Apa yang harus anda lakukan jika anak tiba-tiba sahaja mengalami suhu tinggi? Terus bawa ke hospital? Tak tahu nak buat apa?

Perkara paling penting ialah jangan panik! Anda perlu melihat keadaan anak atau bayi anda di rumah dengan lebih dekat. Jika boleh ambil langkah pencegahan awal untuk turunkan suhu supaya tidak terlalu tinggi.

Jika rasa tak yakin apa yang perlu kita lakukan, Dr Ezairy M.Sallih berkongsikan 10 langkah dan tip yang boleh dilakukan.

Siang Bukan Main Aktif, Bila Malam Suhu Anak Naik. Doktor Ini Kongsikan Tipnya

10 langkah dan tip untuk menurunkan suhu anak:

IKLAN
  1. Beri mereka banyak air. Perhatikan tanda-tanda dehidrasi pada anak-anak.
  2. Berikan mereka makanan jika mereka mahu. Jangan disekat-sekat.
  3. Perhati dengan lebih kerap anak-anak anda secara teratur terutama pada waktu malam.
  4. Elakkan banyak keluar ke tempat ramai orang. Sebaiknya, berehat di rumah terlebih dahulu sehingga anak anda sembuh.
  5. Beri mereka paracetamol mengikut dos yang sepatutnya. Dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu. Jangan beri sesuka hati!
  6. Jangan sapukan tubuh mereka dengan apa-apa jenis daun dan sebagainya untuk menyejukkannya – ini tidak membantu mengurangkan demam.
  7. Jangan tutup mereka dengan terlalu banyak pakaian atau pakaian tidur dengan tujuan mengelakkan sejuk.
  8. Jangan menggabungkan ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen dan paracetamol, kecuali selepas berjumpa doktor. Bahaya!
  9. Elak beri paracetamol dan ibuprofen untuk kanak-kanak di bawah 2 bulan kecuali atas nasihat dan pemeriksaan doktor. Jangan sesuka hati ambil produk tambahan, suplemen dan ubat tanpa pengawasan doktor.
  10. Bawa berjumpa doktor sekiranya ada tanda-tanda ini :

– Anak berumur bawah 6 bulan dan mempunyai suhu melebihi 38.

– Mempunyai tanda-tanda penyakit lain, seperti ruam, serta suhu tinggi.

– Tidak mahu makan, atau minum.

IKLAN

– Tidak aktif di rumah.

– Suhu masih tinggi walaupun sudah diberi ubat paracetamol atau ibuprofen.

IKLAN

– Ada tanda-tanda dehidrasi (kurang air dalam tubuh) seperti lampin yang kurang basah, bibir dan lidah kering, dan sebagainya.

Moga bermanfaat untuk para ibu bapa. SHARE kepada semua yang anda sayang. Semoga kesihatan yang baik sentiasa bersama kita.

Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI