Siakap Stim Lemon Air Tangan Kak Liza. Terlajak Sedap, Nikmatnya Lain Macam!

Share

Asyik masak gulai je kadang-kadang tu rasa jemu juga kan. Tapi bagi yang suka makan lauk yang tak menggunakan santan, selain hidangan sup anda boleh cuba buat cara stim pula. Tak kisahlah ikan atau ayam stim. Janji menu ni suami dan anak akan puji!

Kali ini untuk mama yang sedang fikirkan menu yang simple dan sedap, Ikan Siakap Stim Lemon ini pilihan yang tepat. Bukan orang dewasa je suka, anak-anak pun berebut makan.

Menarik resipi Puan Liza Idris ini atau mesra dipanggil Kak Liza, setiap resipinya sangat mudah dan gerenti jadi. Bahan-bahan yang digunakannya pun senang nak dapatkan. Kalau nak tahu sedap atau tak, anda patut cuba ok!

Nah, “Ikan Siakap Stim Lemon”. Simple, bagus untuk diet. Nikmatnya lain macam. Sekali makan lepas tu suami dan anak mesti minta buat lagi.

Bahan-bahan:-

– 1 ekor ikan siakap
– 1 biji bawang holand
– 2 batang serai diketuk
– 3 biji cili api diketuk
– 3 inci halia hiris nipis
– 1 biji tomato
– 3 sudu besar sos ikan
– 1 sudu besar tepung jagung
– 1 biji lemon dibahagi dua. Separuh hiris nipis, separuh lagi perah jus
– 1/2 kiub ayam
– Daun sup daun bawang

Cara memasak ada pada setiap gambar ya.  Jom mula!

Kelar ikan tu dulu, kemudian lumur ikan dengan garam.

Sebatang serai selit dalam perut ikan.

Tabur halia, bawang putih, bawang holand, cili padi dan keratan batang daun sup/bawang yang keras dalam bekas kukus. Kalau ada daun limau purut letak je. Sajala nak bagi aroma lebih umppp.

Ambil ikan letak atas taburan bahan tadi. Seterusnya tabur pula bahagian atas ikan supaya seimbang atas dan bawah.

Curah sos ikan atas ikan.

Curah jus lemon atas ikan dan keliling bekas.

Masuk 1 gelas air. Kalau suka banyak kuah lebih pun tak apa.

Hancurkan kiub ayam, dan tabur merata dalam bekas.

Masuk tepung jagung yang dibancuh keliling bekas.

Curah lagi sekali 2 sudu sos ikan.

Gini la bersiap sebelum distim.

Kukus selama 20 minit. Takda periuk kukus, boleh je rebus dalam periuk biasa. Tak jadi masalah.

Ting! Tanda dah 20 minit. Selak sikit isi ikan, kalau tak melekat di tulang, kira dah masak la tu.

Lepastu baru hias dengan lemon dan tabur daun sup daun bawang. Kukus lagi 5 minit dan siap untuk dihidangkan.

Mesti cuba resipi ni tau. Kak Liza dah bagi step by step dan tak ada apa-apa rahsia pun lagi.

Kredit Resipi: Liza Idris

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy