Melahirkan empat orang anak sekaligus dan kepayahan membesarkan mereka memang sesuatu yang nyata. Tambahan anak-anak semakin membesar dan sudah mulai belajar untuk makan. Pasti anda masih ingat akan ibu viral kepada empat anak kembar, Sharisa Hussein.

Sekejap sahaja anak-anaknya sudah menginjak usia tujuh bulan. Melalui perkongsiannya di laman Instagram, Sharisa tidak lokek berkongsi idea puri yang dibuat untuk anak-anaknya.

Antara jenis puri yang disediakan buat Firas, Noah, Farouq dan Naaz adalah puri lobak merah, epal, pisang, keledek, kacang pea, buah naga, pir serta bubur yang dicampurkan dengan kurma dan labu. Mengikut perancangan ketika anak-anak masuk usia tujuh bulan, dia akan memperkenalkan mereka dengan bubur yang dicampurkan dengan sayur-sayuran pula.

Apabila ditanyakan tentang cara penyediaan puri lobak merah, Sharisa memberitahu yang dia mengukus dan mengisarnya untuk memudahkan anak-anak makan. Juga berkongsi yang dia memberi anak-anaknya makan dua kali sehari dengan menu yang sama. Tambah Sharisa lagi, dia mengamalkan konsep four day rules bagi mengenal pasti kegemaran serta keserasian kembarnya dengan puri yang disediakan.

Ads

Ada juga pengikut yang bertanya tentang kacang pea yang digunakan untuk dibuat puri, Sharisa turut berkongsi di mana dia mendapatkannya. Juga ada ibu yang bertanya tentang rasa kacang pea dan kata Sharisa ia merupakan salah satu kegemaran anak-anak kembarnya.

Ketika sesi fotografi yang diadakan bersama ibu ini, sempat Pa&Ma tanyakan tentang makanan pertama yang dia berikan kepada anak-anaknya. Kata Sharisa, dia mencuba memberi mereka puri lobak merah kerana melalui pembacaan dan penelitian yang dibuatnya, ramai yang mengatakan puri itu baik untuk bayi.

Ads

Apabila diberikan kepada anak kembarnya, ternyata mereka sukakan puri tersebut. Bahkan kata Sharisa, mereka berebut-rebut ketika makan dan mengamuk kerana giliran mereka untuk makan agak lambat. Oleh sebab itu, Sharisa dan suaminya mengambil langkah untuk memastikan ada dua orang dewasa yang meyuap anak-anak mereka makan pada masa yang sama.

Ads

Jika dilihat, kesemua anak Sharisa dan suaminya, Saifuddin Hilmi, membesar dengan sihat walaupun dilahirkan pra matang. Sharisa berkongsi yang anak-anaknya kini sudah minum susu formula dan mereka minum sebanyak 6 auns untuk satu sesi. Setiap hari mereka minum lebih kurang enam kali. Perbelanjaan untuk susu anak-anaknya sahaja sudah mencecah RM1500.00 – RM1700.00 sebulan. Dalam masa tiga hari, anak kembarnya dapat menghabiskan 1.2kg susu tepung.

Sharisa Perkenalkan Pelbagai Jenis Puri Buah Kepada Anak Kembarnya. Semua Berebut Makan Dan Mengamuk Sebab Giliran Disuap Ibu Lambat Sangat
Empat beradik kembar viral sudah masuk 7 bulan!

Setiap ibu bapa membesarkan anak-anak dengan cara yang berbeza. Perbelanjaan setiap keluarga juga tidak sama. Ketika bertemu dengan keluarga ini, Pa&Ma dapat lihat sendiri bagaimana tabah dan hebatnya pasangan ini menguruskan anak-anak mereka. Semoga keluarga ini terus dikurniakan kebahagiaan dan kembar empat ini akan terus membesar menjadi anak-anak yang sihat.

Sumber: Sha.rissa

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI