemah
Kebuluran (tiada pengambilan kalori langsung) selama 8 sehingga 12 minggu boleh membawa maut.
Sesetengah kondisi malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak akan mengakibatkan perkembangan mental kanak-kanak yang lemah selain meningkatkan risiko anak anda mengalami masalah mental yang serius.
Kekurangan nutrisi juga mengakibatkan kesan jangka masa panjang walaupun setelah dirawat. Kerosakan fungsi mental dan sistem penghadaman anak anda mungkin akan kekal sepanjang hayat anak anda jika tidak dirawat pada awal usia mereka lagi.
Bagaimana untuk merawat malnutrisi?
Rawatan malnutrisi bergantung kepada tahap keseriusan kondisi kanak-kanak. Rawatan susulan juga perlu diberikan kepada mereka sekiranya terdapat penyakit lain yang timbul akibat kondisi ini.
Rawatan malnutrisi ini ditumpukan sepenuhnya kepada keperluan kanak-kanak itu terhadap nutrisi yang diperlukan. Oleh itu, pengambilan diet yang seimbang dan suplemen tambahan amat dititikberatkan bagi menjamin kanak-kanak itu mendapat nutrien dan kalori yang secukupnya.
Malnutrisi adalah kondisi kesihatan yang lebih mudah dicegah berbanding dirawat. Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlu memastikan anak anda mengambil diet seimbang yang lengkap dengan nutrisi diperlukan untuk tumbesaran anak anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah gigi memang perkara biasa yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak malahan orang dewasa juga turut mengalaminya. Masalah sakit gigi berlaku apabila kurangnya kesedaran tentang penjagaan kebersihan gigi sejak awal.
Sejak bayi lahir lagi, ibu bapa perlu kerap membersihkan lidah mereka. Lidah bayi perlu dibersihkan kerana akan ada sisa susu yang melekat pada lidah yang boleh menyebabkan jangkitan kulat. Untuk ketahui lebih mengenai penjagaan gigi, ikuti perkongsian juruterapi ini.
Saya juruterapi pergigian. Ini adalah karies awal kanak- kanak. Dalam tempoh ini, untuk melatih anak memberus gigi, tidak perlu ubat gigi pada awalnya. Apabila mereka telah terbiasa, boleh mula letak kan ubat gigi berfluorida. Baca di tiub ubat gigi.
Ada juga yang tiada fluorida. Boleh google function fluoride di dalam ubat gigi. Maaf saya katakan, ini bukan lah normal, sebalik nya adalah kesan daripada kurang penjagaan dari ibu bapa.
Seawal bayi tiada gigi lagi, ibu bapa disaran mengelap gusi dengan tuala basah & arahan sama juga bila kudup gigi susu mula kelihatan. Jaga lah gigi anak anda, tidak kira gigi susu atau kekal kerana pada suatu peringkat, gigi susu akan bercampur dengan gigi kekal.
Kerosakan pada gigi susu akan merebak ke gigi kekal dengan senang nya, berbeza jika gigi susu dijaga dengan rapi. Hentikan alasan, mulakan tindakan.
TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MULUT BAYI
1. Beri bayi minum air kosong selepas makan (flush mulut) 2. Lap gusi bayi dengan tuala yang bersih (buat bayi terbiasa parent ‘explore’ dalam mulut nya) 3. Perkenalkan berus gigi kepada bayi (hilangkan takut towards berus gigi) 4. Berus gigi (parents) bersama anak kecil. biar anak lihat parents juga praktik kan apa yang kita minta mereka buat. 5. Buat pemeriksaan mulut anak di klinik pergigian seawal usia 6bulan. (walaupun tiada gigi)
Sebut mengenai peranakan jatuh, ramai wanita akan rasa seram. Tak dapat dibayangkan kesakitan yang bakal dirasai apabila organ-organ berkaitan turun tersasar daripada kedudukan asal.
Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan peranakan jatuh atau dipanggil tombong dalam masyarakat Melayu.
Peranakan jatuh atau urogenital prolapse adalah keadaan di mana rahim dan organ terdekat dengan rahim seperti pundi kencing, usus dan rektum (tempat simpanan najis sebelum dikeluarkan) turun ataupun tersasar dari tempat asalnya, atau biasa orang panggil ‘peranakan jatuh’.
Kedudukan rahim ni berdekatan dengan pundi kencing, rektum dan usus dan bersambung antara satu sama lain. Maka jika rahim tu ‘jatuh’ atau turun ke bawah, rahim ini akan menarik turun organ-organ yang telah dinyatakan. Peranakan tu orang ingat rahim sahaja, tapi saya lebih suka anggap peranakan tu rahim dan apa-apa organ yang berdekatan dengan rahim ( pelvic organs )
9% wanita akan mengalami simptom-simptom peranakan jatuh. Dan secara keseluruhan, wanita yang akan melalui pembedahan untuk membetulkan peranakan yang jatuh dalam 11-19% dalam hidupnya
FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERANAKAN JATUH
Apa yang sebabkan peranakan jatuh?
UMUR
Peluang untuk dapat peranakkan jatuh berganda dengan bertambahnya 10 tahun umur. Contoh – Mak Esah punya peluang untuk dapat peranakan jatuh pada umur 50 tahun lebih kurang 2%. Bila umur beliau dah jadi 60 tahun , peluang meningkat menjadi 4%. Kalau umur beliau lanjut menjadi 70 tahun peluang menjadi 8%.
Begitulah seterusnya. Ini contoh sahaja, bukan bermakna umur 50 tahun risiko dapat peranakan jatuh adalah 2%. Saya bagi analogi je supaya mudah faham. Kenapa ada kaitan dengan umur? Otot bernama Levator ani mengalami pengerasan dan seterusnya kurang anjal. Walaupun mak esah tak pernah beranak sekalipun, peluang nye tetap berganda bila umurnya meningkat. Kalau beranak banyak lagi lah kan?
MENGANDUNG & BERSALIN
Mengandung seterusnya bersalin meningkatkan peluang untuk mendapat peranakan jatuh. Lagi banyak beranak, lagi senang kena. Orang tak pernah beranak pun tak terlepas ye. Kebanyakkan wanita yang sudah beranak lebih kurang 50% akan mendapat peranakan jatuh.
Yang tak pernah beranak dalam 2% ( sikit tapi tak bermakna takda dapat langsung ). Sekali lagi proses melahirkan tu menyebabkan otot levator ani mengeras dan menjadi kurang anjal. Ada kajian yang cakap ada kaitan kerosakkan saraf pudendal masa bersalin – masa faraj kembang di saat kepala bayi nak keluar.
Jangan lupa koyakkan masa bersalin tak kisah la sikit ke banyak ke ataupun guntingan episiotomi turut menyumbang kepada kejadian peranakan jatuh.
Bila dah cerita macam ni, ramai plak takut nak beranak normal sebab risiko di kemudian harinya dapat peranakan jatuh. Berpusu-pusu pula orang mintak beranak secara C-section pula kan?
Ni nak bagitahu, utk mengelakkan 1 masalah peranakan jatuh, 7 orang wanita perlu menjalani C-section dan perkadaran ini adalah tak berbaloi dan tak signifikan.
Yelah operation C-section bukan macam picit jerawat kat muka, pelbagai komplikasi yang tak diingini boleh berlaku. Maka sebab tu saya cakap tak berbaloi untuk mintak c-section dengan pemikiran untuk mengelakkan peranakan jatuh pada masa hadapan. Pikir betul betul. Kalau ada sebab utk C-section yang mana doktor fikirkan perlu, tu dah lain cerita.
OBESITI
Lagi obes seseorang wanita tu, lagi tinggi peluang untuk dapat peranakan jatuh. Ada kaitan dengan tekanan yg tinggi di dalam perut sekaligus menekan organ-organ peranakan ni turun. Ha ape lagi? Kuruskan badan!
MEROKOK
Baguihla gomen dah kuatkuasakan larangan merokok kat premis awam. Tu pun masih ada yang degil merokok sana sini. Merokok akan sebabkan wanita tu batuk-batuk lama seterusnya tekanan dalam abdomen naik lama kelamaan akan menekan organ peranakan supaya turun. Dahla merokok, pastu berat badan pula berlebihan, lagi lah senang peranakan jatuh.
PEKERJAAN
Pekerjaan yang melibatkan sesorang tu kena angkat benda-benda berat teramat untuk suatu jangka masa yang lama akan menyebabkan peranakan jatuh. Kalau sehari dua angkat berat takda isu.
SEMBELIT
Untuk mereka yang ada masalah sembelit untuk suatu jangka masa yang panjang, kena meneran teruk semasa berak berpotensi dapat peranakan jatuh.
KELUARGA DENGAN PERANAKAN JATUH
Risiko untuk menjalani pembedahan untuk membetulkan peranakan jatuh meningkat jika mak, kakak atau adik beradik ada juga masalah peranakan jatuh
Rawatan untuk masalah peranakan jatuh bergantung betapa teruknya keadaan, kesesuaian pembedahan dan ape yg pesakit mahu. Ada yang sesuai pakai gelang (ring pessary). Ada yang perlu operation untuk betulkan kedudukan pernakakan, ada yg perlukan rahim dibuang ada yang tak perlu apa-apa. Again, bergantung kepada permasalahan pesakit.
Dah baca kan? Ada saya cakap bersenam pegi workout atau gym atau pergi marathon, jalan terkengkang kengkang atau tak makan jamu atau tak berurut tak bersengkak tak makan produk suplemen menyebabkan peranakan jatuh?