
Setiap jenis warna pada buah, ada kandungan kimia semulajadi yang bermanfaat untuk tubuh badan mereka. Allah dah ciptakan begitu, rugi betul kalau kita tak ambil khasiat yang ada.
Pastikan anak-anak kita dapat makan 5 jenis warna buah dalam seminggu.
Buah pun ada kumpulan warna macam kumpulan sukan kita waktu kecil dulu.
1. Merah
– Ada antocyanins dan carotenoids.
– Bagus untuk mata, jantung, penghadaman dan sel.
2. Oren
– Ada carotenoids.
– Bagus untuk mata, sistem imun, jantung dan sel.
3. Kuning
– Ada beta-carotene.
– Bagus untuk kulit, mata, peredaran darah dan sistem imun.
4. Hijau
– Ada chlorophyll.
– Bantu kurangkan kolesterol, bagus untuk organ, sel dan penyembuhan.
5. Purple dan biru
– Ada antocyanins.
– Bagus untuk memori, tulang, peredaran darah dan jantung.
Anak akan dapat cukup keperluan vitamin dan mineral jika kita pelbagaikan buah yang anak ambil setiap hari.
Kadang, anak bukan tak suka. Tapi bila kita tak kenalkan, mereka belum suka dengan buah itu.
Cuba sediakan selalu, buah yang anak kita tak suka sangat. Biar je sentiasa ada di rumah buah tu.
Mesti satu hari, dia akan tanya kita, dan rasa nak cuba buah tu.
Sama-sama kita cuba perbanyakkan jenis pilihan warna buah yang ada di rumah ya. Moga anak kita dapat khasiat terbaik dari setiap jenis buah yang diambil.
Kredit: @mazliana.mazlan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Normal Anak Minum Susu Ibu, Mula Makan Akan Kurang Menyusu. Ibu Tak Perlu Risau

Ibu-ibu yang ada bayi berusia 6 bulan ke atas dan mula makan, situasi anak susah makan atau kurang minum susu sentiasa buatkan ibu risau. Bukan apa, risau berat akan turun mendadak lagi-lagi anak dalam fasa aktif meneroka.
Namun menurut Dietitian Nurhafizah M. Sobri, ibu kena tengok jadual pemakanan dan penyusuan yang betul agar anak tak rasa stres dengan waktu makannya.
Berikut antara soalan yang ditanya oleh mommies.
Anak saya baru masuk 6 bulan, saya beri makan 3 kali sehari dan fully breastfeeding normal kah pengambilan susu makin berkurangan?
Jawapan saya
Normal, ini adalah sebab mereka akan makin banyak makan dan makanan lebih lambat untuk dihadam banding sengan susu ibu. Tapi penting untuk perkenalkan secara perlahan dari segi kuantiti dan kekerapan sebab kalau kenalkan TERLALU CEPAT/BANYAK baby boleh SEMBELIT
Pertama sekali saya nak tekankan SETIAP ANAK BERBEZA. Ada anak yang tak suka perubahan, akan lambat sikit menerima makanan pelengkap. Ada anak yang adventerous suap je apa semua nganga je mulut. Ada anak yang nak insecurities, perlu masukkan susu ibu baru akan terima
Kita perkenalkan langkah demi langkah..perubahan yang sedikit demi sedikit. Perubahan yang perlu diambil kira:
1. Perkenalkan makanan selain susu ibu
2. Kuantiti makanan
3. Kekerapan makanan
Setiap kali ingin membuat satu perubahan,fokus kepada 1 perubahan dahulu
Contoh 1
Sewaktu memperkenalkan bubur kosong mengikut 4dr, fokus kepada perkenalan tekstur baru selain dari susu ibu. Beri kuantiti yang sikit 1 sudu kecil pun takpe pada kekerapan 1x sehari. Jika anak nak makan lagi boleh bagi lagi tapi jika anak dah toleh jangan paksa anak terima lagi
Contoh 2
Jika pada hari pertama boleh terima 1 sudu kecil hari kedua boleh naikkan kepada 1 1/2 sudu kecil. Maksudnya tekstur maintain, tapi kuantiti naik, kekerapan maintain 1x sehari. Tingkatkan kuantiti sikit demi sikit tanpa ubah tekstur/rasa makanan/kekerapan
Contoh 3
Pada hari seterusnya mommies nak naikkan 2x sehari boleh. Tapi tekstur/rasa makanan/kuantiti jangan ubah
Hari sebelumnya bubur kosong 2 sudu kecil 1x sehari, keesokannya maintain 2sudu kecil dengan bubur kosong tapi meningkatkan kekerapan kepada 2x sehari
Pokoknya…
HANYA 1 PERUBAHAN SAHAJA setiap hari. Jika pilih kuantiti, kekerapan dan menu maintain. Jika pilih kekerapan, kuantiti setiap meal, dan menu maintain.mJika pilih tekstur/menu, kuantiti dan kekerapan setiap meal maintain.
JANGAN PAKSA ANAK
Ada tatacara perkenalkan makanan pelengkap kepada anak. Bukan hari pertama terus bubur campur sayur campur protein. Tugas ibu bukan sahaja perlu mulakan makanan pelengkap tetapi perlu dimulakan dengan tatacara yang betul.
Setiap hari ada perubahan tetapi fokus pada satu sahaja..bukan semua nak ubah ye. Kadang-kadang jumpa mommy excited sangat sampai setiap hari nak cuba menu baru. Sabar ya
Kredit: Dietitian Fizah Sobri
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Bubur Nasi Bersantan, Lagi Tinggi Khasiat Untuk Anak!

Bubur kosong mungkin sudah biasa atau ditambah dengan ayam dan ikan. Apa kata kali ini mama tambahkan sedikit khasiat santan ke dalam bubur anak. Sedap berlemak. Anak lagi suka.
Resipi paling simple ini bukan hanya tinggi khasiat malah menariknya, rasa lemak buat anak lebih suka untuk macam. Tak percaya jom cuba resipi simple Pn Azila Basri.
Bubur nasi campur santan. Baby suka sangat.
Bahan-bahan:
Beras
Isi ayam – cincang halus
Daun sederi
Sedikit santan
1. Masak beras dengan air sampai jadi bubur.
2. Bila bubur dah nk masak, masukkan ayam & daun saderi. Biarkan masak sekejap.
3. Tunggu sekejap & last sekali masukkan santan.
4. Kacau-kacau sekejap dan dah siap.
**Kuantiti saya agak-agak saja.
Selamat mencuba mommies!
Santan tinggi asid laurik
Rugi kalau tak ajar anak suka makanan bersantan dari mereka kecil. Santan, tinggi dengan asid laurik. Asid laurik, seakan antibakteria dan antivirus yang boleh melawan jangkitan kuman dalam badan anak-anak. Bagus sangat untuk imuniti anak-anak.
Antara masakan bersantan yang boleh dipelbagaikan untuk anak pelbagai peringkat usia:
1. Nasi lemak
2. Masak lemak kobis
3. Masak lemak ikan, udang dan ayam
4. Kari ayam dan ikan
5. Lontong dan sebagainya
* Untuk bayi, sediakan dalam versi bayi dengan menggantikan susu cair atau menambahkan santan pada kuantiti berpadanan.
Menarik:10 Kali Kira Jari Anak Tapi Waktu Tu Dia Tenang, Sweetnya Ucapan Aiman Hakim Buat Isteri
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perkenalkan Sikit Dahulu Telur Pada Anak. Kalau Ada Gatal-Gatal, Radang, Muka Jadi Merah ‘Stop’ Beri Anak Telur

Telur mudah diperoleh dalam kebanyakan makanan. Ibu bapa harus mengenali makanan yang mengandungi telur untuk mengelak alahan telur daripada terjadi kepada anak mereka.
Baca: Resipi Biskut Pasir, Rasa Lemak & Cair Dalam Mulut. Serius Sedap!
Apakah itu alahan telur?
Alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindak balas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya.
Bagaimana alahan terjadi?
Alahan terjadi apabila badan bertindak balas terhadap telur sebagai bahan berbahaya. Badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan wujudnya gejala alahan telur.
Berapa kerap alahan ini terjadi?
Kadar kejadian alahan telur di Malaysia tidak diketahui. Biasanya bermula semasa telur mula-mula diperkenalkan kepada bayi. Alahan telur biasanya hilang apabila kanak-kanak berumur di antara 5 hingga 7 tahun.
Apakah kesan alahan ini?
Reaksi alahan boleh melibatkan kulit, usus dan paru-paru. Kadang-kala fungsi jantung dan tekanan darah juga turut terjejas.
Jenis-jenis reaksi:
Akut – gejala kelihatan dalam masa beberapa minit.
Lewat – gejala kelihatan biasanya selepas 2 hingga 4 jam.
Gejala alahan biasanya di alami untuk jangka masa kurang daripada sehari. Gejala ini termasuk:
-Gatal-gatal, radang kulit (ekzema).
-Muka menjadi merah.
-Mata berair, bengkak kelopak mata.
-Mulut gatal, bengkak bibir.
-Tekak perit.
-Hidung berair.
-Nafas termengah-mengah, batuk.
-Loya dan muntah.
-Sakit perut.
-Cirit-birit.
Bagaimana diagnosa alahan telur dilakukan?
Diagnosa dilakukan oleh doktor selepas mengambil sejarah kanak-kanak dan gejalanya.
Ibu bapa mungkin sedar bahawa bayi mereka sakit atau mendapat ruam sebaik sahaja makan telur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya keadaan ini berlaku.
Ujian khusus yang mungkin dilakukan oleh pakar termasuk:
Ujian alahan kulit.
RAST (Radio Allergosorbent Test).
Ujian khas alahan telur ini boleh dilakukan tetapi tidak semestinya memberi keputusan yang tepat. Segala keputusan ujian perlu dianalisa dengan teliti oleh pakar sebelum diagnosa dibuat.
Apa itu Anafilaksis?
Sesetengah kanak-kanak boleh mendapat reaksi alahan teruk yang dipanggil anafilaksis. Reaksi ini wujud secara tiba-tiba dan teruk melibatkan kulit, paru-paru, usus, jantung dan salur darah.
Gejala ini berlaku dengan pantas termasuk:
-Berasa takut.
-Muka menjadi merah.
-Mata, mulut, lidah dan bibir menjadi bengkak.
-Tekak berasa perit.
-Susah bernafas, nafas berbunyi (wheezing).
-Loya dan muntah.
-Sakit perut.
-Pening.
-Tekanan darah rendah.
-Denyutan jantung cepat.
Bagaimana keadaan ini dirawat?
Untuk semua reaksi alahan:
Jumpa doktor dengan segera. Ubat yang digunakan untuk merawat alahan termasuk:-
-Antihistamines.
-Adrenaline.
-Steroid.
Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubatan ini.
Bagaimanakah Anafilaksis dirawat?
Anafilaksis merupakan satu keadaan kecemasan yang perlu dirawati dengan segera.
Anda perlu membawa anak anda ke hospital dengan serta-merta. Ubat EpiPen mesti diambil dengan serta-merta sekiranya anda memiliki ubat tersebut. (Ubat EpiPen adalah pen suntikan yang diisi dengan Epinephrine or Adrenaline yang boleh di dapati di Malaysia). Dapatkan nasihat doktor jika perlu pengisian semula.
Apakah yang saya harus lakukan jika anak saya ada alahan telur?
Sekiranya anak anda ada alahan telur:-
- Elakkan daripada memakan telur dan makanan yang mengandungi telur (kandungan telur yang sedikit pun boleh menyebabkan reaksi yang teruk).
- Baca dengan teliti label makanan dan elakkan makanan yang ada telur.
- Rancang langkah kecemasan untuk sekiranya terjadi reaksi alahan.
- Bawa bersama ubat EpiPen ke mana-mana, jika ada.
- Pakaikan gelang yang ada ‘medic alert’ di pergelangan tangan anak.
- Beritahu penjaga atau guru mengenai keadaan kesihatan anak.
- Minta nasihat doktor mengenai sebarang langkah khas sebelum menerima imunisasi MMR (Mumps, Measles, Rubella).
Apakah tindakan yang perlu dilakukan?
Ketahuilah bahawa terdapat banyak makanan mungkin yang mengandungi telur tetapi tidak dimasukkan dalam label.
Contohnya:-
-Albumin.
-Globulin.
-Ovalbumin.
-Vitellin.
-Lysozyme.
Dapatkan nasihat pakar pemakanan sekiranya anda tidak pasti kandungan sesuatu makanan. Apabila anak anda tidak mengambil telur, anda perlu pastikan anak anda mendapat nutrient yang cukup daripada sumber makanan yang lain
Adakah alahan dapat diatasi apabila anak saya meningkat dewasa?
Kebanyakan kanak-kanak berjaya mengatasi alahan telur. Walau bagaimanapun, pengambilan semula telur perlu dilakukan selepas berbincang dengan doktor anda.
Baca: Buat Sendiri Ketupat Guna Daun Pandan, Masak Dalam Periuk Nasi. Lebih Mudah & Berlemak
Sumber: MyHealth Portal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI