Bermula 1 Januari tahun depan, kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata langkah baharu itu susulan statistik yang membimbangkan apabila sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017.
“Kita kehilangan satu nyawa setiap 84 minit akibat nahas jalan raya. Kanak-kanak adalah golongan yang turut sama berada di atas jalan raya dan mereka juga terdedah kepada risiko yang tinggi terhadap kecederaan sekiranya terbabit di dalam nahas jalan raya.
“Child Restraint System (CSR) atau disebut sebagai kerusi keselamatan kanak-kanak adalah sebuah kerusi direka khas yang berfungsi untuk melindungi kanak-kanak di dalam kenderaan semasa berlakunya pelanggaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Minggu Keselamatan Kenderaan 2019 dan Majlis Pelancaran Pelaksanaan Mewajibkan Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak di Malaysia di Makmal Ujian Pelanggaran di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Melaka.
Yang hadir sama, Ketua Menteri, Adly Zahari dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Ads
Dr Wan Azizah berkata, penggunaan CRS dalam kalangan negara maju adalah tidak asing bagi mengurangkan impak pelanggaran kepada penumpang kanak-kanak dan seterusnya mengelakkan kecederaan parah dan kematian.
“Kerusi keselamatan kanak-kanak yang akan digunakan di Malaysia perlu mengikut standard yang ditetapkan oleh United Nation Regulation, iaitu R44 dan R129.
“Langkah ini adalah sangat bertepatan dengan visi untuk mengurangkan kadar kematian dan kecederaan serius dalam kalangan pengguna jalan raya,” katanya.
Hanya satu pertiga atau kira-kira 36 peratus daripada pengguna jalan raya di negara ini yang menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) dalam kenderaan.
Ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah penguatkuasaan bagi penggunaan CRS untuk memastikan tahap keselamatan kanak-kanak terus menjadi keutamaan.
Ads
Ibu bapa ingkar bakal dikenakan tindakan
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan terus meningkatkan kempen kesedaran berhubung penggunaan CRS dalam kenderaan di media cetak dan elektronik, papan gergasi, poster info grafik dan media sosial.
Ads
“Keutamaan langkah penguatkuasaan CRS bermula 1 Januari tahun depan adalah untuk mendidik pengguna jalan raya, bukannya menghukum,” katanya.
Mengulas lanjut, Loke berkata, kerajaan masih belum menentukan bentuk mekanisme yang akan digunakan bagi penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang ingkar penggunaan CRS di dalam kenderaan bermula awal tahun hadapan.
“Perkara ini termasuk penetapan kenderaan, kos pembelian peralatan CRS selain pengurangan kadar cukai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
“Kita mengalu-alukan mana-mana pengeluar tempatan untuk menghasilkan CRS ini yang sekali gus boleh memastikan harga produk berkenaan lebih mampu milik,” katanya.
Polis mengesahkan penemuan kesan penderaan pada mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui mati di sebuah rumah di Assam Kumbang, di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, susulan penemuan pihak forensik itu, ibu mangsa yang berusia 36 tahun serta rakan lelakinya yang berusia 30-an, ditahan bagi membantu siasatan.
“Laporan forensik PDRM mendapati ada unsur penderaan kepada simati. Pihak polis percaya kes penderaan itu berlaku sejak Mac lalu.
“Ibu kanak-kanak itu mengalami masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian dengan suaminya,”
Razlam berkata, siasatan masih diteruskan dan pasangan itu ditahan reman di Mahkamah Taiping hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam media melaporkan seorang budak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Panglima, Assam Kumbang di sini, pagi semalam.
Polis menerima maklumat kematian kanak-kanak itu pada jam 11 pagi.
Anak perempuan Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra yang kini berusia 8 tahun meluahkan rasa rindu yang tiada penghujung buat arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin melalui sebuah nota ringkas.
Dalam nota tersebut tertera tulisan Talita “I Miss You Mummy”, saya rindukan mummy dan difahamkan nota tersebut ditulis di atas kertas ketika mereka sedang bercuti di sebuah pusat peranginan.
Talita kelihatan menahan sebak kerana terlalu rindukan arwah ibunya. Arwah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam jam 5.13 pagi, Ogos lalu.
Selepas menulis nota rindu tersebut, Talita kelihatan termenung dan kemudian mencium tudung milik arwah ibunya bagi melepaskan rindu.
Tambah nenek Talita, cucunya meninggalkan nota tersebut mungkin merasakan percutian kali ini tidak lengkap tanpa ibunya disisi.
“Ternampak Dekta tulis ayat ni 🥺 Ya Allah, luluh hati. Sebak. Mungkin dia rasa ralat bercuti kali ni tanpa ibu. Nampak dari cara pandangan talita sangat-sangat kerinduan.
Terima kasih pada yang mendoakan utk talita dan yang menhadiahkan Al-fatihah utk ibu (siti sarah raissuddin)”
Rata-rata warga maya yang menonton video tersebut tidak dapat menahan sebak membayangkan satu-satunya anak perempuan Shuib merindui arwah ibunya.
Sedih tengok, moga terus kuat
Moga kuat sayang, mama tunggu dekat syurga
Arwah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan 3 bulan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mana perasaan sayang seorang ibu sanggup buang anak sendiri! Itulah nasib seorang bayi perempuan yang telah meninggal dunia dan masih bertali pusat ditemui oleh penduduk setempat di dalam longkang di kawasan lorong 10 Fasa 3, Bandar Baru Samariang, Kuching. Bayi tersebut dipercayai telah ditinggalkan sendiri oleh ibu kandungnya.
Berjaya mengenalpasti ibu bayi
Menerusi laporan Utusan Borneo, pihak polis walau bagaimanapun telah menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti identiti ibu kandung bayi berkenaan. Susulan daripada kejadian itu, pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut dan hasil daripada siasatan telah berjaya mengenalpasti identiti seorang wanita berusia 20 tahun yang disyaki merupakan ibu kepada bayi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, pihak mereka akan menahan wanita tersebut untuk membantu siasatan dan penahanan masih belum dibuat memandangkan wanita tersebut sedang mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Tak mengaku melahirkan anak
Tambahnya lagi, pihak mereka sebelum ini telah menerima laporan daripada doktor yang bertugas di HUS yang memaklumkan bahawa pihak hospital ada menerima seorang pesakit perempuan yang mengalami pendarahan akibat bersalin dan menunjukkan tanda-tanda melahirkan anak.
Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila wanita itu dilihat seakan-akan mahu menyembunyikan kelahiran anaknya itu daripada orang ramai. Tetapi malangnya, ‘lakonan’nya itu terbongkar selepas orang ramai menemui mayat bayi perempuan itu di dalam longkang berdekatan dengan rumah wanita terbabit.
Apabila disoal, wanita tersebut tidak mengaku melahirkan anak.
Susulan kejadian itu, mayat bayi tersebut telah dihantar ke HUS untuk tindakan lanjut dan kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.