Berada lama di rumah, ada baiknya kita hidangkan sajian yang enak untuk keluarga. Jangan cuba menu yang berat, pilih sahaja kek mudah yang hanya dibancuh semua bahan sahaja.
Resipi perkongsian Sobehah Ramli ini mama wajib cuba. Resipi terpaling senang untuk PKP kali ini. Jom cuba!
First day lockdown kita buat kek. Husband kak beha cakap macam nak buat goreng pisang jer bancuhan dia. Senang bangat campur jer semua sekali. Jom kita pakat makan kek tenang-tenang kat rumah.
Share sini resipi butter cake super moist nanti u all boleh buat. Memang sedap. Makan panaih-panaih.
Bahan-bahan:
150gm Butter (cairkan) nak sedap guna pure butter
170gm Gula castor (kak beha tak suka manis sangat)
210gm Tepung gandum (kak beha guna bakers choice)
5 biji telor (grade A)
50gm Ovallete
50ml susu full cream
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh baking powder
Semua bahan disatukan dalam bekas (kecuali butter).
Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang gebu putih.
Ads
Last masukkan butter yang di biarkan sejuk sikit kaup balikkan dengan spatula hingga sekata.
Panaskan oven dalam 5 minit 160°c.
Guna loyang 8×8 dalam gambar kak beha guna loyang besar sikit. Alaskan dengan baking paper.
Bakar selama sejam, @ sehingga masak. Keluarkan dan terbalikkan atas redai dalam 10 minit untuk pastikan kek cantik.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mudahnya nak sediakan resepi American breakfast untuk set Sausage dan juga set Hashbrown. Terasa seperti makan di kedai bertaraf 5 bintang!
Jom ikuti resepi yang dikongsi wanita ini. Selamat mencuba!
Idea suami suruh buat jual #Americanbreakfast sebab dia memang suka tengok mat saleh masak. Alhamdulillah semua sukaa.
Saya sedekah resepi (American Breakfast) Style saya sendiri. Maaf jika tak serupa yang real punya macam mana.
Set sausage (Ramly) & Set hash Brown
🥪Toasted sandwich
Layerkan roti dengan chicken slice, cheese slice dengan salad je. Lepas tu bakar atas pan atas bawah bagi garing. Saya memang takde letak apa-apa sos. Healthy lah konon. Pastuu potong jangan tekan sangat nanti penyek jadi nya .
🍳 Scramble egg
Setiap 1 box masak 2 biji telur gred A. Pecah kan dalam bekas letak lada hitam , garam dan daun sup/bawang . Nak masak letak butter skit masak jagan lama-lama dan jangan kacau-kacau sampai kering . boleh tengok balik tekstur scramble tu macam mana.
lepastu serve laa dalam pinggan letak toasted sandwich (saya tak pasti potong bentuk tu ada panggilan lain mungkin) letak scramble egg atasnya boleh tabur blackpepper sikit dengan mushroom. Tambah sausage atau hashbrown. Ikut la tekak masing-masinh nak letak apa . Selamat mencuba 😘
Anak-anak, bila duduk rumah kejap-kejap lapar. Daripada bagi anak makan jajan atau gula-gula, apa kata ibu cuba buat muffin milo yang paling mudah ini. Tak perlu nak guna mixer pun, cuma kacau dengan senduk je. Tersangatlah mudah.
Kalau yakin, nak buat duit poket jual muffin ni pun boleh. Resepi yang dikongsikan oleh Azlina Ina ni sekurang-kurangnya boleh bagi idea untuk ibu-ibu.
Muffin milo coklat mudah
Bahan-bahan:
8 biji telur gred A atau B
450g gula perang atau gula halus kalau xnak manis guna gula perang atau kurg kan(2 cawan )
1 sudu besar emolco coklat
330g/3 cawan self raising + 1 sk soda bikarbonat(ayak)
100g milo
50g serbuk coklat
*Campurkan tepung dengan serbuk coklat dan milo dalam 1 bekas ya
350g majerin cair/2 cawan (cair kan dulu awal-awal sukat dalam cawan atau dah cair baru timbang)
1/2 cawan air panas
Cara-cara:
Telur+ gula+satukan. Kacau-kacau sebati dengan senduk ke whisk ke dengan hand mixer pun boleh
2. Tambah emolco dan kacau sebati
3. Tambah kan tepung yang disatukan tadi berselang dengan marjerin sampai habis.
4. Akhir sekali tambah air panas dan kacau rata
**Nak tambah coklat chips boleh nak tambah coklat rice pun boleh
5. Masuk dalam paper cup atau muffin cup. Nak tabur badam nips atau coklat chips pun boleh
6. Bakar suhu 170 masa 25-30 minit atau kukus 15-20 minit
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda memilih untuk meraikan anak-anak yang berada di rumah, apa kata ajak mereka untuk ke dapur bersama-sama. Nak cuba resipi apa? Resipi muffin melimpah dengan coklat chip ini pasti buat anak-anak teruja.
Paling menarik hendak membuatnya teramatlah mudah. Anak-anak pun boleh lakukannya kerana ia cukup mudah. Hanya gaulkan sahaja semua bahan dan kemudiannya masukkan ke dalam cawan kertas. Ringkas. Namun menarik dan teramat sedap pastinya dengan coklat chip melimpahnya. Superb!
CHOCOLATE HEAVEN MUFFIN
Assalamualaikum. Arini sis nak share resipi yang senang sangat. Bahan pun mudah untuk sediakan. Cuti-cuti ni boleh la baking dengan anak-anak. Sedap macam Muffin Kenny Rogers hampa. Jom start. Semoga kita sama-sama dimurahkan rezeki. Amin..
Bahan A
2 biji telur
100gm minyak jagung
150gm gula perang
130gm susu segar
Esen vanilla
Bahan B
200gm tepung gandum
1sdt baking powder
1sb serbuk Koko
Chocolate chip
1) Campurkan kesemua Bahan A, gaul dengan menggunakan whisk sehingga gula larut.
2) Masukkan Bahan B dan gaul sehingga rata. Jangan terlalu lama.
3) Masukkan sedikit chocolate chip dan selebihnya letak diatas muffin.
4) Sendukkan 3/4 ke dalam muffin cup, taburkan choclate chip mengikut citarasa anda.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.