Menjadi suri rumah bukan kerja yang mudah lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai anak kecil. Ada yang memahami kesibukan suri rumah, tidak kurang jugak yang langsung tidak memahami malah menganggap suri rumah bukan satu pekerjaan.

Apabila diri sendiri yang menjadi suri rumah barulah kesedaran tentang kepenatan surin rumah itu mula timbul. Tiada istilah goyang kaki malahan masa untuk makan dan berehat pun tiada.

Setiap Malam ‘Report’ Pada Suami Apa Yang Jadi Dekat Rumah, Ini Terapi Terbaik Suri Rumah

4 years being housewife.

Betul. Ada masa kita okey tapi akan ada masa kita down. Teramat sangat
Ini cerita aku, yang segalanya nak perfect. Taknak habuk, taknak makanan bersepah, taknak lantai toilet basah. even nampak semut seekor dalam rumah pun aku dah stress seharian. Penat kan jadi aku?

Tapi tu dulu..

Now, aku dah boleh terima semua tu. Dengan keadaan, dengan tumbesaran anak anak😂 Makan sepah, mainan dalam toilet bowl, coco crunch dalam laci baju dan Jet si superwing dalam gelas Teh O panas aku. Menggelegak dia disitu.

Ads

Aku perlu terima aku perlu faham situasi dan keadaan ini, aku perlu bertenang. Tak panik bila air tumpah macam dulu. Sebab husband selalu cakap “Dah tumpah, lap.. simple”. Taknak lap, tinggal situ abang buat.

But seriously not easy to be who I am now. Very cool and rilex person. Air tumpah? baju dalam almari dipunggah? wayar charging hp kena gunting? Im still cool. Benda boleh setel. Bapak dia boleh setel. Buat apa nak stress. Hahaha gurau abi🙏😂

Tak, aku jadi rilex dan bertenang sebab aku penat seharian jaga kids, kemas rumah, sambil bisnes lagi, aku tak kisah sebab setiap malam aku ada sesi therapy yang dalam tak sedar dah 4 tahun juga kami cipta sesi therapy tu.

Selama 4 tahun ni, setiap malam sebelum tidur suami aku akan urut kaki aku. Sambil urut tu, dia akan tanya macam mana ,apa, bagaimana lalui seharian ini? Jadi pada sesi tu juga aku akan cerita A- Z aktiviti harian kami 3 beranak masa suami bekerja. Macam daily report la.

Ads

Dari cerita adik bangun tidur air liur bersepah, Elfy pandai baca Ejaan Air Asia, sampai dua dua panjat grill tunggu abi balik, lengkap aku cerita dalam report tu.

yes.. 4 tahun sudah begitu..

Nak tahu apa aku dapat after therapy session tu? Rasa segalanya macam refresh. Very fresh untuk hadap hari esok pula.

Ads

Simple je kan? Urut kaki sambil bagitahu daily report. Tapi effect nya pada seorang housewife macam aku? Sangat effective. Sangat memberi tenaga baru.

Sampai aku begitu semangat tiap hari, buat semua housewife works dengan tenang dan lengkap sebab tak sabar nak tunggu malam untuk therapy session tu.
housewife..

Tak perlu pun balik kerja bawa kek, chocolate banquet, gelang coco.. Urut kaki dan jadi pendengar yang baik pun dah memadai dan besar jasanya buat kami.

Thanks abi.

xoxo
Your Very 1st baby 😘💋❤️

Kredit: Atikah Hamzan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI