Apabila anak-anak berusia empat atau lima tahun, sudah tentu ibu bapa akan mencari tadika yang terbaik untuk anak-anak. Ini kerana pendidikan awal kanak-kanak yang dipelajari di tadika amat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang. Yang menjadi isunya, ada segelintir ibu bapa mengeluh apabila yuran tadika naik atau mahal.

Setuju Yuran Tadika Swasta Mahal! Biar Betul Komen Presiden Tadika Islam Selangor. Jangan Terkejut
Guru swasta diwajibkan mempunyai siji Pendidikan Awal Kanak-Kanak supaya dapat mengendalikan dan mengajar kanak-kanak dengan cara yang betul.

Tetapi sebelum mengeluh tu, ibu ayah kena baca perkongsian oleh Bila Ibu Zarah Berbicara Naib Pengerusi Persatuan Tadika Islam Malaysia merangkap Pengerusi Persatuan Tadika Islam Selangor, Hajjah Zaharah Awang atau lebih dikenali sebagai Ibu Zarah  yang mempunyai pengalaman lebih 28 tahun dalam dunia pendidikana awal kanak-kanak ini. Penegasan ini cukup padu dan ada benarnya! Semoga kita memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak membesar menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat.

YURAN TADIKA SWASTA MAHAL!!
Ye!! setujuuuu… memang mahal!
bukan baru tahun ini atau tahun lepas mahal… rasanya dari dulu memang mahal pun.. Jadi apa masalahnya?

Rasanya semua orang tahu dan tidak perlu diterangkan lagi kenapa ia jadi mahal namun masih ramai ibubapa yang masih sudi mendapatkan perkhidmatan mereka tanpa paksaan pun. Jadi apa masalahnya?

IKLAN

Rata-rata pihak tadika swasta tiada yang mengamalkan sistem meminta slip gaji ibubapa untuk mengukur kemampuan ibubapa menghantar anak belajar dengan mereka. Jadi apa masalahnya?

Pihak kerajaan dah adakan tadika yang murah dan mampu, masih kurang berpuashati pulak… jadi apa masalahnya?

IKLAN

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah dan disayangi nabi, anak-anak kita ni boleh belajar dimana sahaja… ditadika swasta, ditadika kerajaan, ditadika NGO, ditadika bawah kelolaan masjid dan surau, waimah “home schooling” pun tak de masalah asalkan ibubapa berikan dorongan, sokongan dan kerjasama.

IKLAN

Nak yang selesa dan banyak program menarik hantarlah ketadika swasta.
Nak yang murah hantarlah ke tadika kerajaan dan NGO atau kelolaan masjid dan surau.
Tak nak keluar belanja… boleh jer ajar sendiri dirumah.
Jadi sebenarnya tak de masalah..

Masalahnya bila kita paksa diri kita untuk ikut orang lain, terikut2 dengan trend dan brand sehingga yang tak mampu pun dimampu-mampukan… yang tak larat pun dilarat-laratkan sampai kena ikat perut!! Tak sampai hati rasanya kami mendengarnya.

Hentikanlah merungut untuk hal pendidikan anak-anak.. bil Astro selamba jer kita bayar tiap-tiap bulan tanpa rungutan… belanja beli rokok pun jika dikira dah hampir jumlah yuran bulanan anak kat tadika swasta.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI