Perasan tak kalau anak-anak kita siang harinya bukan main aktif, seronok sampai tergelak bila waktu tidur malam mulalah sekejap-kejap menangis terkejut. Orang tua-tua kata mengigau. Sama ada kerap atau tak bergantung pada anak itu.
Bagaimanapun ibu bapa kena faham ia berlaku tanpa sedar kerana anak terlalu penat ataupun pada hari tu kerap menangis dan beberapa faktor lain lagi.
Kenapa masalah ini berlaku dan bagaimana nak atasinya, Puan Ezzaty Suffian ada kongsikan untuk manfaat semua ibu bapa.
Start dari usia fayyadh 18 bulan, pattern tidur fayyadh jadi berubah. Tengah-tengah lena tidur, dia boleh terus duduk sambil menjerit-jerit atau menangis.
Bila kita cuba nak tenangkan dia, takde response. Kadang-kadang dia tolak kita atau tendang kita. Boleh dikatakan tiap-tiap malam jadi macam tu.
Tapi waktu dia menjerit, mata still terpejam. Kalau mata terbuka pun, dia tak boleh nak recognize kita, tak kenal siapa kita. Seolah-olah minda dia tak dapat nak proses maklumat.
Keadaan ini kita namakan sebagai “NIGHT TERROR” atau dalam bahasa melayu kita sebut MENGIGAU.
Macam mana night terror boleh berlaku? Kenapa dia berlaku?
1) Situasi night terror paling biasa berlaku pada usia anak 3 hingga 12 tahun. Ada juga kes, umur yang lebih awal iaitu seawal 18 bulan boleh juga terjadi episod night terror.
2) Episod night terror boleh hilang dengan sendirinya dan juga boleh berulang (on/off). Night terror boleh sepenuhnya hilang apabila anak dah capai umur baligh (atau lebih awal daripada itu)
3) Anak-anak yang alami night terror takkan sedar apa yang sedang berlaku. Ini disebabkan mereka berada dalam fasa DEEP SLEEP (tidur yang tak sedarkan diri). Apabila keesokan pagi kita tanya kenapa dia menangis/menjerit, dia takkan mampu ingat apa yang terjadi.
Pendek kata, anak kita sebenarnya sedang tidur semasa night terror berlaku.
4) antara punca night terror boleh berlaku ialah sistem badan yang libatkan central nervous system seolah-olah “terkejut” bila peralihan fasa tidur sedang berubah. Biasanya libatkan fasa 3 tidur nak ke fasa 4 tidur ataupun fasa 4 tidur nak ke fasa 5 tidur.
5) Anak terlampau frust/stress dengan sesuatu, terlalu penat (over tired), terlampau bergelak ketawa/sedih menangis (semua yang libatkan emosi) pada waktu siang juga menjadi antara penyumbang kepada night terror.
Contoh lain : anak seharian dalam kereta sebab travel, anak tidur di tempat baru/suasana baru, anak terlalu banyak menangis dalam sehari berbanding dengan hari-hari lain, anak baru start sekolah yang buatkan dia rasa tak seronok/stress.
6) Anak yang tak dapat tidur yang berkualiti/tidur yang tak selesa juga akan cenderung untuk lalui episod night terror.
7) night terror bukan nightmares (mimpi buruk). Bukan juga disebabkan oleh mimpikan sesuatu. Bila anak terjaga disebabkan nightmares, dia boleh berhenti menangis bila dipujuk. Dia dalam keadaan sedar dan boleh recognize kita. Ini disebabkan nightmares berlaku pada fasa ke-5 tidur iaitu fasa REM (otak sedang bergerak aktif).
Tapi, night terror boleh jadi lebih buruk kalau kita cuba pujuk atau sedarkan/bangunkan dia.
8] Antara ciri-ciri night terror :
✔ anak akan berpeluh-peluh, jantung berdegup kencang, bernafas dengan laju. Mereka nampak macam terlalu panik.
✔ mata anak terbuka luas tapi tak boleh nak recognize kita (ada juga kes mata anak terpejam macam biasa).
✔ anak akan menjerit, menangis atau tiba-tiba duduk/berdiri tegak.
✔ tangisan/jeritan anak sukar atau tak boleh ditenangkan.
✔ anak akan tenang sendiri dan kembali tidur macam tiada apa yang berlaku.
✔ berlaku 1 jam ke 3 jam selepas anak mula tidur.
✔ berlaku pada jam/waktu yang sama setiap malam (kalau anak tidur pada jam yang sama setiap hari).
✔anak yang tak sihat/demam juga boleh melalui night terror.
✔Anak yang ada masalah pernafasan juga cenderung untuk lalui episod night terror (kena segera rujuk doktor)
9) Night terror hanya fasa sementara anak. Tidak ada kaitan dengan masalah mental atau isu psikologi.
10) Night terror boleh berlaku selama 5-15 minit. Juga boleh capai sehingga ke 30 minit lamanya.
11) Walaupun ia dinamakan sebagai night terror, situasi yang sama boleh juga terjadi waktu siang semasa anak sedang tidur.
Macam mana kita nak elakkan atau handle situasi night terror?
1) make sure kita cuba jaga emosi anak pada waktu dia sedang berjaga terutamanya untuk anak kategori sensitif. Jangan beri dia tekanan (stress) atau buatkan dia over excited.
2) pastikan anak dapat tidur waktu siang (napping time) supaya sistem badan dia lebih ready untuk tidur/dapat tidur yang berkualiti waktu malam.
3) Elakkan dari sedarkan/kejutkan anak ketika night terror sedang berlaku. Bertenang duduk disebelah dia (juga tak perlu pujuk) sehingga episod night error itu hilang dengan sendiri dan anak kembali tidur dengan tenang.
4) Pastikan suasana bilik tidur dalam keadaan yang selesa dan boleh buatkan anak dapat tidur yang berkualiti : tidak panas, tidak bising, gunakan cahaya yang suram.
5) Boleh mandikan anak dengan air suam, urut badan anak serta buat aktiviti santai seperti baca buku 30 minit sebelum waktu tidur. Jauhkan anak dari tv, gadget dan aktiviti yang buatkan anak jadi lebih aktif sebelum waktu tidur.
6) kalau anak selalu mengigau pada jam yang sama setiap hari, boleh kejutkan/bangunkan anak 15 minit sebelum berlakunya night terror. Bangunkan anak sama ada ajak pergi toilet, bagi minum air atau buat urutan ringan pada badan anak.
Kredit: Ezzaty Suffian
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI