Banjir yang melanda Lembah Klang, Pahang dan beberapa tempat pada Sabtu lalu membuatkan kita terpana dan sayu hati melihat keadaannya. Ada ibu hamil yang terpaksa memanjat bumbung, tidak terkecuali ibu berpantang dan bayi yang baru sahaja dilahirkan terpaksa mencari tempat teduh.
Bahaya yang mendatang sememangnya tanpa kita duga. Jika berlaku dugaan tanpa diduga sebegini, apa ibu hamil perlu persiapkan diri? Ini yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat Abd Razak.
5 Tips Untuk Ibu Hamil Menghadapi Banjir
✅Ibu hamil yang menanti saat bersalin, sediakan dan simpan kelengkapan bersalin dan barang-barang untuk anak yang bakal lahir di tempat yang mudah dicapai.
Lebih baik jika tempat tinggal semasa banjir berada berdekatan dengan hospital atau di luar kawasan banjir, sama ada di rumah saudara, hotel dan seumpamanya, senang untuk pergi hospital pada saat memerlukan.
✅Pastikan dokumen-dokumen penting seperti mykad, buku antenatal( buku pink) , sijil nikah, dan lain-lain dokumen penting dibawa bersama untuk kegunaan dan rujukan semasa bersalin.
Ads
Dapatkan nombor telefon bagi klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika berlaku kecemasan. Bagi ibu hamil yang belum lagi dekat dengan tempoh untuk bersalin, kenal pasti tempat tinggal, pusat pemindahan atau rumah saudara yang selamat dan sehampir mungkin dengan bantuan jika berlaku kecemasan.
✅Jangkitan penyakit bawaan air adalah suatu kebiasaan semasa dan selepas musim banjir. Air banjir mengandungi banyak jenis kuman (virus, bakteria,kulat dan parasit ) akibat bercampur dengan air kotor dan air kumbahan.
Kehamilan sendiri meningkatkan risiko ibu hamil mendapat penyakit bawaan air seperti taun, kencing tikus dan seumpama dengannya. Dapatkan rawatan segera jika berasa tidak sihat.
Ads
✅Lindungi diri dari kecederaan. Kadang-kadang air banjir terdapat kaca, kayu, serpihan barangan tajam. Berhati-hati jika perlu meredah banjir. Gunakan kayu atau apa-apa objek jika anda ingin mengalihkan sebarang halangan di sekitar kawasan rumah bagi mengelakkan serpihan tajam dan ancaman binatang berbisa.
✅Air banjir atau air bertakung menggalakkan pembiakan nyamuk, sekaligus boleh menyebabkan wabak denggi. Jangkitan denggi pada wanita hamil jika tidak dikenalpasti dengan segera dan dirawat boleh menyebabkan kesihatan ibu menjadi merundum dan boleh membawa maut. Jika ibu hamil demam, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Saya doakan semua mak-mak mengandung yang terlibat dengan banjir sentiasa dalam perlindungan Allah.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penantian selama empat tahun berakhir setelah Allah makbulkan doa pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan Mona Allen. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Mona mengumumkan dia kini sedang hamil anak sulung.
Menurut Mona, dia tidak berniat untuk merahsiakan kehamilannya cuma menunggu masa yang tepat untuk diumumkan.
Kata pemilik nama lengkap Munna Hafiraneza Allen, pada awalnya dia dan Pekin merancang untuk menunggu sehingga usia kandungan mencecah tujuh bulan namun terpaksa diawalkan selepas ramai yang perasan ‘baby bump’.
Alhamdulillah… kandungan dah masuk enam bulan. Sebenarnya kami bukanlah sorok atau merahsiakan kehamilan. Tapi sekadar tak umum saja.
Ikutkan ada saja video atau gambar yang memperlihatkan ‘baby bump’. Cuma kami memilih untuk umum selepas kandungan dah kuat dalam enam atau tujuh bulan.
Rancang nak umum masa kandungan cecah tujuh bulan tapi sebabkan ramai yang dah bertanya sebab dah viral, jadi kami umum saja.
“Saya tiada alahan, Pekin yang mual dan mengidam..”
Cerita perjalanan sepanjang berbadan dua, pelakon berumur 37 tahun ini tidak mengalami sebarang alahan sebaliknya Pekin yang sering mual dan mengidam.
Saya tak ada alami alahan sepanjang hamil ini tapi Pekin pula kena tempias alahan. Masa bulan pertama itu, dia mual, muntah dan mengidam macam-macam.
Sekarang pun, ada masa dia rasa mual-mual juga. Tapi tak selalu. Saya ada baca dekat online, katanya kalau lelaki yang kena alahan maksudnya dia suami penyayang.
Buat rawatan perubatan Islam
Dalam pada itu, pelakon drama Monalisa mendedahkan dia dan Pekin pernah melakukan kaedah perubatan Islam di Melaka sebagai usaha untuk hamil atau Trying to Conceive (TTC).
Katanya, selepas kali ketiga minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa, dia mendapat berita gembira.
Sebenarnya saya dan suami ada berubat dengan seorang ustaz menggunakan kaedah perubatan Islam untuk ikhtiar hamil.
Kebetulan ada shooting di Melaka, kawan pun beri cadangan untuk jumpa ustaz di sana. Alhamdulillah, dalam ikhtiar untuk dapatkan anak saya hamil selepas kali ketiga minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa.
“Sebelum ni buat pemeriksan doktor, dua-dua ok”
Sebelum ini, kami ada juga buat pemeriksaan doktor dan doktor beritahu saya dan suami tiada masalah kesihatan lain. Itu yang ambil keputusan untuk cuba perubatan Islam pula.
Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim pada 7 Disember 2018.
Ada sesetengah ibu hamil akan mengalami gejala ‘morning sickness’ yang teruk ketika awal trimester kehamilan. Semuanya jadi serba tak kena dan sukar bagi ibu hamil melalui rutin harian.
Muntah dan mual menjadi “sahabat” baik ibu hamil sepanjang tiga bulan pertama atau ada yang lebih teruk gejala mual dialami sehingga saat hendak melahirkan bayi. Bertabahlah!
Sebenarnya ada banyak perkara yang boleh menyebabkan ibu hamil mengalami mual dan muntah-muntah. Anda perlu tahu apa punca menyebabkan mual berlaku, barulah tahu cara untuk mengatasi mual yang sangat meletihkan. Antara penyebab mual berlaku pada ibu hamil adalah seperti berikut:
1. Gejala asid gastirk
Bagi ibu hamil yang memang mempunyai sejarah gastrik, dia akan mudah terkena mual dan muntah. Apatah lagi sekiranya ibu sering membiarkan perutnya kosong dalam waktu yang lama. Dia akan mudah mengalami mual dan muntah disebabkan paras asid gastrik yang naik.
2. Hormon meningkat
Punca asid gastrik naik berulang disebabkan hormon dalam badan meningkat. Hormon yang meningkat adalah hormon estrogen. Hormon ini mempengaruhi keadaan asid gastrik seseorang. Ketika asid gastrik meningkat maka ibu pun mula merasa mual. Hormon estrogen lebih banyak dihasilkan pada waktu pagi, itulah sebabnya ramai ibu mengalami mual pada waktu pagi.
3. Hormon HCG
HCG adalah hormon yang boleh mengesan kehamilan seseorang. Perubahan inilah yang menyebabkan berlaku tanda kehamilan dan ibu mula mengalami mual dan muntah.
4. Metabolisme berubah
Kadar metabolisme dalam badan boleh mempengaruhi sistem imun. Ketika awal kehamilan, metabolisme di dalam badan akan berubah. Metabolisme menjadi lebih lambat dibandingkan sebelum positif mengandung. Itulah yang menyebabkan bakal ibu mual dan muntah.
5. Sistem penghadaman tertekan
Ada juga ibu yang mengalami mual di akhir kehamilan apabila kandungan semakin membesar. Perkembangan bayi yang menekan organ penghadaman dan saluran penghadaman menyebabkan ruang menjadi sempit dan ibu mudah terasa mual.
6. Psikologi
Ada juga ibu yang mengalami mual dan muntah kerana faktor terlalu kerap memikirkannya. Perasaan tertekan dan stres menjadi punca utama ibu rasa mual dan hendak termuntah.
Biarpun gejala mual ketika hamil dianggap sebagai perkara normal di kalangan ibu hamil, tetapi ada petanda bahaya pada nyawa ibu yang mengalami masalah mual luar biasa.
Petunjuk tersebut mesti difahami oleh bakal ibu dan ayah supaya segera mendapatkan rawatan untuk mengelakkan daripada gejala menjadi lebih buruk dan membahayakan nyawa ibu dan anak dalam kandungan.
Bakal ayah juga perlu lebih prihatin dan jangan menganggap isteri anda mengada-ngada atau sengaja melayan mual dan muntah yang dialaminya.
Berikut adalah petunjuk bahaya mual pada ibu hamil yang mesti segera mendapatkan rawatan lebih lanjut.
1. Ibu hamil akan terus mual dan muntah sebaik makan atau minum.
2. Jumlah air kencing sangat sedikit.
3. Badan terus lemah dan lesu sehingga tidak boleh bangun dari tempat tidur.
Sekiranya ibu hamil ada mengalami ciri-ciri tersebut ia menunjukkan anda bukan mengalami gejala mual dan muntah biasa tetapi lebih kepada penyakit hiperemisi gravidarum.
Penyakit ini adalah masalah mual dan muntah yang berlebihan. Rawatan intensif di hospital sangat diperlukan untuk mengembalikan keadaan ibu seperti sedia kala. Jika tidak dirawat dengan segera, ia akan membahayakan nyawa ibu hamil kerana kekurangan cecair dan tenaga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru sahaja disahkan hamil beberapa hari, pelakon cantik jelita, Amyra Rosli terpaksa reda kandungan ketiganya mengalami keguguran.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Amyra menerusi akaun Instagramnya pagi tadi.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia reda dengan kehilangan itu malah sudah bertemu dengan doktor untuk proses selanjutnya.
“Awak singgah sekejap je dalam perut mommy pastu awak pergi. Comel la awak ni,” tulisnya di kapsyen.
Biar pun tidak punya rezeki untuk menambah zuriat ketiganya namun kata Amyra dia akur dengan ketentuan Ilahi dan tetap positif dan menganggap masih belum punya rezeki untuk menambah cahaya mata ketiga mereka bersama suami.
“Tak ada rezeki.
“Xpe, kita focus rezeki yang ada sekarang & shooting dulu! Lets go,” tulisnya.
Menerusi entri yang sama juga, Amyra turut mengesahkan kehilangan itu menerusi doktor yang merawatnya di sebuah hospital.
Menerusi tanda pagar yang dikongsikan Amyra, difahamkan Amyra mengalami chemical pregnancy yang merupakan keadaan di mana keguguran berlaku pada peringkat awal kehamilan sejurus selepas inflantasi berlaku.
Terdahulu, Amyra dan Amar Baharin mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Afeeq Anaqi dan Ayra Aryssa.
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.