Perasan tak bila berkunjung ke bazaar Ramadan anak akan lebih mudah tertarik kepada air-air yang bewarna. Salah satu air yang selalu laku keras adalah air bewarna biru.
Nak tarik minat anak berpuasa, apa kata kali ini mama tawarkan dengan air terlajak padu dalam perkongsian Nordiana Ab Kadil.
Bukan saja warnanya yang cantik bahkan paling penting sekali rasanya yang manis, pekat dan likat buat rasa puas hati menikmatinya. Jom cuba!
Nikmatnya terasa bila berbuka puasa dengan:
VANILLA BLUE WITH ICE CREAM
Bahan-bahan:
3 cawan air masak
5 esen vanila (saya guna penutup botol esen)
Setengah tin susu pekat Saji
Satu tin susu sejat cair Saji
1 pewarna biru (guna penutup pewarna)
Ais secukupnya
Aiskrim vanila (kacau rata untuk dapat kan rasa vanila yang sempurna)
Satukan semua bahan bersama.
Tuangkan ais dan hidangkan bersama aiskrim vanila.
Sebelum minum pastikan aiskrim vanila dikacau sampai sebati dulu, baru minum.
Memang sedap!
Selamat mencuba.
Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI