Adab anak-anak bermain pasti terjadi pergaduhan kecil atau aksi tolak menolak. Namun pelakon, Shakilla Khoriri meluahkan rasa kecewanya dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak peka dan berpesan kepada anak-anak ketika bermain.
Menerusi akaun Tik Toknya, Shakila berkongsi kisah anaknya, Ameena Sofia, 4, yang ditolak sewaktu bermain di sebuah taman permainan dalaman kanak-kanak, baru-baru ini.
Ibu cantik manis ini menyatakan rasa kesalnya dengan sikap ibu bapa yang sekurang-kurangnya berpesan kepada anak-anak untuk bermain dengan cara baik dan tidak tolak menolak.
“Kepada ibu bapa, sila ajar anak-anak kalian adab dengan sesama manusia. Amat menyedihkan apabila melihat anak-anak yang bersikap biadap dan tiada budi bahasa.
“Tidak sekalipun belajar untuk ucap ‘minta maaf’ atau ‘terima kasih’ atau ‘excuse’. Tidak!,” luahnya.
Menerusi perkongsian Shakilla, Ameena yang sedang asyik bermain tiba-tiba dirampas mainannya dan ditolak oleh seorang budak lelaki tanpa meminta maaf. Begitu juga dengan ibu kanak-kanak lelaki tersebut yang turut sama berada di situ.
Shakilla berkata, dia tidak pernah mengajar anaknya untuk bergaduh dengan sesiapa sekalipun, namun agak sedih apabila Ameena diperlakukan sedemikian.
“Ada seorang kanak-kanak lelaki ini menolak Ameena untuk bermain permainan itu tanpa rasa bersalah. Saya lihat kanak-kanak tersebut tetapi hanya mendiamkan diri.
“Apa yang membuatkan aku sedih apabila mak dia ada di situ, ikut dan bermain bersama. Sementara itu, aku terpaksa tengok apa yang kalian lihat dalam video,” katanya lagi.
Ujar Shakilla, dia terpaksa berdiam diri dan menerima kelakuan berkenaan kerana menghormati anak perempuannya yang berada di kawasan terbabit.
@shakillakhoriri (VIDEO SELEPAS KEJADIAN !!!!!) 😒 Dear parents, Sila ajar anak-anak kalian ADAB dengan sesama manusia. Too sad looking at kids yang so rude dan tiada budi bahasa. Not even belajar untuk say SORRY or THANK YOU or EXCUSE ME. No!! Suka ke anak-anak dibenci ? Suka ke anak-anak dipulau ? Suka ke anak-anak yang comel dilayan dan dijauhi kerana sikap dan silap parents ? While i’m recording, this is what happened to Ameena. This one boy tolak Ameena untuk play that thing tanpa rasa bersalah. I looked at him tapi hanya diam. Apa yang buat aku sedih bila mak dia ada disitu, followed him and play with him while aku terpaksa tengok apa yang korang tengok dalam video ni. Aku tak ajar anak aku untuk bergaduh. Tak ajar anak aku untuk berebut apatah lagi nak berebut benda yang bukan milik dia. Tapi i can see Ameena sad & kecewa dengan keadaan tu. Dua beranak tu so LUCKY yesterday ek sebab Ameena ada dekat situ and aku terpaksa TELAN balik apa yang sepatutnya diorang dapat dari sikap kurang ajar tu. Soooo lucky. 👏🏻👍🏻 #rudeparentsraiserudekids ♬ original sound – SHAKILLA KHORIRI
Sementara itu, Shakila berharap agar perkongsian videonya di aplikasi TikTok dapat membuka mata ibu bapa di luar sana mengenai adab di tempat awam.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI