“Siap Masak Lauk Berpantang, Mudah Kerja Suami Nanti” Bakal Berpantang Sendiri, Ibu Ini Kongsi Lebih 10 Menu

Share

Waktu berpantang adalah waktu untuk ibu-ibu berehat setelah penat melahirkan bayi. Dalam tempoh berpantang, ibu-ibu hanya mahukan rehat yang cukup untuk memulihkan kembali badan dan juga tenaga.

Baca: 10 Februari, Genap Setahun Arwah Abam. Hamzah Peneman Ibu Saat Suka & Duka

Keadaan badan yang masih lemah membantutkan ibu-ibu untuk melakukan kerja berat seperti memasak, membasuh dan sebagainya lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang mengambil keputusan untuk berpantang sendiri tanpa pertolongan daripada orang tua ataupun confinement lady.

Persediaan awal sebelum kelahiran boleh dibuat, seperti yang dikongsi oleh puan Azizan ini ketika dihubungi oleh pihak Pa&Ma, dia telah membuat persiapan apabila usia kandungan masuk 35 minggu dengan menyiapkan lauk-lauk berpantang bagi memudahkan urusan suaminya kerana dia bakal berpantang di rumah sendiri kali ini. Ikuti perkongsian ini.

Saya tengah menunggu hari nak melahirkan anak ke3 dan kalini berpantang sendiri. Alhamdulillah dah siap-siap masak lauk berpantang untuk di frozen kan… Masak untuk suami dan anak-anak juga.

Baca: Usia 0-7 Tahun Bermainlah Dengan Anak. Umur 8-14 Disiplinkanlah Mereka. Baru Sempurna!

Sama-sama ler makan lauk berpantang ye 🤭

Masa yang diambil dalam 5 hari jugak untuk saya siapkan semua menu .. Ada yang selang sehari … Bukan hari-hari masak. Dalam sehari saya larat masak 3 menu saja.

Pindang Ikan Selar

Total semua menu ada 10, setiap menu saya bahagikan dalam 2 bekas. Mudah bila nak berpantang nanti, boleh ambil sahaja bekas yang mahu dipanaskan nanti.

Ayam Perap Madu Ayam Ungkep

Hanya dalam RM260 sahaja termasuk kos bekas-bekas makanan tu yang diperlukan. Anak pertama dan ke-2 saya berpantang di rumah mak saya. Tapi husband yang akan buat semuanya sebelum pergi kerja termasuk masakan makanan berpantang tapi kalini saya berpantang sendiri, ada anak-anak lain jugak. Dari situ saya tefikir biar suami fokus dekat anak-anak yang lain selain uruskan hal rumah dan kerja-kerja dia jadi saya masakkan siap-siap untuk lauk berpantang nanti.

Sup Ikan Merah

Saya tak nak husband lama-lama dekat dapur nanti, tambah dengan anak kecil yang lain jadi saya masak siap-siap dan frozen kan sahaja lauk-lauk ni. Nanti bila bersalin senang, suami tinggal panaskan, masak nasi dan makan dengan ulam-ulaman.

Kari kepala ikan merah (guna susu cair)

Saya mula masak lauk-lauk ni masuk kandungan 35minggu, bila dah masuk 35 minggu bila-bila masa sahaja akan bersalin jadi sesuai untuk masak lauk berpantang ni.

Siakap Stim Halia

Beberapa resipi dikongsi disini bagi yang ingin mencuba, resipi ini sangat mudah disediakan, cepat dan bahan-bahan juga sangat simple. Selamat mencuba!

Resepi Air Asam

Daging goreng kunyit, Daging rebus air asam, Daging lada hitam

Bahan-Bahan:

Tomato di blend dengan air
Tomato di potong dadu
Garam
Gula
Bawang besar hiris-hiris dadu
Belacan kalau suka (saya tak letak)
Asam jawa sikit bagi masam-masam

Cara Penyediaan:

Campur semua bahan, gaul sampai sebati kemudian perasakan dengan garam dan gula untuk dapatkan rasa masam manis, masin sikit. Adjust ikut selera masing-masing. Siap!

Resipi Ayam Stim Halia

Bahan-Bahan:

Bawang putih di cincang
Halia di hiris
Kicap manis
Minyak bijan
Gula
Garam

Cara Penyediaan:

Gaul kesemua bahan dengan ayam. Perap selama satu jam, kemudian sedia untuk di masak secara stim. Siap!

***Memudahkan kerja suami jugak … tak payah lama-lama dekat dapur nak sediakan makanan 😊

Kredit: Nor Azizan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Hebatnya pengetua ini! Dalam 100 hari boleh cantikkan satu sekolah. Artikel lanjut di SINI 

Published by
NuFa