
Dikhuatiri penularan COVID-19 akan memasuki gelombang ketiga, Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil langkah bersiap sedia dengan mewujudkan pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr Adham Baba melihat persiapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di MAEPS semalam.
Ia adalah sebahagian daripada langkah kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menghadapi kemungkinan peningkatan jumlah pesakit COVID-19.
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 ini bakal memuatkan 600 katil keseluruhannya. Ia bertujuan menempatkan pesakit-pesakit positif COVID-19 yang tidak bergejala dan bergejala ringan.
Pada masa ini, bilangan katil sedia ada ialah sebanyak 5,292 iaitu 3,400 buah katil di hospital-hospital COVID-19 dan 1,892 buah katil di Institut Latihan KKM di seluruh negara.
Artikel Berkaitan: [Ops Nyah Cemar Seluruh negara Isnin Ini. Inisiatif Kerajaan Halang Wabak COVID]
Artikel Berkaitan: [Nak Cepat Matikan Virus COVID-19, Sabun Tangan 2 Saat Sebelum Sentuh Bahagian Muka]
Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Sebak Penuhi Hasrat Terakhir Arwah Isteri Bergambar Sedondon Raya

Rindu yang tiada penghujung! Berat ujian ditanggung Mohd Mizi Abu Hasan apabila terpaksa menyambut Aidilfitri beberapa hari lagi tanpa isteri tercinta, Nur Hanis Abd Rahman yang dijemput Ilahi pada 28 Mac lalu.
Nur Hanis meninggal dunia pada usia 33 tahun akibat jangkitan Covid-19 dan barah payudara tahap empat.
Biarpun sudah genap sebulan Nur Hanis pergi, Mohd Mizi, 37, mengakui masih bersedih dan terkenangkan saat indah bersama isterinya itu walaupun semuanya kini tinggal kenangan.
Lebih menyedihkan Mohd Mizi apabila tidak berpeluang berada di sisi sewaktu Nur Hanis menghembuskan nafas terakhir kerana isterinya itu meninggal dunia di wad hospital pesakit Covid-19 yang tidak membenarkan kehadiran pelawat.
“Arwah memang isteri yang terbaik, taat, menghormati saya sebagai suami dan sentiasa uruskan keperluan iaitu makan serta pakai saya.
“Dia juga anak yang baik dan menyayangi keluarganya jadi kami semua terkesan dengan pemergiannya,” katanya.
Watch on TikTok
Mohd Mizi berkata, dia dan isteri mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019 dan hidup bahagia walaupun tiada rezeki dikurniakan cahaya mata.
Oktober tahun lalu, Nur Hanis disahkan menghidap barah payudara dan sejak itu tinggal dengan keluarganya di Kampung Selat Pulau, Kampung Gajah, di sini sebelum disahkan positif Covid-19 awal Mac.
“Berikutan keadaan kesihatannya yang semakin merosot, arwah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan dan ditidurkan sepanjang dua minggu di wad.
“Arwah ada tersedar beberapa kali dan kami kerap berhubung menerusi panggilan video namun arwah tidak boleh bercakap kerana ada wayar pada mulutnya.
“Kiranya, kali terakhir saya bercakap dengan arwah adalah sebelum dia dimasukkan ke hospital dan arwah sempat berpesan untuk menjaga rumah serta keluarganya,” katanya.
Arwah tunjuk sikap pelik
Katanya, Nur Hanis ada menunjukkan beberapa tanda sebelum meninggal dunia yang disedarinya dan ahli keluarga.
“Antara sikap peliknya adalah bersungguh beri nombor pin kad bank miliknya kepada saya dan adiknya (Nur Nazirah Abd Rahman, 30) selain meminta maaf dengan mak dan ayahnya.
“Dia juga tidak menempah baju raya tahun ini seperti tahun terdahulu sebaliknya hanya ingin membeli pakaian yang sudah siap saja malah memujuk saya serta keluarga memakai pakaian sedondon berwarna kuning cair.
“Ditakdirkan, arwah meninggal dunia jadi tidak sempat bergambar dengan baju raya yang diimpikan dan kami tak sangka sikap aneh ditunjukkan menjadi petanda arwah akan pergi buat selamanya,” katanya.
Berkongsi kisah di sebalik videonya menangis sambil memegang bingkai gambar isteri mendapat perhatian di TikTok, Mohd Mizi mengakui tidak dapat menahan sebak ketika itu.
“Video itu dirakam ketika sesi fotografi saya bersama keluarga isteri di studio pada Ahad lalu.
“Saya jadi sebak kerana melihat ada ahli keluarga isteri yang menangis dan mengenangkan arwah tiada bersama kami ketika itu.
“Terima kasih kepada yang mendoakan walaupun tidak mengenali arwah. Semoga Allah makbulkan doa untuk kami sekeluarga dan beri kebaikan untuk mereka yang mendoakan,” katanya.
Kredit: Metro & fitrinruslee
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jadi Cleaner, Jual Burger. Gelang Kahwin Kau Gadai Nak Bantu Aku.” Terharu Baca Ucapan Achey Untuk Isteri

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Nur Hasanah Yahaya atau Anne, isteri kepada Achey. Happy belated birthday Anne! Walaupun orangnya lucu dan suka buat lawak, tapi bila Achey berikan ucapan khas buat isterinya, rasa sebak pula.
Artikel Menarik: [“Belum Sempat Induce Dah Bersalin.” Ibu Ini Kongsi Surah Abasa Ayat 20, Doa Mudah Bersalin]
Melalui perkongsian Achey, dia tidak segan mengakui pengorbanan yang Anne lakukan untuk dirinya untuk dia berjaya sehingga sekarang. Betapa Anne tidak kisah bekerja sebagai cleaner, berniaga burger dan sanggup juga menggadaikan gelang perkahwinan mereka. Susah macam mana pun kehidupan mereka dahulu, Anne tidak pernah bosan menjadi ‘tulang belakang’ Achey.
Ikuti perkongsian Achey ini:
Susahnya dahulu kita mula2 berkahwin.. takkan saya lupa… tapi awak tenang hadapi bersama… jadi cleaner bank.. jual burger depan bengkel berbumbungkan kanvas… gadai gelang kawin… apa yang kau tak buat dulu demi bantu aku?… semua yang halal awak buat janji lepass ..
Dia lah orang pertama percaya dengan kesungguhan saya untuk ujibakat… dialah insan yang buat prop saya sampai saya dapat masuk tv.. dan dia percaya dengan niat saya dalam dunia hiburan yang penuhh dugaan…
Artikel Menarik: [Wow, Putih Macam Baju Baru! Tak Perlu Sental, Rendam Sabun & Masuk Mesin Aje]
Dia sentiasa mengingatkan saya tentang pentingnya kedua ibu bapa… apa yang terbaik untuk mereka semua.. berbakti sehingga hujung nyawa..
..
Soal anak? Dia senyumm.. @tiarazinnirah_official kan ada 😭
..
Kepada @anne_achey Usah risau di perkata sedikit kesenangan yang awak terima kini…kerana itulah nikmat Allah berikan atas ujian sebelum ini..
..
SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG ❤️
Perkongsian Achey ini mendapat hampir 130,000 tanda suka dan rata-rata warga maya tidak ketinggalan meninggalkan komen mendoakan mereka agar terus kekal bahagia.
Sumber: ACHEY KINTANG KINTUNG
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Handsomenya Muhammad Afwa! Nama Ringkas, Penuh Makna Pilihan Datuk Siti

Genap seminggu melahirkan anak kedua, akhirnya Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan nama anakandanya, Muhammad Afwa. Sebelum ini Datuk Siti sudah memberi hint kepada peminat yang beliau dan suami akan menamakan anaknya bermula dengan Muhammad A…
Sempena 7 hari kelahiran juga, Datuk Siti secara rasminya memperkenalkan wajah Muhammad Afwa untuk tatapan ramai.
Dalam entri di instagramnya itu, Datuk Siti dan Datuk K mengharapkan kedua-dua anugerah yang diberikan oleh Allah ini akan menjadi anak yang soleh dan solehah serta kebanggaan semua orang suatu masa nanti.
ARTIKEL BERKAITAN [“Adik Merengek Dia Sibuk Pujuk” Asyik Melekat Dengan Adik, Wargamaya Seronok Tengok Gelagat Aafiyah!]
Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini, 26 April 2021, bersamaan dengan 14 Ramadan 1442H, anakanda saya genap berusia 7 hari.
Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.
Alhamdulillah, hari ini, suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami.
LAGI ARTIKEL BERKAITAN [“Dia Paling Excited” Teruja Jumpa Adik, Datuk Siti Kongsi Gelagat Aafiyah!]
Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.
Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa.
Afwa melengkapkan afiyah dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa lengkap afiyah.
ARTIKEL BERKENAAN [“Saya Percaya Kedua-dua Anak Ini Akan Sayang & Jaga Ibunya..” Sebak Luahan Datuk K]
Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah s.w.t. dan kita semua juga di dalam lindunganNya.
Sebelum ini, ramai yang sebak menonton video Datuk K yang meluahkan isi hatinya kemungkinan beliau tidak sempat melihat anak-anaknya bersama Siti membesar dan berjaya dalam hidup masing-masing pada suatu hari nanti.
Namun beliau percaya Aafiyah dan Afwa ini yang akan memberi berjuta-juta kegembiraan buat Siti dan akan menyayangi serta menjaga ibunya.
“Apa yang saya doakan anak-anak inilah yang akan bersama-sama ibunya. Yang akan mengharungi masa depan mereka bersama..InsyaAllah,” kongsinya.
Afwa dilahirkan pada 19 April lalu bersamaan 7 Ramadan jam 6.21 pagi, seberat 3.84 kilogram menerusi kaedah pembedahan.
Kredit: Instagram CTDK / Foto: @aqoimran
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI