Sangkaan wargamaya yang meneka pelakon, Emma Maembong hamil anak perempuan ternyata meleset bila mana pelakon cantik itu membuat pengumuman bakal melahirkan seorang bayi lelaki sedikit masa lagi.
Melalui Instagramnya, Emma memuat naik video pengumuman jantina itu yang diadakan secara ringkas.
Tampil mengelirukan semua tetamu yang hadir, Emma dan suami hadir ringkas dengan tema berona hitam yang cukup ringkas.
Sepanjang berita kehamilannya, ramai warganet mengatakan Emma kini sedang hamil anak perempuan berdasarkan perkongsian beberapa foto ‘maternity shoot’ di media sosial serta beberapa gaya Emma yang kini semakin rancak berhias cantik.
Pun begitu sangkaan ramai ternyata meleset bila mana akhirnya Emma dan pasangannya, Shazli mengumumkan mereka bakal menimang seorang lagi cahaya mata lelaki selepas anak sulung mereka, Shariq Arshan Gabriel.
Ads
“Pengajaran to myself never trust your sister to take your videos,” tulis Emma di kapsyennya.
Emma dan suami memulakan acara dengan meletupkan belon berwarna hitam yang disusuli dengan serpihan kertas biru berterbangan yang menandakan anak lelaki.
Ibu mana yang tidak merasa sedih, sudah disahkan hamil kemudian gugur pula. Biarpun sudah menjaga kandungan sebaik mungkin, tahu-tahu saja ada ketulan darah keluar. Ada juga sesetengah kes, si ibu tidak perasan yang dia sedang mengandung kemudian aktif membuat kerja-kerja berat. Sebaik tahu diri hamil, kandungan sudah tidak kuat dan gugur.
Apabila berlaku hal seperti ini, ibu akan menyalahkan diri sendiri dan merasa tertekan. sebenarnya keguguran yang berlaku bukanlah sesuatu yang kita minta, ia adalah dugaan dari Allah SWT dan mungkin ada ganjaran yang lebih baik menanti selepas itu.
Keguguran adalah perkara biasa dan dialami oleh kebanyakan wanita. Ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan tetapi jika berlaku tiga kali berturut-turut keadaan ini dikenali sebagai habitual miscarriage. Ia adalah satu situasi yang tidak normal. Melalui penulisannya, Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan tentang hal keguguran ini.
PUNCA KEGUGURAN BERULANG
Keguguran di awal kehamilan sering berlaku pada wanita yang hamil, dan ia bukanlah suatu hal yang merisaukan. Tetapi keguguran berlaku sebanyak tiga kali berturut-turut, maka ia adalah suatu yang tidak normal. Keadaan ini dikenali sebagai habitual miscarriage.
Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan dan ujian yang lebih lengkap bagi mengetahui punca keguguran berulang. Walaubagaimana pun tidak semua punca keguguran dapat dikenal pasti dengan pemeriksaan yang dilakukan.
Kebiasaannya punca keguguran di awal kehamilan ialah akibat “janin yang lemah”, ini bermakna janin itu mempunyai masalah genetik atau kromosom yang mengakibatkan janin tersebut tidak dapat membesar dengan baik dan akhirnya tidak dapat hidup dan dikeluarkan dalam proses keguguran.
Selain itu ia mungkin berpunca dari dari penyakit seperti endometriosis dan fibroid. Jangkitan kuman pada wanita yang hamil seperti jangkitan cytomegalo virus (CMV), herpes simplex (HSV) dan rubella boleh menyebabkan kerosakan pada janin dalam rahim sehingga menyebabkan keguguran.
Selain itu sejenis parasit toksoplasmosis yang biasa terdapat pada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-hati. Pastikan kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih.
Penyakit seperti darah yang pekat, diabetes dan tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, pada setiap kali kehamilan juga boleh menyebabkan keguguran berulang di awal kehamilan.
Oleh itu saya menggalakkan supaya dapat menjalani pemeriksaan yang lebih terperinci bagi mengesan masalah yang dihadapi. Seseorang wanita yang ingin hamil sepatutnya mengamalkan pemakanan berkhasiat dari peringkat awal lagi, mengambil juga asid folik dan vitamin.
KENA BANYAK BEREHAT
Jika berkemampuan, ambillah cuti rehat pada peringkat awal kehamilan. Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Kurangkan stress dari segi fizikal dan mental. Doktor selalunya akan memberikan ubat hormon progesteron untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim bagi mengurangkan risiko keguguran.
Kuatkan semangat dan jangan melayani pemikiran negatif. Banyak berdoa, solat hajat dan bersedekah. Insha ALLAH, ALLAH akan membantu hambaNYA yang berusaha.
Ketika isteri mengalami keguguran, jelas sekali emosinya terjejas. Sebagai suami, pastikan anda sentiasa dengannya dan terus memberi isteri semangat. Setiap pasangan pasti menginginkan zuriat, tetapi jika si isteri mengalami keguguran dan kalian masih belum mempunyai anak, teruskan berusaha dan kuat menghadapi ujian ini.
Semoga dengan semangat dan usaha tanpa henti itu akan membuahkan hasil yang dinanti-nantikan suatu hari nanti.
Buat para ibu hamil, tahniah kerana bakal menyambut kehadiran cahaya mata! Perjalanan kehamilan ni memang istimewa, tapi penting sangat untuk jaga kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. Jom kita sama-sama belajar tips dan panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pastikan kehamilan sihat, bahagia, dan lancar dari awal hingga bersalin. Semua ni main peranan penting untuk ibu dan bayi sihat. Let’s embark on this beautiful journey together!.
1.JAGA KESIHATAN KETIKA KEHAMILAN
Penjagaan kehamilan trimester pertama adalah sangat penting dan perlu diuruskan dengan baik kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku termasuk keguguran.
Selain itu, Kesihatan fizikal dan mental anak yang bakal lahir dipengaruhi oleh penjagaan kehamilan trimester pertama sehingga ketiga.
Alahan adalah salah satu penjagaan yang perlu diambil berat selain daripada penjagaan makanan dan pengambilan makanan tambahan. Jangan ambil ubat tanpa nasihat doktor dan jauhi asap rokok.
2.BUKU PINK
Seorang ibu hamil memerlukan pemeriksaan, pengawasan dan pengendalian yang teratur dan berterusan sebaik sahaja mendapati dirinya hamil.
Hal ini untuk membolehkan pengesanan awal seterusnya tindakan sewajarnya diambil untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti. Kandungan maklumat pada Buku Rekod Kehamilan amat penting terutamanya bagi kes rujukan yang memerlukan perhatian terperinci, terutamanya ketika kecemasan. Buku ini perlu dibawa ke mana sahaja ibu pergi apabila memerlukan pemeriksaan dan rawatan.
3.PEMERIKSAAN BERKALA. JANGAN CULAS!
Pemeriksaan kesihatan berkala bagi wanita hamil adalah bertujuan untuk memantau perkembangan kesihatan ibu dan kandungan sepanjang proses kehamilan bermula dari tempoh sebelum kelahiran (antenatal) sehingga selepas kelahiran (postnatal).
Pemeriksaan yang dikendalikan oleh KliniK Kesihatan Kerajaan mahupun swasta ini turut merangkumi khidmat nasihat sokongan emosi dan panduan ketika melahirkan agar bakal ibu mendapat pendedahan sewajarnya sepanjang tempoh kehamilan.
4.JAGA PEMAKANAN
Bagi wanita kehamilan adalah peristiwa yang sangat bermakna. Bermula saat disahkan doktor bahawa diri sedang berbadan dua, ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan.
Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang bakal lahir sihat fizikal dan mental. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak dari dalam kandungan lagi.
5.ELAK MINUMAN KAFEIN
Elakkan sama sekali pengambilan kafein pada 12 minggu awal kehamilan.
Lepas tu, kalau nak juga ambil kafein, limit 200mg per day.
Banyak minuman nyahkafein (decaffeinated) yang boleh kita ganti. Jangan lupa, takmau manis-manis. Takde gula lagi sedap.
Nyata, kehamilan ni satu anugerah yang sangat berharga. Dengan penjagaan yang betul, bukan saja ibu, tapi bayi dalam kandungan pun dapat manfaat sepenuhnya. Ingat, setiap langkah kecil yang diambil sekarang, membawa impak besar pada masa depan si kecil. Jadi, jangan lupa untuk jaga diri, amalkan gaya hidup sihat, dan nikmati setiap momen ini menjadi detik nan indah buat anda.
Setiap wanita yang berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pelengkap dan penyeri rumah tangga yang dibina dengan suami tercinta. Namun bukan semua wanita terus dikurniakan rezeki zuriat seperti yang diimpikan. Ada sesetengahnya hingga berbelas tahun berkahwin tapi masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. Setiap orang ada ujiannya masing-masing, Allah yang lebih Mengetahui dan biasanya rezeki Allah itu datang tepat pada masanya.
Baru-baru ini tular di laman sosial bila seorang doktor pakar membuat kejutan kepada seorang wanita yang sudah lama berusaha untuk mendapatkan zuriat. Doktor yang dikenali sebagai Dr. Thokha Muhammad iaitu seorang pakar dalam bidang obstetrik & ginekologi sering berkongsi klip-klip video ibu hamil yang mendapatkan rawatan daripada beliau.
Dalam perkongsian tersebut, wanita yang sudah 13 tahun mencuba untuk mendapatkan zuriat diberi kejutan oleh Dr. Tokha bahawa dirinya telah hamil setelah mendapatkan rawatan kira-kira sebulan yang lalu di premis doktor berkenaan.
Tidak Buat Pemeriksaan Kehamilan 3 Tahun, Bimbang Kecewa tapi Sekali Allah Beri Rezeki 3 cahaya mata Terus
Menurut perkongsian tersebut, wanita ini dinyatakan tidak pernah membuat pemeriksaan kehamilan selama 3 tahun kerana bimbang kecewa dengan keputusannya. Namun dengan berita gembira ini, pastinya ia mengundang emosi penuh sebak.
Ternyata penantian selama 13 tahun untuk mendapatkan zuriat tersembunyi hikmah yang Maha Hebat apabila wanita ini hamil dengan kembar 3. Hasil pemeriksaan kesihatan yang dilakukan juga menunjukkan ketiga-tiga bayinya dalam keadaan baik.
Ramai yang teruja dan mendoakan dapat pengalaman yang sama
Menerusi perkongsian tersebut, ramai yang tumpang gembira dan teruja. Pengikut Dr.Torkha ramai yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan wanita tersebut dan bayi yang dikandungnya. Malah ada juga yang berdoa agar mereka juga dapat peluang merasai pengalaman yang sama.