Betullah orang kata ayah adalah cinta pertama di hati anak perempuan. Layanan yang diberikan sejak kecil bukanlah suka-suka tapi ia antara salah satu sebab untuk memastikan anak perempuan dibesarkan dengan penuh kasih sayang.
Mungkin bagi seorang ayah melakukan kejutan di hari jadi anak sesuatu yang sukar, namun bagi Aeril Zafrel yang memang dikenali sebagai ayah yang penyayang dan suami romantik, sambutan hari jadi anaknya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang genap tiga tahun semalam buatkan ramai netizen terharu cara layanannya.
Video yang dimuat naik itu menunjukkan Aeril mendukung Hayla dengan mata yang bertutup ke sebuah bilik yang ditunggu Wawa dan anak lelakinya, Ahmad Fakhruddin Attar.
Aeril turut meluahkan perasaannya semalam dengan menyatakan siapa agaknya yang akan menjadi pengganti ayah di hati Hayla nanti.
Nampaknya Aeril dah fikir jauh mengenai masa depan Hayla dan risau lelaki yang akan bertakhta di hati anak perempuannya nanti tak boleh memberi kebahagiaan sama seperti apa yang dilakukannya pada Hayla.
Rakaman video itu ditonton lebih 800,000 dan semua netizen sebak melihat cara Aeril yang betul-betul sebagai hero di hati anak perempuannya itu.
Sweetnya Ayah, Untung Hayla!
Ayah My Hero