Melepasi usia 12 bulan, perkembangan kesihatan Ainul Mardhiah nampaknya semakin baik dari sehari ke sehari. Cinta hati kesayangan ramai sentiasa menunjukkan perubahan positif dan nampaknya telah berjaya melalui fasa sukar secara berperingkat.

Sejak dibenarkan pulang ke rumah awal bulan lalu, Ainul dilihat banyak belajar poerkara baru mengikut perkembangannya. Walaupun agak lewat berbanding bayi seusianya tetapi semangat dan kesungguhan kedua ibu bapanya patut dipuji.

Setiap Petang Buat Exercise Bagi Ainul Kuat. Dah Mula Nampak Perubahan Positif

Bermula dari belajar makan makanan yang sesuai dengan keadaan Ainul, mamanmemnya, Nurul Erwani juga sentiasa rajin melakukan exercise ringkas untuk kuatkan badan Ainul bagi membolehkannya berdiri dan berjalan atas izin-Nya.

Tiada apa yang dipinta melainkan melihat si kecil ini mampu lakukan secara perlahan-lahan mengikut kemampuan.

Bukan itu sahaja, Nurul Erwani bersyukur dengan pelbagai pengalaman sukar sebelum ini, semakin hari Allah mula berikan sinar baru dalam hidup Ainul berkat doa dari orang ramai yang sejak dulu hingga sekarang tak putus kirimkan pada anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN [Badan Bersemangat, Makin Banyak Akal Ainul Dah Mula Nak Belajar Makan]

Dalam perancangan buka tiub di leher 

Ads

Ramai juga yang bertanya sampai bila Ainul perlu pakai tiub di lehernya.

Meurut Nurul Erwani keputusan untuk membuka tiub tersebut masih dalam perancangan doktor. Ini kerana bukan mudah doktor nak buat keputusan kerana ia perlu bergantung kepada kesesuaian masa.

“Sekarang doktor masih monitor betul-betul keadaan Ainul sebelum buka. Jika nampak stabil insya-Allah akan dibuka. Cuma doakan agar Ainul dapa terus tunjukkan perkembangan yang baik sepanjang masa.

Setiap Petang Buat Exercise Bagi Ainul Kuat. Dah Mula Nampak Perubahan PositifKadang-kadang memang Ainul tarik juga sebab tak selesa. Jadi nak alihkan perhatiannya kena bagi mainan dekat tangannya, baru dia tak usik dan leka dengan mainan tu,” kongsinya.

Dah nampak big girl

Ads

Setiap kali mama Ainul memuat naik gambar terbaru Ainul, semestinya ramai yang teruja. Bukan apa perkembangan Ainul sentiasa dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Seolah-olah menganggap Ainul dah macam anak sendiri.

Setiap Petang Buat Exercise Bagi Ainul Kuat. Dah Mula Nampak Perubahan Positif

Sihat, terus cantik

Rata-rata yang mengikuti perkembangan Ainul sebelum ini semuanya mengakui Ainul sebenarnya anugerah istimewa buat walid dan mamanya. Semakin besar, makin comel!

Setiap Petang Buat Exercise Bagi Ainul Kuat. Dah Mula Nampak Perubahan Positif

Ads

Sumber: IG Nurul Erwani

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI