Tercari-cari menu biskut raya moden yang mudah malah bahannya juga tidak banyak, anda patut mencuba Nutella Swiss Cookies ini yang cukup digemari anak-anak.
Mana tidaknya, rasa nutella yang padat dan sedap pasti buat anak-anak makan tak cukup satu. Jom cuba resipi padu dari Pn Juju Minhad ini. Sedap!
Bila kau tengah berpantang lepas bersalin, baby tidur je cepat-cepat adun biskut. Buat biskut simple-simple je asalkan ada untuk anak-anak lain fefeling nak raya. Nutella Swiss Cookies ni memang favourite anak-anak.
Bahan-bahan:
Butter seketul
Gula castor 1 cawan
Esen vanilla sikit
Tepung gandum 1 cawan 1/2
Tepung jagung 1 cawan
Chocolate rice 3 sudu
Nutella
Badam cincang
Butter, gula castor dan esen vanilla pukul manja pakai senduk kayu.
Dah sebati masukkan tepung gandum bersama tepung jagung. Uli sampai jadi doh yang tak melekat kat tangan.
Masukkan chocolate rice dan gaulkan rata.
Acukan kemudian letak nutella dan tabur badam cincang.
Bakar pada suhu 160′ selama 20 minit, ikut la oven masing-masing.
Siap!
Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI