
Pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah tidak akan menggunakan kedudukannya sebagai seorang selebriti untuk membantu anaknya yang minat dengan bidang seni.
Sharifah Shahira atau Shiera, 44, berkata, biarlah mereka menempa nama atas usaha mereka sendiri.
“Saya bukan seorang ibu yang suka bawa anak masa sesi penggambaran. Saya tidak akan berbuat begitu jika tiada tawaran yang diterima.
“Pada saya, kalau anak nak jadi pelakon biar dia cari sendiri dan bukan menggunakan nama saya sebagai pelakon.
“Maka, biarlah tunggu mereka besar sedikit dan sudah pandai hendak bekerja dan usaha sendiri.
“Bukan apa, saya tak mahu menyusahkan diri saya juga kerana kanak-kanak ni tak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu. Mana tahu ketika penggambaran tiba-tiba mereka tak nak buat?,” katanya.
Sheira berkahwin dengan Zulkfili Azahari atau Ijoy, 44, dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airell, 14, Airra, 11, Audrra, 9 dan Adeena, 3 tahun.
Seorang anaknya lagi, Allisya, 20, merupakan hasil perkahwinan pertamanya dengan Jatt yang juga vokalis kumpulan Black Dog Bone.
Belum Tunjuk Minat
Bagaimanapun, buat masa ini, anak-anaknya masih belum menunjukkan minat untuk berada di hadapan kamera.
“Sebenarnya mereka masih malu bila di hadapan kamera tapi bila di belakang banyak sahaja cakap. Kalau ada penggambaran untuk iklan pun tidak mahu buat banyak kali,” katanya lagi.
Sumber: Astro Gempak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mudah Sangat Nak Anak Cepat Kenal ABC, Baca & Mengira. Guna Cara Cikgu Ini!

Ramai ibu yang ada anak usia 4,5 dan 6 tahun bertanya macam mana nak buat anak fokus ketika belajar. Apabila tinggikan suara sikit, anak terus merajuk. Lama kelamaan ibu pula yang rasa putus asa nak mengajar.
Ingat ya anak usia ini kita tak perlu nak memaksa untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga menghadkan waktu bermainnya.
Namun kita boleh menggunakan pendekatan yang menghiburkan anak-anak dengan kreatif tanpa anak rasa terkongkong dan mudah jemu untuk belajar.
Jadikan proses pembelajaran untuk anak di usia ini sesuatu yang menyeronokkan dan akhirnya mereka tetap mendapat manfaat untuk diri sendiri.
Perkongsian dari Pengetua Genius Aulad Saujana Utama Puan Ashikin Hashim ini boleh dijadikan garis panduan untuk mengajar anak mengenal ABC di peringkat awal dengan mudah.
Cukupkah dengan hanya kita menunjukkan anak buku ABC supaya dia kenal ABC? Bagi saya ia tidak cukup. Untuk seorang anak yang aktif, ceria, produktif, imaginatif – memaksa dia duduk diam memandang buku tanpa aktiviti yang meransang minda anak adalah sesuatu yang membosankan.
Jom kita jadi ibu bapa yang efektif dan kreatif! Berikut adalah beberapa cara dan aktiviti yang boleh kita lakukan untuk anak mengenal ABC dengan cara yang menyeronokkan.
*perhatian: kenalkan huruf kecil dahulu baru huruf besar.
Menyanyi!– banyak sekali lagu-lagu nursery ryhmes yang boleh kita pelajari dari youtube unruk mengajar anak-anak mengenal ABC.
SEBUT, SEBUT SELALU! – ketika kita pakaikan anak diaper, atau ketika anak sedang main, kita sentiasa sebut supaya anak dengar dan biasa dengan huruf-huruf ini.
FLASH THE CARDS! – Jika rajin buat kad imbas sendiri, jika tidak, banyak sekali kad imbas di pasaran. Dapatkan satu set untuk anak, dan flash kan di depannya 5 minit sehari sahaja. Tapi konsisten.
ALPHABETS CHART – buat atau beli carta huruf dan lekat di dinding rumah. Peruntukan 5 minit sehari untuk anak baca dan tunjuk. Carta perlu ditampal mengikut eye level anak. Jangan terlalu tinggi.
ALPHABETS IS EVERYWHERE! – Buat saru target. Minggu ni nak perkenalkan 2 huruf pada anak contohnya K dan L. Lekatkan kad K dan L di tempat yang selalu anak berada. Contohnya di pintu utama, di sebelah komputer, di tempat dia bermain dan sebagainya. Minta anak sebut bila terjumpa huruf tersebut.
SNAP A PICTURE! – Saya pernah kongsikan aktiviti Wajdi yang menggunakan telefon lama untuk mengambil gambar huruf yang saya lekat di sekeliling rumah. Dia snap dan dia tunjukkan kepada saya dan sebut huruf itu. It’s really FUN!
COLLAGE– Aktiviti kolaj ialah aktiviti mengoyak kertas dan menampal. Lukis sebiji apple misalnya dan lekatkan kertas warna yang dikoyakkan kecil-kecil oleh anak dan tampal. Kemudian ajarkan anak, a is for apple. Sebut a berulang kali. Atau berikan template huruf yang boleh diprintout dari internet dan buat aktiviti kolaj bersama anak. Jangan lupa masukkan falam journal ya!
FINGER PAINT – belajar mengenal huruf dengan cara melukis huruf tersebut dengan jari. Wah..bestnya! Lukis dan sebut. Bukan saja dapat melukis tapi dapat juga kenal warna, campur warna, rasa teksturnya dan macam-macam lagi.
HIDE & SEEK – Jom main nyorok-nyorok. Sorokkan huruf di beberapa bahagian rumah. Contohnya di bawah meja. Minta anak cari huruf tersebut. ‘ Wajdi tolong cari huruf ‘a’.!’ Bagi clue kepada anak. Huruf ‘a’ ada di tempat kita selalu makan!
ALPHABETS SCRAP BOOK – buat aktiviti yang mengumpulkan semua huruf-huruf. Minggu ini belajar ‘a’. Tulis atau warna atau buat aktiviti kolaj. Minggu hadapan ‘b’ pula. Kumpul sehingga ‘z’. Compile dan jadikannya SCRAP BOOK. Engage dengan anak. Buat aktiviti berkaitan ‘a’. Contohnya ‘apple’ – makan apple, potong apple, buat jus apple, pegi market cari apple (maaf saya campur Melayu English – pandai-pandailah nanti anda nak fully english atau Melayu sahaja)
MashaAllah. Banyaknya aktiviti mengenal huruf. Jadikan pembelajaran anak-anak sesuatu yang menarik dan menyeronokkan. Jom jadi ibu bapa yang kreatif!
Ashikin Hashim
Early Childhood Practitioner
Genius Aulad
Saujana Utama
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Mengamuk Baling Barang, Gigit Orang” Doktor Kongsi Cara Nak Handle Anak Umur 2 Tahun

Bila anak masuk umur dua tahun maka mama ayah terpaksalah menghadapi fasa ‘teribble two”. Fasa di mana anak mula sedar dia juga mampu membuat keputusan, membuat pilihan sendiri. Fasa ini menampakkan anak sedang bergelut antara kebergantungan pada ibu bapa dan keinginan mereka untuk berdikari.
Anak yang dulunya baik, mendengar kata kini tidak lagi tapi bukan bermakna anak itu nakal dan tidak beradab. Di sini lah peranan ibu ayah sangat penting dalam mendidik anak dengan beradab. Ikuti perkongsian daripada doktor pedeatrik ini.
“Ada tips tak macam mana nak handle toddler (usia 2 tahun) bila mengamuk baling barang dan gigit orang?”
Pertama sekali, kita fahamkan dulu, anak usia 2 tahun ni masih dalam fasa ARE, iaitu:
i. Autonomous Decision – mereka suka buat keputusan sendiri tanpa hirau kata-kata kita
ii. Reptile Brain – anak kita lebih dikuasai oleh ‘reptile brain’ ataupun ’emotional brain’. Jadi, si kecil mudah meledak dan mengamuk tanpa berfikir panjang
iii. Egocentric – anak kita dilihat pentingkan diri sendiri dan susah berkongsi
Fasa ini akan berterusan antara usia 2-4 tahun. Selepas tu, fasa ni akan berlalu.
Jadi, kitalah (mak ayah) yang kena berlapang dada bila anak dalam fasa ni.
Sementara tu, saya kongsikan satu-sati apa yang perlu dibuat.
Tugas mak ayah ialah:
- Bertenang dan tak marah pada anak
- Ajar anak nama anggota badan sampai dia kenal. Contohnya, tangan.
Ajar berulang kali fungsi tangan anak yang sebenar. Contohnya:
- Tangan untuk pegang bola, untuk makan, untuk pegang cawan
Ajarkan anak batasan perlakuan (boundaries)
- Memukul itu tak dibenarkan
- Tak boleh baling barang
- Ulang semula fungsi tangan “Hand is for you to eat, to drink, to draw.”
- Pantau konten rancangan TV/gajet yang anak lihat.
Ia satu proses yang memakan masa tapi inilah tertib mendidik anak yang sesuai mengikut usia.
Kredit: drredzazainol
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biasakan Baca Buku Sebelum Anak Tidur. Ni Formula Anak Petah Cakap & Otak Bijak

Membaca buku pada anak sebelum tidur sangat bagus terutama dalam merangsang otaknya. Tak perlu tunggu anak masuk tadika untuk buat rutin ini. Seawal setahun pun dah boleh mulakan walaupun anak masih belum memahaminya.
Bukan sahaja baik untuk perkembangan otak anak, tapi ia juga salah satu cara untuk buat anak mudah tidur.
Kena ingat amalan membaca ini boleh memberi satu kesan positif dalam diri anak dan boleh menjadikannya seorang yang cintakan buku.
Perkongsian dari seorang ayah, Najmi Nawawi mengenai caranya yang suka baca buku pada anaknya boleh diikuti oleh semua ibu bapa lain.Kenapa baca buku sebelum anak tidur bagus dijadikan amalan.
- Bantu kembangkan daya imaginasi
Membaca dan bercerita kepada anak pastinya membantu untuk perkembangan imaginasi sihat. Kita akan membantu anak untuk berfikir dan berimaginasi dengan baik. Bantu anak berfikir jalan solusi kepada masalah yang dihadapi dan ini sebenarnya turut membuatkan kehidupannya akan lebih berwarna-warni.
- Cipta saat-saat indah
Ianya ialah memori yang tenang dan pasti tidak akan dapat dilupakan. Menjadi ibu bapa pastinya kita mahu anak kita ingat bahawa kita sudah curahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Saat-saat seperti inilah akan memautkan hati anak kepada kita.
- Kebolehan berbahasa akan lebih mantap
Apabila kita membaca untuk mereka, kita sebenarnya sedang menanam benih-benih perkataan dan membantu untuk mereka lebih mudah untuk ingat. Lagi banyak ulang lagi bagus.
- Merangsang otak anak
Dalam penceritaan penuh perasaan yang kita sampaikan. Pastinya akan terbit pelbagai persoalan dalam fikiran anak-anak. Lagi banyak kita membaca, lagi banyak soalan yang mereka ada. Maka lagi banyak jawapan yang akan mereka tahu dan ini buat otak mereka berkembang dengan baik.
- Pandai dalam akademik
Pastinya teknik ini secara tidak langsung akan membentuk anak untuk jadi sangat pandai dan bijak. Mereka cinta dan suka untuk membaca. Maka ketahuilah membaca ialah jambatan kepada ilmu.
Sumber: Najmi Nawawi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI