Shila Amzah ‘tayang’ wajah anak kedua, Rhea Akira banyak ikut muka Ubai tapi dagu ‘milik’ mamanya. Shila Amzah selamat bersalin anak perempuannya pada 9 Mei 2024. Hari ini genap sebulan Shila melahirkan anak keduanya itu.
Shila Amzah ‘Tayang’ Wajah Anak Kedua
Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Shila mendedahkan wajah anak keduanya buat pertama kali. Perkongsian itu menarik perhatian warga maya. Ramai yang geram dengan pipi gebu dan dagu yang memang ‘sebiji’ seperti mamanya.
Assalamualaikum aunty and uncle
Hari ni genap @rheaakiraa Sebulan,
Doakan Rhea jadi anak yang solehah ya
Nota kaki:
Gambar tutup mata gambar latest nak 4kg dah,
Gambar sebelah tu baru lahir 2.84 Kg.
Muka banyak ikut papa dia @ubaimz , Tapi dagu tetap milik mama, – tulis Shila diruangan kapsyen.
Selain mendapat perhatian daripada warga maya, perkongsian Shila juga turut mencuri perhatian rakan artis. Berikut antara komen rakan artis dan juga warga maya:
Dalam satu hantaran yang lain, Shila turut berkongsi keterujaannya sudah sebulan menjalani tempoh berpantang.
Sumber: Instagram Shila Amzah
Baca artikel lain juga: Talasemia Macam Saya Shila Amzah Cemas Anak Hampir Pengsan Lepas Main Panas Luar Rumah!
Assalamualaikum Rhea Shila Amzah Selamat Bersalin, Timang Bayi Perempuan!
Hitung Hari Bersalin, Shila Amzah Usaha Nak Bersalin Normal Doakan Tau
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tambat Hati Pasangan & Anak, Tiap Kali Masak Selawat Dan Baca Surah al-Imran Ayat: 200
Anak kalau masakan ibu, bagilah satu jenis lauk pun semua sedap. Tak perlu nak masak beriya. Orang kata air tangan ibu tu beri satu kesedapan yang boleh buat anak teringat-ingat untuk makan.
Sebab tu walaupun makan sedap di kedai pun, ia tak akan sama dengan air tangan ibu. Itu belum lagi masak yang sedap-sedap. Rasanya lagi berselera. Kadang tu ramai yang bertanya apa rahsianya air tangan ibu. Persoalan ini sukar dijawab tetapi hakikatnya ada sesuatu yang istimewa sebenarnya.
Kebanyakannya tak perasan semasa memasak itu ada beberapa perkara yang boleh dilakukan sebelum mengenyangkan perut suami dan anak.
Bagi yang dah biasa amalkan teruskanlah untuk kebaikan ahli keluarga namun bagi yang belum mengetahuinya anda patut mulakan dari sekarang.
Berikut perkongsian dari Dr Amalina Mohd Daud mengenai apa rahsia yang boleh dilakukan ketika memasak.
Untung mak-mak yang sempat siapkan makanan anak setiap hari. Banyak portion ajaib boleh masukkan dalam masakan. Ni lah yang mak saya amalkan..
1. Setiap kali mula masak mulakan dengan bismillah. Nak masukkan bahan dalam periuk atau kuali mesti dengan bismillah.
2. Tiap kali mengacau makanan dalam kuali atau periuk kacaulah berlawanan arah jam dari kanan ke kiri. Ini sunnah!
3. Sepanjang proses memasak, banyakkan istighfar dan selawat – inilah rahsia penyedap masakan tanpa ajinomoto.
4. Untuk melembutkan hati suami dan anak-anak sentiasa lah baca ayat dari surah al-Imran : 200 yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.
Cubalah amalkan tip simple macam ni setiap kali sediakan masakan untuk seisi keluarga. Mana tahu anak-anak dan suami lebih lembut dan terang hati.
#SHARE kan ya!
#toddiblebabytips
Sumber: Dr Amalina Mohd Daud
Untung siapa rajin masak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ahli Keluarga Ramai, Bil Elektrik Makin Melambung Tinggi, Ini Tip Jimat Tenaga Elektrik Untuk Mak-Mak!
Bila sudah berkeluarga dan punya anak-anak, bil-bil kegunaan isi rumah sememangnya bertambah. Namun bil elektrik yang tinggi sememangnya boleh dikawal dan ini membantu mengurangkan sedikit jumlah perbelanjaan anda sekeluarga.
Apa cara nak kurangkan bil elektrik? Tak perlu pening kepala, cuba jimatkan sebaik mungkin penggunaan elektrik di rumah dan ini tip yang dikongsikan oleh Tenaga Nasional (TNB) untuk mengelakkan pembaziran tenaga.
Berikut tip bagi mengelak pembaziran tenaga:
1. Matikan suis dan tanggal plug peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
– Televisyen, kotak dekoder (set-top boxes) dan modem yang tidak dimatikan boleh meningkatkan penggunaan elektrik dalam jangka masa yang panjang.
2. Ketika menggunakan pendingin hawa.
– Tutup semua pintu, tingkap dan laluan udara supaya udara sejuk tidak keluar dari bilik.
– Gunakan kipas untuk membantu menyejukkan bilik supaya termostat alat pendingin hawa boleh dilaraskan lebih tinggi (antara 24’-26’C) bagi penggunaan elektrik yang cekap.
– Tetapkan pemasa untuk mematikan alat pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga.
– Bersihkan penapis bagi optimumkan proses penyejukan. Habuk pada penapis mengurangkan peredaran udara dan menjejaskan kecekapan alat pendingin hawa.
3. Matikan komputer selepas guna dan berhenti mengecas apabila bateri penuh.
– Pastikan suis dimatikan selepas penggunaan pembesar suara, mesin pencetak dan pengimbas.
4. Manfaatkan cahaya semula jadi.
– Bagi mengurangkan kos penggunaan lampu.
5. Elak guna air panas semasa mencuci pakaian dengan muatan penuh.
– Lebih banyak tenaga dan masa diperlukan untuk memanaskan air.
6. Jangan kerap membuka dan menutup pintu ketuhar.
– Perbuatan itu akan meningkatkan penggunaan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu ketuhar.
7. Kurangkan masa mandi menggunakan air panas.
– Ini kerana alat pemanas air guna banyak tenaga untuk memanaskan air secara berterusan.
Cara efisyen gosok dan basuh baju anak
Dan ini pula tip untuk mak-mak yang dikongsikan oleh Fauziah Jamil untuk mengurangkan tenaga elektrik di rumah. Salah satunya adalah cara kita basuh baju anak dan susun peti ais. Kena pandai.
Bila bil elektrik tinggi, memang menitik air mata nak bayar. Apa pun ianya memang keperluan. Nak tak nak kena guna juga, kena bayar juga.
Ok kawan-kawan. Jom saya kongsikan tips jimat elektrik.
Tips Jimat Elektrik
1. Matikan suis dan tanggalkan semua plug peralatan elektrik bila dah tidak digunakan.
i. Televisyen, kotak dekoder dan modem.
ii. Matikan komputer selepas digunakan.
iii. Berhenti mengecas bateri apabila telah penuh.
iv. Off speaker, printer, mesin pencetak.
v. Jangan biarkan PC, laptop atau monitor LCD berada dalam keadaan standby jika tidak digunakan.
2. Pilih peralatan elektrik yang mempunyai 5 rating (star) serta logo merah.
3. Kekerapan membuka tutup pintu ketuhar akan meningkatkan penggunaan elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu ketuhar.
4. Pendingin udara.
i. Pastikan filter sentiasa dicuci supaya ia boleh beroperasi secara efisyen.
ii. Semasa pendingin udara dihidupkan, tutup semua pintu dan tingkap.
iii. Set suhu penghawa dingin yang paling efisyen adalah antara 23-25 darjah celcius untuk kesejukan optimun.
iv. Gunakan kipas untuk membantu menyejukkan bilik.
v. Tetapkan masa untuk mematikan alat pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga.
Aircond 5 star (Jimat electric)
Mitubishi, Panasonic
5. Pilih lampu mentol yang menggunakan tenaga yang sikit untuk penjimatan yang lebih seperti LED.
6. Gosok baju dalam kuantiti yang banyak seminggu sekali.
7. Maksimumkan air dalam cerek elektrik ketika masak. Lebih jimat sebenarnya.
8. Boleh gunakan timer untuk peralatan yang diperlukan pada masa yang tertentu sahaja. Seperti lampu luar rumah.
9. Gunakan lampu fluorescent T5 sebagai langkah penjimatan.
10. Pastikan jarak peti sejuk dengan dinding sejauh 10cm untuk peredaran yang lebih efisyen.
11. Cara susun barang di dalam peti sejuk juga menjadi faktor utama untuk menjimatkan elektrik. Pastikan barangan anda tersusun kemas dan rapi.
12. Gunakan ruang mesin basuh semaksima mungkin. Jika boleh masuk lagi banyak baju, lagi bagus.
Mesin basuh 5 star inverter (jimat elektrik)
13. Gunakan mod ‘Cold Wash’ semasa mencuci pakaian menggunakan mesin basuh untuk mengelakkan penggunaan tenaga yang banyak untuk memanaskan air.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menjimatkan bil elektrik setiap bulan.
Menarik: Akhirnya Mama Hang Lega, Misi Cerai Susu Berjaya, MUA Bellaz Ada Cara Sendiri/
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Tenaga Nasional Berhad (TNB) & Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
1 Minit Kita Bersamaan Dengan 1 Jam Anak. Beri Perhatian Pada Anak Selama 5-10 Minit Sehari
Ramai yang beranggapan bahawa dengan berhenti kerja seseorang itu menjadi ibu yang lebih baik. “Saya sanggup berhenti kerja asalkan anak saya depan mata saya” itulah antara ayat-ayat yang kita sentiasa baca ataupun dengar disaat sesuatu isu berkenaan anak menjadi trending.
Menurut pandangan Puan Adlil Rajiah(peulis keibubapaan) untuk menjadi seorang ibu yang baik bukan berkorban apa sahaja tapi akhirnya emosi anak itu dibiarkan kosong. Anak-anak tetap menanti si ibu melayannya. Si anak tetap mencari ruang untuk menagih kasih sayang ibu.
These are 13 points yang saya sempat share bersama ibu bapa dan para pendidik NimbleBee Islamic Entrepreneurial Preschool di Kompleks Taman Seni Islam Antarabangsa Selangor, Mac lalu. Semoga bermanfaat ye.
1. Ramai yg salah faham, utk jadi ibu yang baik, bukan kena berhenti belajar, berhenti kerja, berhenti kejar cita-cita, atau wajib jadi surirumah sepenuh masa. Bagi saya, ibu yang baik adalah ibu yg sedaya upaya beri perhatian dan bina connection dengan anak– dalam apa pun keadaan atau kerjaya.
2. Kita stress dengan macam-macam masalah anak sebab kita always EXPECT AN EASY CHILD. Padahal an easy child takkan jadikan kita manusia yg lebih baik. Setiap perkara yang buat kita rasa nak pecah kepala tu lah sebenarnya ruang dan peluang untuk develop sabar dan tenang dalam diri.(Read more: https://bit.ly/2whf9Xo)
3. Bila kita sebut “screen exposure”, ia merangkumi semua peranti elektronik yang mempunyai skrin: Phone, Tablet, Laptop, TV, Desktop, Wayang, Game Console, etc. Semua ni perlu ada had pendedahan. Satu fakta yang kita tak boleh deny ialah, semua jenis skrin adalah bersifat addictive atau memberi kesan ketagihan. Pendedahan yang sikit-sikit, tapi berterusan, pun boleh beri kesan ketagihan dalam jangka masa panjang. It’s important untuk kita sentiasa KAWAL pendedahan skrin terhadap diri dan keluarga— terutama skrin yang mobile mcm phone / tablet. Sebab ia senang dibawa kemana-mana, senang diguna, dan LAGI SUSAH NAK KAWAL.
4. Membiarkan anak 4 tahun ke bawah, layan phone atau TV bersendirian tanpa had adalah ibarat beri anak drive kereta sendiri. Macam mana anak boleh terbunuh secara fizikal kalau kita bagi dia drive kereta sendiri, macam tu lah dia boleh terbunuh secara mental kalau dibiarkan melayani skrin bersendirian tanpa had.
5. Anak kita bukan siapa kita. So STOP paksa anak capai impian-impian lampau kita yg kita gagal capai di masa lalu. Belajar untuk raikan anak sebagai individu berbeza— yang mempunyai potensi dan impian berbeza daripada kita.
6. Kenapa anak below 6yo, perlu dihadkan skrin? Sebab at this developmental stage, they need to move a lot, to talk a lot, to experience big emotions a lot, to socialize a lot. Takde skrin yg boleh bagi semua ni. They need REAL INTERACTION WITH REAL PEOPLE. That’s why dalam apa pun keadaan– jadikan gajet sebagai last option.
7. 1 minit kita bersamaan dengan 1 jam anak. Beri perhatian kepada anak selama 5-10 minutes sehari pun dah memadai. Tapi beri perhatian yg macam mana tu? Bukan layan anak sambil2 tengok TV, sambil2 tengok phone, sambil2 lipat baju— NO! Layan anak dengan eye contact, skin contact, facial expressions, verbal interactions.
8. Semua ibu bapa akan rasa anak dia lah yg paling bijak, paling sempurna, sampailah dia nampak ada anak orang lain yang lagi bijak dari anak dia. Itu fitrah. Bila tengok anak orang lain lagi power, kita akan mula rasa insecure dan mula lupa pada potensi anak sendiri yg kita pernah nampak sebelum ni.
Ada 3 sebab kenapa kita rasa insecure:
🔴 Kurang build connection dengan anak,
🔴 Lebih banyak observe anak orang lain berbanding anak sendiri,
🔴 Kurang ilmu tentang Multiple Intelligence
Semua ni menyebabkan ibu bapa kurang kenal anak sendiri, dan mudah rasa insecure dengan kelebihan anak orang lain.
9. Tak salah untuk expect anak cepat pandai baca, dan tak salah untuk galakkan anak explore pelbagai kemahiran dalam 6 tahun pertama, contohnya: kemahiran membaca, mengira, melukis, mewarna, etc. Tapi salah, bila kita tak nak ikut rentak dan tahap perkembangan anak. Kita tak sabar, nak cepat, nak berlumba-lumba, taknak ikut proses yang betul dan expect semuanya smooth-sailing tanpa cabaran.
10. Sebagai ibu bapa, kita tak nak anak kita sekadar nombor 1 dalam akademik. Tapi kita jugak nak anak yg jadi orang pertama hulurkan pertolongan kepada kawan2, orang pertama cakap terima kasih, orang pertama minta maaf bila buat salah, orang pertama pujuk kawan yg sedang sedih, orang pertama tolong guru2, orang pertama kongsi makanan dengan orang lain.
Kita nak anak yg sentiasa jadi orang pertama yg nak beri manfaat pada orang lain — orang yg bukan nak terbang sorang2, tapi nak terbang sama2 dengan orang sekelilingnya.
11. Kita selalu expect anak kita jadi anak yang membanggakan ibu bapa. Tapi kita selalu lupa jadi ibu bapa yang membanggakan anak-anak. Kita selalu expect anak hargai kita, tapi kita selalu lupa hargai mereka. Kita selalu expect anak tepati janji, ikut kemahuan kita. Tapi kita selalu lupa untuk tepati janji dan dengar kemahuan mereka
12. 6 tahun pertama, perkembangan emosi paling mustahak. Anak yang bijak kuasai emosi, mempunyai minda dan fizikal yang kuat. Sebab emosi lah yg mempengaruhi fikiran dan perbuatan manusia setiap hari.
13. Rasulullah saw sabda, sebaik2 antara kamu adalah yg paling terbaik terhadap keluarganya. I’ve seen a lot of kids yang cakap lemah lembut dengan orang luar, tapi kasar dengan ibu bapa sendiri. Kenapa macam tu? Sebab culture dalam family dia macam tu. Ibu bapa kat rumah pun cakap kasar, macam mana nak expect anak berlemah lembut? Role modelling is key. Kita dulu kena jadi orang yang kita nak anak jadi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI