Kurang tidur siang bermaksud si kecil sudah membesar menjadi seorang kanak-kanak. Tetapi bagaimana untuk mengetahui jika mereka sudah bersedia untuk perkara tersebut?
Keperluan tidur siang
Berbeza dengan bayi, anak yang semakin membesar biasanya akan memilih untuk bermain sepanjang hari. Ini bermakna ada kemungkinan mereka langsung tidak tidur siang atau napping mahupun hanya melelapkan mata pada waktu siang dalam tempoh yang sekejap.
Umumnya, keadaan ini adalah perkara biasa seiring dengan peningkatan usia anak. Berita baiknya, apabila anak kurang tidur pada waktu siang, mereka akan lebih cenderung dan mudah untuk memejam mata dengan lena sepanjang malam.
Ini maknanya anda juga boleh melelapkan mata pada waktu malam dengan lebih nyenyak, kan?
Namun sebagai ibu bapa, pastinya anda ingin betul-betul memastikan bahawa anak sudah tidak memerlukan tidur pada waktu siang atau ia hanya akan mengundang tantrum.Dan mungkinkah ada cara yang boleh anda lakukan untuk membantu melancarkan peralihan itu?
Bersediakah anak?
Secara realitinya, tiada peraturan tetap yang dapat menentukan bilakah masanya anak anda tidak lagi memerlukan tidur siang. Ini kerana sama seperti proses tumbesaran yang berbeza bagi setiap anak, keperluan tidur pada waktu siang juga adalah berlainan.
Oleh itu, anak anda mungkin akan berhenti napping lebih awal berbanding rakannya atau lebih cepat daripada adik-beradiknya yang lain. Ia adalah bergantung kepada anak itu sendiri, tahap tenaga, kuantiti rehat di malam hari dan berapa aktifnya mereka pada waktu siang.
Namun dikatakan kebanyakan anak kecil tidak akan berhenti tidur siang sehingga mereka mula melangkah ke alam prasekolah.Menurut National Sleep Foundation (NSF) menganggarkan bahawa hanya sekitar 50% kanak-kanak masih perlu melelapkan mata pada waktu siang di usia 4 tahun dan hanya 30% ketika berumur 5 tahun.
Perbezaan antara anak yang napping dan tidak adalah, mereka yang tidak melelapkan mata pada waktu siang akan mendapatkan masa tidur yang lebih banyak di malam hari.
Ads
Apa yang penting kebanyakan kanak-kanak disarankan untuk memenuhi keperluan tidur berkualiti untuk tempoh 12 jam sehari.
Jadi ibu perlu pastikan anak mendapat masa melelapkan mata yang cukup ya?
Berdasarkan kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak akan berhenti napping pada usia 4 tahun. Walau bagaimanapun, sesetengah pakar berasakan tempoh tersebut mungkin masih terlalu awal.
Sekiranya si kecil dengan mudah dapat memejamkan mata waktu siang, ini bermakna mereka masih memerlukan tempoh rehat tersebut. Pun begitu, sekiranya anak menunjukkan tanda-tanda di bawah, sesi melelapkan mata pada waktu siang mungkin tidak lagi diperlukan.
Cuma berikan mereka tempoh untuk berehat daripada bermain atau aktif di siang hari.
1. Mempunyai emosi yang stabil
Anak anda mempunyai personaliti konsisten bermula daripada bangun pagi hingga ke waktu malam, walaupun berdepan hari yang sibuk. Si kecil pastinya mengalami emosi pasang surut sepanjang hari.
Namun untuk anak yang sudah bersedia untuk berhenti tidur siang, emosi mereka biasanya lebih stabil.
Ads
2. Mengalami kesukaran untuk memejamkan mata pada siang hari
Apabila anda meminta mereka untuk melelapkan mata pada waktu siang, mereka jarang tertidur. Bahkan, mereka tampak gelisah. Itu tanda anak sudah bersedia untuk berhenti napping.
3. Napping mengganggu rutin tidur malam
Apabila anak melelapkan mata pada waktu siang, mereka akan menjadi sukar untuk tidur di malam hari. Mereka mungkin perlu mengambil masa yang lama untuk lena atau akan terjaga lebih awal daripada sepatutnya.
4. Lena malam lebih mudah tanpa tidur siang
Walaupun anak tidak memejamkan mata pada siang hari, mereka dapat melelapkan mata pada waktu yang munasabah dan lena sepanjang malam.
5. Tidak mengalami keletihan sepanjang hari
Adakah si kecil mudah tertidur ketika dalam perjalanan kereta singkat setelah berhenti napping? Anda perasan anak sering menguap, menggosok mata atau mudah emosi pada siang hari?
Ads
Kesemua itu adalah tanda-tanda anak terlalu letih dan mereka mungkin masih memerlukan tidur siang.
6. Proses tumbesaran baik
Anak dapat belajar perkara baharu dengan mudah dan boleh memberikan tumpuan mengikut jangka masa sesuai pada tahap usia mereka. Mereka mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak menderita selesema atau sebarang masalah kesihatan lain.
Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk berhenti melelapkan mata, ia adalah proses berperingkat dan mustahil untuk terjadi dapat sekelip mata. Sekiranya anak tidak lagi perlu memejamkan mata pada waktu siang, mereka akan lebih mudah melelapkan mata di malam hari dan lena sepanjang malam.
Ini sekali gus menjadikan rutin anak untuk memejamkan mata lebih mudah bagi anda. Walaupun ada sesetengah kanak-kanak boleh berhenti daripada tidur siang dengan sendiri, namun dorongan daripada anda sebagai ibu bapa mungkin masih diperlukan.
Anak akan perlahan-lahan dapat menyesuaikan diri dengan kurangnya kuantiti tidur pada waktu siang. Tetapi harus diingatkan, ini bermakna mereka perlu untuk melelapkan mata dengan lebih lama pada waktu malam.
Jadi ibu ayah perlu bersedia untuk menyesuaikan rutin jadual baharu ini!
Kredit: Hello Health
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak kebanyakkanya lebih rapat dengan ibunya kerana ayah sibuk mencari rezeki. Masa anak-anak bersama si ibu lebih banyak berbanding bersama dengan ayah. Kadang-kadang anak tak sempat berjumpa dengan ayahnya kerana faktor pekerjaan yang memerlukan si ayah bekerja lebih masa sehingga lewat malam.
Doktor Taufiq Razif telah berkongsi tentang fakta anak menjadi hebat dan kurang bermasalah dengan adanya bapa yang cakna tentang keperluan dan emosi anak. Ikuti perkongsian ringkas ini.
Nak Anak Kita Hebat dan Kurang Bermasalah?
Cuba la sesekali tu pujuk dan ajar suami kita supaya cakna dan sensitif dengan keperluan dan emosi anak-anak
Bapa yang cakna, sensitif, ambil berat dan terlibat secara langsung membesarkan anak ni dipanggil sebagai INVOLVED FATHER
Anak yang membesar dengan INVOLVED FATHER ni:
– 39% akan skor semua A di sekolah
– 60% lebih rendah kebarangkalian untuk dibuang sekolah
– 75% lebih rendah kemungkinan untuk hamil ketika remaja
– 80% lebih rendah kemungkinan untuk meringkuk di penjara
– 2x ganda kemungkinan untuk dapat kerja yang stabil dan memuaskan di masa hadapan
Kalau nak anak hebat dan berjaya, kita sebagai ibu bapa harus bersama-sama untuk involve dengan emosi dan keperluan anak. Jangan biarkan anak melakukan semua perkara tanpa kita disisi. Anak yang hebat datangnya dari ibu bapa yang prihatin dan cakna.
Kenapalah susah sangat nak suruh anak duduk kejap supaya boleh fokus baca buku. Paling risau dah tahun enam tahun dah ni. Tahun depan dah nak darjah satu.
Namun menurut Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Maryam Thoraya Arifin ini adalah antara masalah yang sering ibu bapa lalui. Namun ada penyelesaiannya kerana ada setiap anak itu berbeza tahap perkembangannya.
CARA INI MEMBANTU ANAK UNTUK FOKUS MEMBACA
Antara rungutan ibu bapa yang sering dilontarkan adalah bila ajak membaca, anak lari, anak sangat tak fokus, anak give up, anak tak enjoy. Seterusnya ibu bapa pula TERmarah dan frust dangan respon anak. Akhirnya anaklah yang bersalah, anaklah yang malas, anaklah yang dilabel kuat main.
Ibu ayah yang saya hormati. Saya juga melalui fasa ini. Di Naluri juga kami sering mendapat cerita ini . Ya benar memang kami tidak fokus membaca terus. Ibu ayah, step step ini perlu di pecahkan kecil-kecil. Lain anak lain levelnya.
Step paling penting ialah MINAT. Minat akan mempengaruhi fokus anak, motivasi anak, memudahkan anak faham. Proses ini memakan masa dan perlukan teknik yang sesuai.
FAHAMi bahawa minat hadir dengan kasih sayang, senyuman, kreativiti, kepelbagaian, contoh, semangat ingin tahu yang tinggi dan suasana yang menyeronokkan. SABAR dan lalui proses ini dengan ilmu. Setakat ini, mari Kita review, sudahkah kita buat perkara di atas? Ini penting kerana ia pre requisite untuk step step lain yang kita nak cuba.
Apa yang mematikan minat?
Sebenarnya saya tak perlu listkan sebab secara logiknya, ramai sudah tahu. Tapi izinkan saya tetap highlight satu perkara ini. Iaitu KEMESRAAN kita dengan anak. Biasakan kita bercerita dengan anak . Dan bertukar pandangan dengan anak. Tentang kisah kita masa kecil, tentang apa apa yang anak rasa senang nak dengar. Ini penting, sebab, kita mungkin biasa berbicara, tetapi bicara Kita mungkin sekadar arahan. Pernah anda rasa malas nak dengar orang suruh sesuatu bila dia paksa dan marah? Pernah anda rasa sangat senang nak borak dengan seseorang bila dia bagi tips? Faktor MESRA dengan anak ini mendorong anak senang nak buat apa yang kita ajak.
Ok. Sudah jelas konsepnya di atas, saya sharekan salah satu teknik yang sangat banyak research keberkesanannya adalah dialogic reading.
Ibu bapa kena didik anak minat membaca
Teknik Bantu Anak Fokus Membaca: Dialogic Reading
Dialogic reading ialah aktiviti ibu ayah atau guru bacakan cerita pada anak smbil berinteraksi dengan mereka. Ia bukan sehala. Ia tidak pasif. Ia interaktif.
Kehebatan aktiviti ini ialah:
1.Interakasi dua halaa
Interaksi dua hala, dan hubungan yang kita bina. Ia lain kalau kita baca buku dan bagi soalan dengan ayat skema. Gaya pertanyaan kita dan diskusi menjadi santai dan memudahkan anak.
Raikan pertanyaan pertanyaan dan pendapat anak. Walaupun satu mukasurat sahaja berjaya pada hari itu, tidak mengapa as long as kita dapat diskusikan satu muka surat tu dengan baik.
Dialogic reading sebenarnya lebih fokus kepada Mak Ayah atau cikgu yg bacakan pada anak. Walaupun sehingga anak sudah pandai membaca.
Merangsang perkembangan bahasa anak
Satu lagi kebaikan besar dialogic reading ialah meransang perkembangan bahasa anak. Aktiviti ini sangat membantu anak mendapat memahami bahasa melalui cerita dalam konteksnya. Ramai antara kita terus minta anak membaca tetapi mer3ka tak faham konteksnya. Sekadar baca .
Tindak anda:
Masalah dan cadangan melaluinya. Tidak dinafikan, dalam menjayakan usaha ini, pastu ada cabaran dan masalah dipertengahan. Jangan give up. Ini beberapa yang saya pernah buat:
1.Bila anak lari, tak nak kita bacakan. Fokus hanya untuk tarik minat sahaja. Jangan fokus pada membaca. Fokus dahulu pada tarik minat dengan gambar gambar pada buku.
2.Buat cerita sendiri pun tak apa berdasarkan gambar sahaja. Wujudkan keseronokan dahulu. Main teka teki dengan gambar. Tengok pada karya seni gambar.
3.Pelbagaikan cara bercerita untuk wujudkan kehangatan. Anak baring atas lengan kita. Anak baca atas riba kita. Esok baca di kerusi di luar rumah pula. Suasana nyaman dan berbeza membantu mewujudkan keseronokan.
4.Kalau anak buat cerita sendiri, raikan asalkan kita boleh kaitkan dengan cerita awal di buku. Bila di buat cerita sendiri dia pandai berimaginasi. Raikan dan kita jadi fasilitator mereka.
5.Bila kita bercerita, anak buat hal lain dan bercakap-cakap dengan orang lajn? Iya memang perlukan kesabaran dan kreativiti. Boleh bawa jauh sikit dari gangguan lain seperti gajet dan tv. Boleh juga bawa satu org anak dahulu untuk dapat special time dengan kita. Ini juga membantu dia seronok dan fokus.
6.Bila anak berebut dan jerit ? Anak memang sukakan perhatian. Bila dapat baca ramai ramai. Ia satu bonus. Tapi jika keadaan kurang sesuai , boleh wujudkan 1 orang anak, 1 special time. Boleh bincang untuk take turn. Atau ibu ayah sendiri boleh pilih ikut kesesuaian mood anak.
7.Kadang kala, boleh bahagi tugas. Kakak nak baca dengan siapa? Ok kalau nak baca dengan ayah, sorang lagi akan special time dengan mama. Esok tukar giliran pula.
Aktiviti Ini memang agak jarang di buat dalam masyarakat kita . Kerana kita lebih tekankan minta anak baca buku sebelum biasakan mereka jatuh cinta dengar cerita dari kita. Tetapi kitalah agent yang merubahnya . Kita mulakan dengan anak anak kita, anak anak ahli keluarga besar, anak murid dan anak anak rakan taulan dalam lingkungan pengaruh kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.
Kenapa Ibu Bapa Patut Hantar Anak-Anak ke Tadika Lebih Awal
Oleh itu, menghantar anak-anak ke tadika pada usia yang lebih awal adalah satu langkah bijak yang boleh memberi manfaat besar dalam pembangunan mereka.
Berikut adalah beberapa sebab utama kenapa ibu bapa patut mempertimbangkan keputusan ini:
1. Membangunkan Kemahiran Sosial
Pada usia muda, kanak-kanak sedang dalam proses memahami dunia di sekeliling mereka. Dengan menghantar anak-anak ke tadika, mereka akan berpeluang berinteraksi dengan rakan sebaya. Interaksi ini membantu mereka membina kemahiran sosial seperti berkongsi, menunggu giliran, dan bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan. Kemahiran ini sangat penting dalam kehidupan mereka apabila dewasa kelak.
2. Meningkatkan Kemahiran Komunikasi
Tadika menyediakan persekitaran yang memupuk pertuturan dan bahasa. Guru-guru di tadika memainkan peranan penting dalam mengajar kanak-kanak cara bertutur dengan betul, menggunakan bahasa sopan, dan memahami arahan. Pengalaman ini boleh mempercepatkan perkembangan komunikasi mereka, terutama bagi anak-anak yang mungkin lebih lambat bercakap di rumah.
3. Merangsang Perkembangan Kognitif
Pada usia awal, otak kanak-kanak berkembang dengan sangat pantas. Tadika yang berkualiti menawarkan pelbagai aktiviti seperti permainan pendidikan, seni dan kraf, serta eksperimen mudah yang dapat merangsang pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membantu anak-anak memahami konsep asas seperti warna, bentuk, nombor, dan huruf.
4. Menyediakan Asas Pendidikan Formal
Tadika adalah peringkat awal pendidikan formal. Dengan menghantar anak ke tadika lebih awal, mereka akan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran di sekolah rendah nanti. Mereka sudah terbiasa dengan rutin sekolah seperti mendengar arahan guru, mengikuti jadual, dan menyelesaikan tugasan kecil. Ini akan mengurangkan kejutan budaya apabila mereka memasuki darjah satu.
5. Meningkatkan Keyakinan Diri
Apabila kanak-kanak berjaya menyelesaikan aktiviti di tadika, mereka akan berasa lebih yakin dengan diri sendiri. Sama ada membaca buku, melukis gambar, atau menyelesaikan teka-teki, setiap kejayaan kecil akan memberikan rasa pencapaian kepada mereka. Keyakinan ini penting untuk membentuk perwatakan positif dalam kehidupan seharian.
6. Membantu Ibu Bapa Mengimbangi Kehidupan
Bagi ibu bapa yang bekerja, menghantar anak-anak ke tadika lebih awal boleh memberikan peluang untuk mengimbangi kehidupan kerja dan tanggungjawab keluarga. Di tadika, anak-anak berada di bawah pengawasan guru terlatih, yang memastikan mereka terlibat dalam aktiviti yang bermanfaat dan selamat sepanjang hari.
7. Mengenal Pasti Bakat dan Potensi Awal
Tadika adalah tempat yang baik untuk mengenal pasti minat dan potensi anak-anak. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan, ibu bapa dan guru boleh melihat apa yang anak-anak gemari atau mahir. Contohnya, anak mungkin menunjukkan minat dalam muzik, seni, atau sukan, yang boleh dikembangkan lebih lanjut di kemudian hari.
Kesimpulannya, menghantar anak-anak ke tadika lebih awal bukan sahaja memberi mereka peluang untuk belajar dan berkembang, tetapi juga membantu ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat permulaan yang kukuh dalam kehidupan.
Pendidikan awal adalah pelaburan jangka panjang yang dapat membawa manfaat besar dalam aspek sosial, emosi, dan akademik anak-anak. Sebagai ibu bapa, memberikan asas pendidikan yang baik adalah hadiah terbaik yang boleh anda berikan kepada anak-anak anda.
Justeru, pertimbangkan untuk memilih tadika yang sesuai dengan keperluan anak anda dan mulakan langkah awal dalam membina masa depan mereka yang cemerlang.
Pelakon jelita, Nora Danish menyifatkan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada Jumaat lalu adalah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh 10 hari pada Ramadan ini.