“Siapa Cakap Ibu Mengandung Tak Perlu Pakai Tali Keledar Keselamatan?” Doktor Kongsi Cara Pemakaian Yang Betul

Share

Ramai ibu hamil yang tidak tahu bahawa memakai tali keledar keselamatan penting ketika menaiki kenderaan. Jika berlaku kemalangan, tali keledar keselamatan dapat menyelamatkan ibu hamil dari tercampak ke depan yang akan mengakibatkan kecederaan kepada ibu dan anak dalam kandungan.

Ada juga yang malas untuk memakai tali keledar keselamatan, dengan alasan tidak selesa dan takut mencederakan anak dalam kandungan. Tapi jika ibu tidak memakai tali keledar, ia akan lebih memburukan keadaan jika berlaku sesuatu yang tak diduga. Doktor Izzat telah berkongsi cara pemakaian tali keledar keselamatan yang betul dan kesan jika ibu hamil mengabaikan aspek keselamatan ini;

Siapa cakap ibu mengandung tak perlu pakai tali keledar keselamatan?

Cara pemakain tali keledar keselamatan untuk ibu hamil saya terangkan seperti berikut :


Bahagian melintang tali keledar keselamatan sepatutnya berada di bawah perut ibu
hamil, lurus dan tidak terbelit.

Ini untuk memastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung/pelvis dan tidak kena secara terus pada perut. Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada di atas perut dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan pada rahim sendiri.

SENTIASA pakai tali pinggang keledar keselamatan walaupun anda adalah penumpang yg
duduk di belakang. 
Semasa nak adjust tali keledar tu angkat perut sikit dan pastikan tali
pinggang dalam keadaan lurus dan berada di atas paha tetapi di bawah perut.

Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah
cukup ketat.


Tali pinggang yang belah atas atau pada bahu sepatutnya berada di celah-celah buah
dada ibu.

Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sikit.

Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan
meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan. Kerusi
pemandu hendaklah ke belakang sedikit jauh dari beg udara (air bag).

TAK PAYAH beli pelbagai produk atau span untuk kaver perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlakunya accident. Kajian menunjukan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.

Jangan bila mengandung je sibuk nak pakai tali keledar. Tak mengandung pun kena pakai jugak. Jangan la terkial-kial pasang tali keledar keselamatan bila nampak Polis atau JPJ

Sumber: Facebook Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan
Wanita & Kehamilan

Published by
NuFa