Siapa yang tak sabar menantikan kelahiran bayi sulung. Selepas mengumumkan kehamilan cahaya mata sulung mereka pada April lalu, pasangan instafamous, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim yang lebih dikenali sebagai nama Durian Kimchi ternyata cukup teruja untuk menimang cahaya mata pertama mereka sedikit masa lagi.
Menerusi perkongsian Live Ryzal di Instagram Sabtu lalu, Maryam dijangka melahirkan bayi sulung mereka itu sekitar minggu hadapan dengan tarikh due pada 25 Oktober ini.
Dihujung kehamilannya ini, Maryam pula dilihat semakin aktif mencuba pelbagai aktiviti termasuk menyiapkan beberapa kraf malah yang terbaru Maryam dilihat menyiapkan sebentuk cincin bagi mengisi masa lapangnya.
Menerusi Instagramnya, Maryam juga nyata teruja dan tidak sabar menantikan zuriat pertama mereka sambil berkongsi beberapa koleksi cincin yang dihasilkan oleh Maryam sendiri.
” Baby bila nak jumpa mama dan papa?
“Hey baby sewa perut sudah habis la. Cepat keluar,” seloroh Maryam menerusi Instagramnya.
Malah dalam entri yang sama itu juga, Maryam turut berkongsi beberapa keping gambar cincin yang dihasilkan sendiri oleh Maryam. Kreatifnya!
Ads
Sudah siapkan kelengkapan baby!
Berkongsi cerita menerusi Live Ryzal, kata Ryzal, dia dan Maryam sudah memperiapkan segala kelengkapan bayi dan hanya menunggu detik kelahirannya sahaja.
Semuanya sudah disiapkan lebih awal kata Rizal. Segala katil bayi, tilam dan kelengkapan sudah pun disiapkan.
Malah kata Ryzal lagi dia juga berharap isterinya itu dapat bersalin secara normal dan berharap semuanya dipermudahkan kelak.
Ketika ditanya oleh pengikutnya ketika sesi Live, kata Ryzal juga dia sudah semestinya akan berkongsi detik kelahiran bayi sulung mereka itu ketika berada di hospital nanti bagi menantikan kelahiran bayinya kelak sebagai kenangan.
Ads
Tidak pulang berpantang di kampung bahkan kata Ryzal, dia dan Maryam sepakat untuk berpantang selama 44 hari itu hanya di rumah sambil dibantu oleh confinement lady (LC) terlatih yang sudah semestinya banyak membantu. Biarpun tanpa pengalaman namun kata Ryzal dia berharap semuanya bakal dipermudahkan kelak.
Menerusi perkongsiannya yang terdahulu, di hujung-hujung kehamilannya ini, isteri kesayangan Ryzal ini kini mudah rasa tidak selesa malah berdepan kesukaran untuk tidur, baik dalam posisi duduk mahupun berbaring.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @maryamyunrrr @ryzalibrhm
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila mempunyai anak kecil, bukan mudah untuk golongan ibu bapa mengawal keletah mereka ketika berada di luar lebih-lebih lagi sewaktu makan di kedai. Lumrah anak kecil yang suka meneroka dan tak duduk diam ditambah pula mood yang selalu berubah-ubah membuatkan ada ibu bapa ‘serik’ nak bawa anak-anak makan di luar.
Sama seperti ibu bapa lain, Encik Akif yang juga pensyarah psikologi berkongsi pengalaman bagaimana dia menguruskan anak kecil yang aktif ketika berada di luar. Semoga bermanfaat buat semua.
“Bagi saya & isteri, nak bawa anak berumur 1 tahun yang agak aktif untuk makan di luar sangat mencabar”
Ini cara bagaimana kami melakukannya:
1. Salah seorang masuk kedai dulu & buat pesanan.
Seorang lagi teman anak berjalan-jalan di luar. Bagi dia keluarkan “energy” dulu.
2. Kalau dia tak nak jalan-jalan, kami akan bawa buku untuk dibacakan.
3. Kadang kala kalau mood dia tak berapa baik, terpaksa dukung bawa jalan-jalan untuk tenangkan dia dulu.
4. Sementara suap dia makan, bagi dia pegang props. Kali ini ada orang bagi belon
5. Sementara isteri makan, saya pula layan budak ni baca buku.
6. Akhirnya dapat juga makan
7. Yang paling ialah “teamwork.” Kalau buat berseorangan memang kelam kabut.
Ini bukan perkongsian berdasarkan kajian-kajian atau teori-teori parenting. Ini hanya pengalaman kami sendiri sahaja. Ada ibu bapa di luar sana yang hadapi isu yang sama?
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti sentiasa menjadi idola ramai atas pencapaian yang dikecapinya. Bukan setakat berbakat dalam nyanyian tetapi juga dalam bisnes dan keibubapaan.
Terbaru, Tokti menjadi bualan hangat netizen apabila dia dipercayai mempunyai sebuah sebuah rumah yang terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Menerusi IG story yang dimuat naik oleh Tokti, dia meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diperolehnya itu dan dalam video terbabit, kelihatan penyanyi yang berusia 43 tahun tersebut bersama dua orang anaknya, Aafiyah dan Afwa sedang meninjau sebuah kondominium mewah dengan pemandangan yang menakjubkan.
Difahamkan, Tokti telah membeli rumah pertama di Dubai dan perkara tersebut disahkan oleh anaknya, Asyraf Khalid yang menzahirkan ucapan tahniah atas pencapaian yang dikecapinya.
“Tahniah Mak Iti atas pencapaian memiliki rumah pertama di Dubai. Sangat gembira dan bangga melihat pencapaian awak. Ia merupakan inspirasi buat saya dan Tya.
“Doakan satu hari nanti, Ap pun boleh ikut jejak langkah Mak iti. Ap doakan Allah murahkan lagi rezeki ayah dan Mak Iti. Awak benar-benar layak untuk semua kerja keras awak selama ini.
“Harapnya selepas ini Ap ke Dubai, tak payah la sewa hotel dah,” ujarnya berseloroh.
Alhamdulilah, berkat usaha Tokti & rezeki anak-anak!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kejayaan Tokti dapat membeli sebuah rumah mewah dengan berkat usahanya selama ini sebagai seorang penggiat seni.
Allah lebih tahu bila masa sesuai dan terbaik buat kita. Selepas enam tahun berkahwin, penyanyi Idayu mengesahkan kehamilannya yang kini memasuki usia lima bulan.
Menerusi instagramnya, Idayu mengumumkan khabar gembira itu sebaik memasuki tahun baru 2021.
“Assalamualaikum whbth & Salam Sejahtera, kepada semua rakan-rakan, seluruh keluarga dan peminat2 tercinta.
“Syukur Alhamdulillah Idayu dan suami, @yunfadzil ingin membuat pengumuman rasmi tentang kehamilan saya yang kini berusia lebih lima bulan setelah melayari perkahwinan selama lebih 6 tahun,” kongsinya.
Kata Idayu lagi, dia amat bersyukur dengan pemberian rezeki yang selama ini dinantikannya dan suami.
“Saya sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada kami berdua. Kami sentiasa yakin dengan percaturan Allah SWT dan ini lah waktu yang paling tepat.
Kami akan sentiasa mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari mendatang,” tulisnya lagi.
Kata Idayu lagi, dia dijangka bakal melahirkan bayi sulungnya itu sekitar Mei ini sambil mengharapkan agar bayi di dalam kandungannya baik dan selamat hingga detik melahirkan.
“Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik, dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari -hari selanjutnya.
“InshaaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahaya mata pertama ini pada Mei 2021.
“Sekali lagi terima kasih untuk ucapan dan doa kalian,” katanya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi bersuara lantang ini juga turut berterima kasih kepada pihak-pihak yang membantunya sepanjang detik kehamilannya malah turut mendoakan pasangan lain yang berusaha sepertinya demi untuk memperoleh zuriat.
“Terima kasih juga kepada doktor Hidayat di @klinik.anda.24jam.serdang dan juga doktor @drnurulkhairiyah Kpj Ampang serta seluruh kakitangan hospital kerana banyak membantu saya sepanjang tempoh kehamilan ini.
“Semoga Allah sahaja dapat membalas budi kalian. Kepada pasangan yang ,masih berusaha nak dapat baby, nasihat saya, jangan mudah PUTUS ASA! Saya doakan kalian juga,” tulisnya.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan kapsyen turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti juga para pengikut Idayu di instagram.
Terdahulu, Idayu mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Shahrul Fadzil pada Mei 2014.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @idayuofficial
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!