Pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah tidak akan menggunakan kedudukannya sebagai seorang selebriti untuk membantu anaknya yang minat dengan bidang seni.

Sharifah Shahira atau Shiera, 44, berkata, biarlah mereka menempa nama atas usaha mereka sendiri.

Shiera Tak Paksa Anak Pilih Bidang Seni Untuk Jadi Glamour. Kalau Betul Minat Usaha Sendiri“Saya bukan seorang ibu yang suka bawa anak masa sesi penggambaran. Saya tidak akan berbuat begitu jika tiada tawaran yang diterima.

“Pada saya, kalau anak nak jadi pelakon biar dia cari sendiri dan bukan menggunakan nama saya sebagai pelakon.

“Maka, biarlah tunggu mereka besar sedikit dan sudah pandai hendak bekerja dan usaha sendiri.

IKLAN

Shiera Tak Paksa Anak Pilih Bidang Seni Untuk Jadi Glamour. Kalau Betul Minat Usaha Sendiri“Bukan apa, saya tak mahu menyusahkan diri saya juga kerana kanak-kanak ni tak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu. Mana tahu ketika penggambaran tiba-tiba mereka tak nak buat?,” katanya.

Sheira berkahwin dengan Zulkfili Azahari atau Ijoy, 44, dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airell, 14, Airra, 11, Audrra, 9 dan Adeena, 3 tahun.

Seorang anaknya lagi, Allisya, 20, merupakan hasil perkahwinan pertamanya dengan Jatt yang juga vokalis kumpulan Black Dog Bone.

IKLAN

Shiera Tak Paksa Anak Pilih Bidang Seni Untuk Jadi Glamour. Kalau Betul Minat Usaha Sendiri

Belum Tunjuk Minat

IKLAN

Bagaimanapun, buat masa ini, anak-anaknya masih belum menunjukkan minat untuk berada di hadapan kamera.

“Sebenarnya mereka masih malu bila di hadapan kamera tapi bila di belakang banyak sahaja cakap. Kalau ada penggambaran untuk iklan pun tidak mahu buat banyak kali,” katanya lagi.

Shiera Tak Paksa Anak Pilih Bidang Seni Untuk Jadi Glamour. Kalau Betul Minat Usaha SendiriSumber: Astro Gempak

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI