Matematik mungkin menjadi satu matapelajaran yang menyeronokkan bagi sesetengah kanak-kanak, mungkin juga menjadi satu mimpi ngeri bagi sekelompok kanak-kanak yang lain. Persepsi ini bergantung kepada keseluruhan penerimaan kanak-kanak tersebut terhadap subjek matematik bergantung kepada pelbagai faktor seperti cara pengajaran, penyampaian ilmu yang mudah dan berkesan serta suasana kelas matematik itu sendiri.
Seperti perkongsian Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar, matematik sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak untuk membina kemahiran berfikir dan daya fokus yang tahan lama. Namun cara mendidik anak-anak untuk sukakan matematik haruslah betul dan bukan paksaan.
“Loving Maths. Sangat penting untuk buat aktiviti matematik setiap hari dengan anak-anak.
“Ianya sangat membantu untuk meningkatkan daya fokus anak-anak.
“Lagi kerap mereka lakukan aktiviti kira-kira, lagi bagus untuk mereka.
“Practice makes perfect! Dan lakukan aktiviti ini secara santai.”
Tambah bapa kepada 6 orang cahaya mata ini, aktiviti melibatkan matematik ini boleh didedahkan seawal usia bayi lagi dengan menggunakan Flash Card.
“Untuk bayi, mama ayah boleh mulakan dengan menggunakan FlashCards. Mulakan dengan titik dan nombor.”
Flashcard boleh menunjukkan kepada anda apakah yang bersamaan dengan 2 + 2, tetapi membiarkan anak-anak mendapat pengalaman secara langsung dengan mengira, mungkin berfungsi dengan lebih baik. Tentukan pilihan pembelajaran anak anda dengan mencuba kedua-dua flashcard dan pengalaman secara langsung.
Sesetengah kanak-kanak belajar dengan lebih baik dengan melihat jawapan pada kad atau mengira gambar pada kad. Individu lain tidak akan benar-benar mendapatkan konsep matematik sehingga anda membiarkan mereka mengira objek fizikal. Campurkan pelajaran matematik anda untuk melihat kaedah mana yang paling berkesan untuk anak anda.
Jadikan Rutin
“Kami lakukan matematik dengan anak-anak setiap hari. Setiap hari mereka makin bagus dan cepat belajar. Dan mereka tak perlu mengira pun tapi terus dapat beri jawapan sama macam kita orang dewasa.”
Gunakan matematik dalam rutin harian anda. Bantu anak anda memanfaatkan pelajaran matematik anda apabila anda memasukkannya ke dalam kehidupan seharian anda sambil menetapkan matlamat yang boleh dicapai dalam pembelajaran.
- Pada lampu isyarat merah, berapa banyak kereta berwarna biru yang anda lihat?
- Di kedai runcit, berapa banyak biskut yang dapat dibeli jika kita hanya mempunyai RM10?
- Di klinik, berapa ramai kanak-kanak yang akan masih tinggal di bilik menunggu apabila tiga dipanggil masuk berjumpa doktor?
- Jika kita hanya makan 1/4 daripada makanan tengahari kita, berapa banyak yang masih tinggal?
- Berapakah harga lampin sekiranya ia mendapat diskaun sebanyak 25%?
Jadi perkenalkan matematik pada anak-anak seawal yang boleh supaya mereka mencintai ilmu matematik!
Kredit: Dr. Sheikh Muszaphar Shukor
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI