Setiap ibu ayah mempunyai teknik kreatif masing-masing untuk membersihkan najis anak atau dalam bahasa pasarnya kita panggil ‘cebok’. Pada awalnya pasti geli terutamanya kaum ayah kan? Tak biasa nak basuhkan punggung budak, biarpun anak sendiri. Kekok dan geli mngkin itu yang dirasakan buat beberapa kali terawal terpaksa mencebok najis anak.

Artikel Menarik: [Bayi Asyik Menangis, Tak Sampai Hati Tengok. Bila Periksa, Rupanya Kembung Perut]

Siap Jadi Bomba Tu! 8 Teknik Ibu Ayah Selalu Guna Waktu ‘Cebok’ Anak

Waktu bayi mungkin bolehlah guna tisu basah dan disembur dengan air. Tapi, kalau anak tu dah besar sedikit takkan nak gunakan cara yang sama. Najis dah tak sama seperti bayi, bau pun boleh tahan. Semerbak satu rumah! Berkongsi penulisan lucu di laman Facebooknya, bapa ini menyenaraikan 8 kaedah yang paling popular digunakan ketika membersihkan najis anda. Ikuti perkongsian dari Najmi Nawawi ini:

8 cara mencebok anak paling popular

1. Teknik Bomba

Sesuai untuk mereka yang penggeli. Sembur dari jarak jauh. Pastikan kesemuanya jatuh dan tiada yang melekat lagi. Barulah bilasan dan basuhan terakhir dibuat menggunakan tangan.

Siap Jadi Bomba Tu! 8 Teknik Ibu Ayah Selalu Guna Waktu ‘Cebok’ Anak

2. Teknik Hygenic

Pakai sarung tangan pakai dan buang. Bilas dan basuh dengan air hingga bersih sempurna. Diakhiri dengan anda sanitize kembali tangan agar ia bersih dan bersedia untuk digunakan untuk makan pula.

Ads

3. Teknik Buih Sabun

Sebelum bermula, saluti seluruh permukaan tangan anda dengan buih sabun. Pastikan haruman sabun sudah mengatasi bau busuk najis. Kemudian bilas dan bersihkan buntut anak dengan rasa tenang dek keharuman sabun.

Siap Jadi Bomba Tu! 8 Teknik Ibu Ayah Selalu Guna Waktu ‘Cebok’ Anak

4. Teknik Sental

Berhati-hati apabila membuka diapers anak. Apabila sudah dalam keadaan separa buka, maka guna pemukaan diapers yang masih bersih untuk menyental dan membuang segala ketulan yang melekat. Kemudian bersih dan basuhlah selebihnya dengan air hingga bersih.

Artikel Menarik: [Hilangkan Putih Di Lidah Bayi Tak Perlu Air Kosong. Cukup Gosok Dengan Kain Basah]

Ads

5. Teknik Splash

Alat yang diperlukan ialah gayung. Jirus beberapa kali hingga tiada ketulan lembut yang melekat. Teknik ini perlukan angle jirusan yang betul bagi memastikan kesempurnaan dan keberhasilannya. Elok juga diulangi beberapa kali hingga bersih berkilat.

6. Teknik Alih Pandangan

Walaupun teknik ini masih diragui keberkesanannya namun ramai juga yang mempraktikkannya. Caranya mudah sahaja, basuh sehingga bersih macam biasa. Cuma jangan pandang. Toleh ke tepi dan biarkan tangan anda sahaja yang bekerja.

Siap Jadi Bomba Tu! 8 Teknik Ibu Ayah Selalu Guna Waktu ‘Cebok’ Anak

Ads

 

7. Teknik Shower

Atau dalam bahasa lain, biarkan anak mandi dulu sekejap. Kasi dia bilas terus dengan air shower. Bila rasa keadaan dah mengizinkan barulah kita masuk dan beraksi. Setidaknya shower dah membantu bersihkan secara tidak langsung. Bonus, anak dapat mandi terus.

8. Teknik Redah Sahajalah Bossku

Lepas buka pampers, jangan fikir apa-apa. Tanpa keraguan lagi. Teruskan sahaja mengguna tangan anda untuk membersihkan segala yang ada termasuk untuk mencabut ketulan yang melekat. Ramai yang expert buat macam ini.

Siap Jadi Bomba Tu! 8 Teknik Ibu Ayah Selalu Guna Waktu ‘Cebok’ Anak

Sekali sekala artikel suka-suka. Jangan serius sangat ya. By the way, ada lagi ke teknik yang aku tertinggal? Hurm..

Artikel Menarik: [Baru Selesema, Kena Lagi. Cuba Petua Ini Untuk Bayi Yang Belum Dapat Makan Ubat]

Lucu juga bila baca perkongsian dari Najmi ini. Ada tak yang tersenarai dalam list ni? Atau ada yang gunakan teknik lain? Ini hanyalah sekadar perkongsian untuk suka-suka, untuk mengingatkan kita cara membersihkan najis anak. Tak sangka pula, banyak jenis kaedahnya. Anda yang mana satu?

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI