Kadang-kadang, disebabkan kita “nak cepat”lah membuatkan perkembangan anak jadi semakin lambat.
Masa anak makan, kita suapkan tiap masa sebab “nak cepat” dan tak nak sepah. Sampai ke sudah anak tak belajar makan sendiri.
Waktu mandi, kita “nak cepat” dan tak nak tunggu anak main. Sampai ke sudah anak tak belajar mandi dan uruskan diri dalam tandas.
Pakai baju, seluar & kasut. Kita “nak cepat” siap, anak nak belajar pakai. Kita kata “lambatlah”, sampai ke sudah kita kena pakaikan.
Bila anak umur 4 tahun, tapi tak pandai makan, pakai baju & mandi sendiri. Kita tanya anak “kenapa tak pandai buat sendiri?”.
Inilah situasi yang selalu berlaku.
Waktu terbaik untuk ajar anak uruskan diri sendiri adalah sebelum anak umur 1 tahun 6 bulan mengikut umur dan skil sepatutnya.
PENTING! Untuk ajar anak urus diri sebelum anak masuk umur 4 tahun sebab anak akan hilang minat dan selesa orang buatkan.
Sumber: Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist at BEYOND Home Therapy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Antara Faktor Anak Jalan Lambat Yang Ibu Bapa Tak Tahu, Doktor Jelaskan Puncanya
Umur sudah mencecah 18 bulan, tapi si kecil masih belum berjalan. Apakah dia sudah terlewat? Ibu bapa mana yang tidak risau jika berhadapan dengan situasi anak berjalan lambat, sudah pasti ia membangkitkan rasa bimbang dalam sanubari mereka. Sebelum itu kita perlu kenalpasti tanda-tanda anak lambat berjalan sebelum mengetahui dengan lebih lanjut faktornya.
@drharith888Tanda anak lambat berjalan part 1. Follow part 2 untuk punca jalan lambat. Follow DRH. 1 hari ramadhan 1 penyakit/masalah. Ada 3 part. Malam ni ada live pukul 10.30 malam speech delay dan autism♬ suara asli – jutekkubandung🇮🇩
Melalui perkongsian dari Doktor Harith, tanda-tanda anak lambat berjalan adalah seperti berikut:
- Tidak boleh duduk pada usia 12 bulan.
- Anak tidak boleh berdiri sendiri pada usia 14 bulan.
- Anak tidak boleh berjalan pada usia 18 bulan.
Sekiranya seseorang bayi didapati lambat berjalan salah satu daripada faktor-faktor berikut mungkin boleh berperanan:
1. FAKTOR KELUARGA ATAU KETURUNAN
Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak tersebut sendiri mengalami masalah lewat berjalan semasa mereka kecil, anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama disebabkan faktor keturunan.
Walau bagaimanapun sekiranya ibu atau bapa mampu berjalan semasa berumur 2 tahun serta tiada masalah perubatan yang lain, kemungkinan besar tiada apa yang perlu dirisaukan tentang anak mereka.
2. KELAHIRAN PRA MATANG
Secara umumnya, bayi yang dilahirkan pra matang atau ‘premature’ akan mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan.
Jadi kelewatan sekitar 2-3 bulan mungkin tidak menjadi masalah, bergantung kepada tahap bayi tidak matang tersebut semasa lahir.
3. CEREBRAL PALSY
a) Kanak-kanak yang menghadapi masalah cerebral palsy biasanya boleh dikesan di peringkat awal, terutama sekiranya mereka mempunyai risiko-risiko berkaitan seperti lemas semasa kelahiran atau kelahiran kurang matang.
Walau bagaimanapun ada kanak-kanak cerebral palsy hanya dikesan apabila mereka diperiksa oleh doktor kerana lewat berjalan.
b) Kanak-kanak cerebral palsy umumnya mengalami kekejangan otot serta kesukaran menggerakkan anggota badan dengan baik.
Contohnya, mereka sukar duduk bersila tetapi memilih untuk duduk dengan kaki dilipat ke belakang (posisi ‘W’), atau mereka tidak merangkak secara normal tetapi lebih kepada mengheret kaki.
4. LEWAT PERKEMBANGAN SECARA UMUM
a) Ini bermaksud masalah lewat berjalan kanak-kanak tersebut adalah sebahagian daripada lewat perkembangan dalam aspek lain seperti bercakap, komunikasi, sosial, kemahiran tangan dan kognitif (berfikir).
b) Terdapat banyak punca-punca lewat perkembangan global. Antaranya ialah masalah sindrom seperti Down Syndrome, kecederaan otak disebabkan lemas atau jangkitan kuman, atau pelbagai penyakit kronik yang lain.
5. MASALAH OTOT
a) Ini termasuk penyakit-penyakit yang dikenali sebagai muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy. Penyakit-penyakit ini menyebabkan banyak otot-otot badan menjadi lemah.
b) Tanda-tanda awal mungkin boleh dikesan semasa peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Antaranya ialah bayi terasa lembik semasa digerakkan, kawalan kepala yang lemah dan kurang kekuatan pergerakan kaki dan tangan.
Oleh itu mereka biasanya lewat berjalan, bahkan ada yang langsung tidak mampu berjalan atau berdiri.
Namun begitu, seeloknya kita rujuk pada pakar untuk melakukan pemeriksaan secara lebih lanjut.
Sumber: Dr Harith
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Halang Kalau Anak Tolong Buat Kerja Rumah. Besar Nanti Rajin & Lebih Berjaya!
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika mahu anak-anak membesar menjadi individu yang rajin dan boleh diharap untuk membantu kerja-kerja rumah, latihlah mereka sejak kecil untuk melakukannya. Tidak perlu sempurna, tapi jika selalu dibuat lama-kelamaan akan mahir juga.
Ada sesetengah ibu ayah yang tidak mahu anak membantu kerana kita merasa anak-anak akan ‘menambah kerja’ dari mengurangkannya. Sudah tentu anak-anak akan melakukan kesilapan ketika membantu kita, tapi jangan dihalang. Terus galakkan mereka dan percaya pada kemampuan mereka.
Dr Taufiq Razif ada menjelaskan tentang hal ini.
Tolong JANGAN HALANG Kalau Anak Nak Tolong!
Baru ni geram juga tengok anak saya yang umur 2 tahun tu basahkan lantai dengan susu. Lebih geram lagi bila dia ambil baju saya dan letak dekat tumpahan susu tu dengan muka yang tak bersalah langsung! Geram je rasa tapi tahan je.
Saya tak boleh halang! Sebab saya kena baca niat di sebalik perbuatan pelik anak saya ni. Bila saya perhatikan balik dari jauh rupanya dia gunakan baju saya tu untuk serap air susu tu sebenarnya. Ye, dia sedang cuba keringkan lantai dengan keringkan tumpahan susu tu!
Mungkin dia pernah nampak saya ataupun umminya buat benda ni kot. Mujur saya tak larang dia buat ‘ benda pelik ‘ tu tadi. Kalau saya jerit atau jerkah, boleh jadi ‘intention’ ataupun niat suci dia untuk tolong saya tu akan terbantut dan hilang buat selama lamanya!
Padahal mengikut kajian daripada Harvard anak yang buat ‘chores’ ataupun bantu kerja di rumah ni akan jadi orang dewasa yang berjaya! Daripada situ seorang anak belajar ‘work ethic’ untuk menempuhi alam dewasa mereka nanti.
Baca Juga:
Kutipan Dana Cukup, Reese Tan Terima Suntikan Zolgensma Bernilai Lebih RM9 Juta
“Jadi Ibu Lebih Banyak Menangis Dari Ketawa.” Ramai ‘Relate’ Tengok Video Nourul Dalam Kereta
“Jadi Ibu Lebih Banyak Menangis Dari Ketawa.” Ramai ‘Relate’ Tengok Video Nourul Dalam Kereta
Ni cadangan untuk ajar anak kita buat kerja yang ringan di rumah;
Umur 2-3 tahun :
+ Lap air yang tumpah
+ Sapu habuk
+ Letak baju dalam bakul sebelum mandi
+ Simpan mainan selepas digunakan
Umur 4-5 tahun :
+ Kemas tempat tidur
+ Sidai tuala di tempatnya
+ Cuci cawan dan pinggan plastik sendiri
+ Siram pokok bunga
+ Semua kerja yang umur 2-3 tahun tu buat
Kepada yang ada anak lelaki jangan risau. Setakat ni saya tak jumpa lagi kajian yang cakap anak akan tiba-tiba bertukar jadi pondan lepas dah buat kerja rumah 😉
Taufiq Razif.
Bagus perkongsian dari Dr. Taufiq ni, bila anak-anak dah biasa buat kerja rumah dia jadi lebih berdikari. Tak adalah nak bergantung semua benda pada ibu atau ayah. Bila dah besar pun tak kekok kalau terpaksa hidup sendiri di asrama dan sebaginya. Jadi, latihlah anak buat kerja rumah sejak mereka kecil lagi.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bella Buat Karangan Tentang Diri Sendiri, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Risaukan Satu Perkara. Netizen Puji Tulisan Cantik!
Bella, anak sulung Datuk Dr Sheikh Muszaphar baru berusia 7 tahun tapi sudah pandai buat karangan. Netizen juga memuji tulisan tangan Bella yang cantik!
Bella atau Sophea Isabella, 7, adalah cahaya mata pertama Datuk Dr Sheikh Muszaphar, angkasawan pertama negara. Baru-baru ini beliau berkongsi tentang karangan bertajuk ‘About Me’ yang ditulis Bella di Instagram. Karangan mengenai diri dan keluarga yang ditulis Bella adalah jujur dari kaca mata seorang anak kecil.
Pic – Bella’s essay which surprises me!
An essay says a lot about the person who writes them especially when it’s written by kids – since kids do not lie . They just don’t know how especially those who are below 7 years old .
As usual after doing homework with the girls I always make it a routine to check their bags … and found this essay written by Bella.
I’m glad she feels confident and secured about herself . The bully part is totally true which she always gives in to Tasha , she loves the twin boys and feel she’s more famous than me – Haha !
Which is true as she gets more fans wanting to take pictures with her when I bring her along with me .
Love As Always …
Just sharing the things that you learn from your child .
PS – Need to investigate why she wrote “ sometimes happy “. ?
And forgive her spelling mistakes …
Ada satu perkara yang merisaukan si ayah bila Bella menulis dia ‘sometimes happy’ dalam karangannya itu hinggakan Datuk Dr Sheikh Muszaphar mahu menyiasat. Ini adalah hasil siasatan beliau.
View this post on InstagramA post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Para follower memuji tulisan tangan Bella malah tidak kurang juga yang memuji karangannya yang bagus bagi kanak-kanak 7 tahun.
Sumber: Instagram Datuk Dr Sheikh Muszaphar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI