Mendidik anak perempuan, kita akan terpaksa mengorbankan perasaan. Anak perempuan, apalagi anak yang pertama, ia “panas” dengan ibunya.
Pada anak perempuan yang pertama, ada saja yang tak kena. Tapi, walau sayang macam mana ia pada ayah, kasih ibunya tetap yang pertama. Rahsia mungkin dia bagitahu kita, tapi segala cerita dan peristiwa tetap ibu yang akan tahu segalanya.
Maka, dengan anak perempuan, Kita perlu banyak meraikan. Bagaimana?
1. Raikan dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada sesetengah keadaan, berilah hadiah.
2. Perempuan makhluk perasaan. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan perasaan. Ia menyentuh dan berkesan.
3. Saya hanya membayangkan suatu hari nanti dia akan bakal menjadi seorang Isteri. Jika isteri itu sifat utamanya ketaatan, maka pendidikan untuk dia taat pada Ibu yang pertama, dan ayah yang kedua, bermula dari kami berdua. Ketaatan pada perintah yang baik.
4. Taat anak perempuan kita pada ibu dan ayah, pasti dia juga akan patuh dan taat pada suaminya pula.
5. Paling penting, anak perempuan kena di biasakan untuk berada di rumah. Bukan bermakna tak boleh keluar, tapi biasakan dia suka berada di rumah. Rumah adalah gelanggang wanita. Ruang yang kecil tapi besar peranannya.
Bela lembu 10 ekor lagi mudah daripada seorang anak perempuan. Susah kan?
Sebab tu siapa yang ada 3 orang anak perempuan, Allah dah siap-siap bina syurga untuk ibu dan ayahnya.
Janji menjaga mereka sekuatnya, dapatlah nanti habuan di sana. Nak dapat anak perempuan yang baik, lelaki itu mesti baik pada ibunya, mesti baik pada isterinya, dan insyaAllah, Dia akan mendapat anak perempuan yang baik dalam hidupnya. InsyaAllah.
Kredit: Abu Hurairah Asifa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)