Isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengesahkan dirinya mengalami keguguran ketika usia kandungannya 14 minggu.
Menerusi video dikongsikan di Hlive, Shuhada berkata punca keguguran mungkin disebabkan tekanan yang dihadapinya.
“Shu nak khabarkan satu berita sedih, Shu mengalami keguguran baru-baru ini atas sebab satu, Allah dah takdirkan Shu tak dapat teruskan kandungan ini.
“Kedua Shu memang tak dapat nak kawal stres, Shu dah tak makan Shu punya ubat antri depresi. Jadi salah satu sebab juga la kenapa Shu tak dapat teruskan kandungan Shu.
“Shu alami keguguran ketika usia kandungan 14 minggu. Shu minta doa yang baik-baik untuk Shu dan anak-anak,” katanya.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia terpaksa mendedahkan berita ini agar tiada salah faham yang berlaku.
“Tujuan Shu beritahu berita sedih ini sebab tak nak perkara sama berulang. Sebab saya baru saja dapat berita dituduh sengaja melakukan keguguran secara haram.
“Jadi untuk elakkan lagi fitnah, pendapat daripada ahli keluarga dan peguam, Shu sepakat untuk keluarkan khabar berita yang sedih ini,” katanya.
Pada April lalu, Shuhada mendedahkan dia sedang hamil anak ketiga dan usia kandungannya sudah mencecah 10 minggu. Shuhada tindakannya berkongsikan mengenai berita kehamilan itu untuk mengelakkan fitnah.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!