Anak kedua usahawan dan pelawak Shuib, Dzahira Talita Zahra yang tular selepas melakukan persembahan di Bukit Bintang baru-baru ini kini melangkah setapak lagi apabila berpeluang untuk menjayakan Konsert By Ajai & Mega Friend di Singapura pada 10 Mei nanti.
Menerusi sebuah posting di Instagram, Shuib berjaya merakam momen kegembiraan di wajah Talita apabila diberi tawaran tersebut. Lebih teruja, kejutan itu dilakukan oleh Ajai sendiri.
“Dari show paling murah ke show paling mahal. Tahniah Talita. Daddy bangga.
“Terima kasih abang Ajai. Kita sama-sama doakan Talita okey,” kongsinya.
Ads
Terdahulu, Talita telah menarik perhatian ramai semasa melakukan sebuah persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan mendendangkan lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raisudin yang berjudul Kesetiaan.
Thalita menyanyikan lagu Kesetiaan sebanyak dua kali dan pada nyanyian kedua, emosinya sedikit tersentuh sehingga menitiskan air mata.
Ads
Selain lagu Kesetiaan, dia juga menyanyikan lagu Kekasih Bayangan sewaktu busking bersama stesen radio Era FM.
Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Intan Ladyana sebak, anak sulung masuk sekolah,”Anak Mommy dah ready, Mommy yang tak ready.” Ramai ibu-ibu bila mana anak sulung mula sekolah, selalunya akan mengalirkan air mata.
Intan Ladyana Sebak, Anak Sulung Masuk Sekolah
Ini tidak terkecuali dengan pelakon dan pengacara Intan Ladyana. Ketika menghantar anak sulungnya, Evie Khadeeja yang kini berusia tiga tahun menghadiri hari pertama sesi persekolahan tadika, Intan tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir laju.
“Anak Mommy Dah Ready, Mommy Yang Tak Ready”
Melalui entri di laman Instagram Story, Intan berkongsi momen anak pertamanya itu sudah bersedia untuk ke sekolah.
“Anak mommy dah ready, cuma mommy dia yang tak ready,” kongsi Intan.
Kelihatan Evie comel dengan pakaian seragam sekolahnya. Paling mencuri perhatian warga maya ialah situasi di mana Intan sebak dan menitiskan air mata ketika menghantar Evie ke sekolah.
Tidak hanya Intan, Haris juga turut berkongsi momen anak sulungnya memasuki alam persekolahan.
“Drama di pagi hari. First day Evie pergi school. Dia smile tapi mommy dia pula tak smile,” tulis Haris di ruangan kapsyen.
Untuk info, Intan mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Harris Alif pada 5 Februari 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja dan Harris Umayr yang kini berusia lapan bulan.
Kita rasa memilih untuk mengenakan anak dengan selipar lebih mudah untuk anak bergerak. Malah mudah untuk sebarang urusan ke tandas. Namun penggunaan selipar ini ada bahayanya. Lebih-lebih lagi jenis getah.
Jika selama ini kita hanya mendengar akan bahayanya, hal itu yang dilalui oleh seorang ibu, Faridahwati Viedaluthfiyah yang melalui pengalaman mencemaskan itu bila mana selipar anaknya turut tersepit di eskalator.
Namun beruntungnya hal itu disedari lebih awal olehnya dan bertindak pantas dalam situasi cemas itu.
Yang mana semalam komen tanya kenapa kak. Ni untuk semua parents la sis nak share benda tak dijangka. Lihat depan mata, sebab selama ni tengok orang update je.
Semalam keluar nak ke kedai gambar tak perasan cik qaseh pakai selipar ni. Ni selipar kat rumah je.
Selalu kalau keluar mesti pakai kasut nak dijadikn ASBAB dia terpakai selipar ni. Dah sampai mall dia keluar baru pasan dia pakai selipar ni.
Terus tanya kenapa pakai selipar dia cakap tak sengaja terpakai. Oklah kami pun naik escalator. Dah naik tu tiba-tiba dah sampai atas sikit, selipar macam kena sedut tu.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tular gambar fotogenik bersama kerbau kesayangan, Syukor, ‘Mowgli Malaysia’ kembali tarik perhatian. Suatu ketika dahulu, pernah tular gambar ikonik seorang kanak-kanak bersama kerbau ternakannya. Gambar tersebut bukan sahaja mencuri tumpuan ramai, malah mencipta fenomena yang luar biasa.
Syukor, ‘Mowgli Malaysia’ Pernah Tular Gambar Fotogenik Bersama Kerbau Kesayangan
Keunikan hubungan erat antara kanak-kanak dan haiwan peliharaannya berjaya menarik perhatian dunia dan diiktiraf dalam pelbagai pertandingan fotografi peringkat antarabangsa.
Gambar itu mula terkenal selepas dipilih untuk dipamerkan di Austrian Cultural Forum, Itali, sebagai sebahagian daripada himpunan gambar terbaik Alfred Fried Photography Award 2018.
Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan, bukan sahaja kepada jurugambar yang mengambil gambar tersebut, tetapi juga kepada kanak-kanak yang menjadi subjek utama dalam karya tersebut.
Tidak terhenti di situ, gambar tersebut turut memenangi Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Awards dalam kategori Wajah dan Karektor Menarik. Anugerah ini mengiktiraf kekuatan emosi dan ekspresi wajah yang ditampilkan dalam gambar, memperlihatkan keistimewaan hubungan antara manusia dan haiwan.
Selain itu, kejayaan gambar ini diteruskan apabila ia dinobatkan sebagai pemenang Asian Geographic: Imej Asia 2018 bagi kategori Manusia atau Jalanan (Street or People). Pencapaian ini mengukuhkan lagi status gambar tersebut sebagai karya yang tidak hanya indah dari segi visual, tetapi juga membawa makna mendalam tentang kehidupan dan keakraban manusia dengan alam sekitar.
Difahamkan, kanak-kanak yang berusia 14 tahun dalam gambar tersebut ialah Mohd Syukor Khamis, yang terkenal dengan hubungan erat bersama kerbau-kerbau ternakannya. Syukor, dengan wajahnya yang tenang dan penuh kasih sayang, telah berjaya menawan hati jutaan orang melalui gambar tersebut.
Hubungan uniknya dengan kerbau telah menjadi simbolik kepada keakraban manusia dengan haiwan, memperlihatkan nilai-nilai kasih sayang, kepercayaan, dan penjagaan.
Kejayaan gambar ini bukan sahaja mengangkat nama Syukor, tetapi juga membuka mata dunia kepada keindahan dan kekuatan hubungan antara manusia dan haiwan. Ia adalah peringatan tentang pentingnya memelihara dan menghargai alam sekitar, serta bagaimana hubungan ini boleh mencipta kenangan indah yang dirakam dalam gambar.
Gambar ikonik Mohd Syukor bersama kerbaunya akan terus dikenang sebagai lambang kasih sayang, keakraban, dan kejayaan yang mampu melangkaui sempadan budaya dan geografi.
Ia merupakan inspirasi kepada generasi muda dan masyarakat, bahawa kasih sayang kepada haiwan dan alam semulajadi mempunyai keindahan dan makna yang tidak ternilai harganya.
Kembali Tarik Perhatian
Baru-baru ini, Syukor kembali menjadi perhatian apabila GIATMARA Malaysia menerusi laman Facebook berkongsi gambar terkini ‘Mowgli Malaysia’ itu sebagai salah seorang pelajar di institut tersebut.
“Macam kenal? Mungkinkah dia? Raut wajah ini seperti insan dikenali yang pernah tular satu masa dahulu.
“Kini beliau telah berjaya menamatkan Kursus Teknologi Motosikal selama 6 bulan di GIATMARA Hulu Terengganu.
“Beliau telah beraksi di Ekspo TVET@KKDW dalam pertandingan servis motosikal yang diadakan di Melaka tempoh hari.
“Dengan jolokan ‘Mowgli Malaysia’ sebelum ini, beliau kelihatan selesa bersama peliharaannya yang kelihatan begitu akrab dan bersahaja.
“Ya benar! Beliau adalah Syukor Khamis- ‘The Kampung Boy’ yang pernah tular bersama kerbau kesayangan sejak beliau masih kecil lagi,” tulis hantaran di laman Facebook.
Tambah GIATMARA, Syukor memilih bidang kemahiran motosikal kerana ingin meneruskan legasi keluarga yang memiliki bengkel motosikal sendiri.
Berikut hantaran di TikTok GiatMara:
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai warga maya yang kagum dengan perkembangan terkini Syukor.
Ramai yang tidak menyangka kanak-kanak yang pernah membintangi telemovie “Budok Kuba” itu kini telah dewasa.
Berikut antara komen-komen warga maya di laman Facebook GiatMara:
“Hebat anak bangsa. Beginilah yang selalu kita harapkan pada anak bangsa. Tak pandai akademik tak mengapa tapi bijak dalam bidang yang lain. Jauhi dadah.. Tahniah MARA. Terus terang. MARA Memang terbaik dan banyak membantu anak bangsa.”
“Selamat Maju Jaya the Kampung Boy.”
“Wahhhhh! Dah remaja Syukor.”
“Syukur Khamis the kampung boy.”
“Alhamdulillah, selamat maju jaya.”
Sumber: Facebook GIATMARA Malaysia TikTok GIATMARA dan Facebook Syukor Khamis – Kampong Boy
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.